View: 2579|Reply: 64
|
Kes Cikgu Ponteng, Peguam Kerajaan Kata Bekas Pelajar Tak Minat Belajar Sebab Lambat Buat Laporan
[Copy link]
|
|
Bekas pelajar yang menyaman gurunya yang didakwa ponteng kelas, dipersoal peguam kerajaan sama ada dia sebenarnya bersungguh-sungguh dalam pelajarannya atau tidak.
Peguam Kanan Persekutuan Mohd Hafizi Abdul Halim membangkitkan perkara itu ketika pemeriksaan balas dengan Siti Nafirah Siman ketika perbicaraan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini.
MalaysiaKini
Mohd Hafizi berkata ini kerana Siti Nafirah mengambil masa dua bulan untuk membuat aduan kepada pengetua sekolah berhubung guru bahasa Inggeris Mohd Jainal Jamrin yang didakwa tidak hadir mengajar.
Hafizi: Saya nyatakan anda sebenarnya tidak minat untuk belajar maka lambat melaporkan (perkara ini).
Siti Nafirah: Tidak setuju
Hafizi: Jadi mengapa ambil masa dua bulan untuk lapor kepada pengetua berkenaan Mr JJ (Jainal)?
Siti Nafirah: Sebab saya sudah mengadu dengan cikgu lain dan berharap ada jalan penyelesaian. Kami tunggu tanpa ada keputusan, jadi dalam tempoh itu kami beranikan diri untuk berjumpa dengan pengetua.
Mohd Hafizi kemudian membangkitkan keputusan peperiksaan Siti Nafirah yang kurang cemerlang.
Terdahulu, Siti Nafirah memaklumkan keputusan peperiksaan yang diperolehinya kepada mahkamah, iaitu Bahasa Melayu bertulis (C), Sejarah (D), Perdagangan (D), Kesusasteran Melayu (D), Pendidikan Islam (C+), Sains (C+), Pendidikan Seni Visual (B) dan Bahasa Inggeris (C untuk ujian bertulis dan D untuk ujian lisan).
Dia juga juga gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu lisan dan Matematik.
Peguam kerajaan itu menyoal jika gred untuk mata pelajaran lain yang sama dengan Bahasa Inggeris bermakna guru-guru untuk mata pelajaran tersebut tidak menjalankan tugas atau jarang masuk mengajar di kelas.
Menafikan perkara itu, Siti Nafirah berkata dia mendapat gred D untuk mata pelajaran lain kerana tidak semua topik yang diulang kajinya keluar dalam kertas peperiksaan.
Berhubung soalan jika dia akan turut memfailkan saman terhadap guru mata pelajaran lain yang mencatat gred yang rendah, Siti Nafirah berkata dia tidak akan berbuat demikian.
'IQ Siti Nafirah baik tapi ada tekanan emosi'
Mohd Hafizi kemudian menyentuh soal saman yang difailkan, dengan bertanya jika ia dibiayai individu bernama Ibrahim Jaidol dan program Fullbright English Teaching Assistant yang dinamakan dalam pernyataan saksinya.
"Tidak, dia hanya orang tengah dan tuntutan ini tidak dibiayai oleh sesiapa", jelas Siti Nafirah yang bagaimanapun mengakui Ibrahim membiayai sepenuhnya temu janji dirinya dengan pakar psikiatri.
Terdahulu hari ini, ahli psikologi Dr Noor Aishah Rosli memberitahu mahkamah pada 2019 dia menjalankan dua ujian untuk menilai tahap kognitif dan emosi Siti Nafirah.
Menerusi ujian itu, Dr Noor Aishah menyimpulkan Siti Nafirah tiada masalah dari segi IQ, dengan memiliki IQ pada kadar 87 - tidak jauh berbeza dengan kadar purata yang baik iaitu 90.
Berkenaan emosi pula, dia yang merupakan saksi pendakwaan kedua berkata Siti Nafirah mengalami tekanan dan sedikit trauma kerana ketinggalan dalam pelajaran.
Siti Nafirah merupakan pelajar kelas 4 Perdagangan (4PD) di SMK Taun Gusi pada 2015. Pada 30 Okt 2018, dia memfailkan saman terhadap gurunya Jaimal kerana dikatakan ponteng kelas selama tujuh bulan pada 2015.
Selain Jainal, dia juga menamakan Suid (atas kapasitinya sebagai pengetua sekolah), SMK Taun Gusi, pegawai pendidikan daerah Kota Belud, pengarah pendidikan Sabah, ketua pengarah pelajaran, menteri pendidikan, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Dia mendakwa kegagalan defendan pertama untuk hadir mengajar Bahasa Inggeris di kelas, serta defendan kedua untuk mengambil langkah munasabah untuk mengatasi perkara itu, mengakibatkan pelajar 4PD tidak bersedia untuk peperiksaan yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta Pendidikan 1996.
Siti Nafirah diwakili oleh peguam Shireen Sikayun, manakala Mohd Hafizi mewakili defendan dengan dibantu peguam persekutuan Fazriel Fardianshah Abdul Kadir.
Perbicaraan di depan hakim Ismail Brahim bersambung 16 Ogos ini.
Sumber: MalaysiaKini |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu tu memang ponteng ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya duit nak pasang lawyer |
|
|
|
|
|
|
|
Lambat ke tak lambat report, result budak tu cemerlang ke tak itu bukan masalah, masalah utama ialah cikgu tu gagal mengajar. Dia dibayar untuk mengajar, tak kira la pelajar dia tu budak pandai ke bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je cikgu bermasalah..tu pun Anwar bodoh tu nk naikkan gaji cikgu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ish rasa nak check berapa IQ meols. Kena byr berapa ya kot sapa2 tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
I rasa kesian kat budak ni. Umur muda belia, kena soal jawab dengan peguam yang memang well-trained untuk guna psikologi dan lain-lain. Dengar soalan dia pun dah boleh rasa tergugat, tergugup. Lagi-lagi dia sentuh sentimen lain macam result exam yang pada kita ni, tak berkaitan pun. Tapi lawyers being lawyers... Memang diorang kena menangkan anak guam walau macam mana pun |
|
|
|
|
|
|
|
Lawyer pun agak2 la nak twist siap check IQ jadah semua. Isunya cikgu tu datang mengajar ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Lps ni saman wakil rakyat yg ponteng parlimen plk |
|
|
|
|
|
|
|
harap budak ni menang.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau cikgu pemalas pun menang kes
alamatnya, ramai la cikgu lain buat kerja sama
dah la dulu ramai, sekarang pun ramai, nanti akan datang bertambah cikgu makan gaji buta. rasa diri kebal dek undang-undang
sambil tu, ulang ayat keramat,
"Cikgu tak halalkan ilmu yang cikgu ajar kat awak!"
buat system lecturer boleh tak?
hujung sem, boleh rate cikgu-cikgu, lepas tu buh review/ suggestion/ complaint
dah serupa grab bunyi nya
tapi zaman aku dulu macam tu la. tak tau la kalau tempat lain buat benda sama |
|
|
|
|
|
|
|
Knp lma sgt ponteng smpai 7 bln Tu..aiyo |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia gagal semua subjek pun, apa kena dengan cikgu yang kantoi kaki ponteng?
apa kaitan..? |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi hanya pelajar cemerlang SPM aje ke layak buat aduan dan saman cikgu ponteng mengajar?
Anak murid tak hadir sekolah sebab jaga ibu bapa sakit kronik (contoh) dibuang sekolah tanpa dibantu
Cikgu tak hadir mengajar 7 bulan…tiada cikgu ganti…ditukar ke sekolah lain sahaja? |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 17-5-2023 11:04 PM
https://iqtest.com/
Tq chuols! |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya selepas 1 bulan tak hadir PPD/Sekolah dah boleh buat tindakan. kat opis lama aku dulu tak hadir berbulan, HM call/surat tak dilayan. akhirnya buat tindakan melalui akhbar (sebaran umum) utk hadir dan melaporkan diri dalam tempoh sekian2. apabila x hadir maka terus ditamatkan. |
|
|
|
|
|
|
|
yang nak menyaman pun, cari la budak yang pandai sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Harap cikgu besau-cikgu besau rajin2 la bwk rotan check anak buah msk kelas ngajar idak..
Time anak aku f1 ada cikgu sains dia...'rajin' no tak msk kelas...ada je dlm kaw sekolah tp tak msk kelas...nak peksa dia bg nota ppt..tp masalah sains tu kena buat makmal baru paham...tp nak komplen masalahnya anak aku dr mood pkp..attendance dop cantik...
Tp jaman aku sekolah dulu..Alhamdulillah dpt pk hem yg boleh mendengar rintihan pelajar...takde la depa semberono je...depa siasat dulu....tp kena la cikgu2 tindakan...ada cikgu suka sebut bukan2 kt kelas..tsk lama le...kena pindah sekolah
|
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 18-5-2023 07:42 AM
patutnya selepas 1 bulan tak hadir PPD/Sekolah dah boleh buat tindakan. kat opis lama aku dulu tak h ...
Apa pengetua sekolah nie buat agaknya. Sampai 7 bulan tak dtg sekolah, mustahil PPD tak tau cerita.
Kdg² kes mcm nie semua nak jaga reputasi masing². Bagus budak nie lawan & saman, kalau takde tindakan begitu sampai ke sudah cikgu tue tak dtg sekolah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|