"Kita kena ada duit atau pandai cari duit supaya kalau lelaki kena sondol kita masih boleh boleh teruskan hidup, upah peguam untuk beri pengajaran kepada penyondol dan sara anak-anak.
"Kita sendiri boleh memilih nak cari suami orang atau lelaki bujang. kalau tindakan kita akan rosakkan rumah tangga orang, lebih baik hentikan," ujar.
Sementara itu, Alif pula memberitahu dia diserang dengan pelbagai komen dan mesej yang menasihati supaya tidak berlaku curang terhadap isterinya.
Enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut, Alif berkata gambar profilnya bersama keluarga di media sosial sudah cukup menjadi bukti mereka kini masih bahagia.
"Sabar semua, yang buat hal bukan saya. Itu orang lain. Jangan DM saya tanya fasal perempuan itu. Cukup tukar profile picture untuk bagi mesej saya sudah kahwin," jelasnya.
Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, 2, dan Muhammad Hassan Syarif yang kini berusia empat bulan.
Sumber: mStar