View: 3420|Reply: 96
|
Gadis Obesiti Berat 200 Kg Kecewa Tak Boleh Keluar Kerja Sebab Tak Larat Bawa Badan, Hanya Duduk Dalam Bilik Main Tiktok
[Copy link]
|
|
Tanah Merah: Seorang gadis mahu keluar bekerja untuk membantu keluarganya yang serba daif, namun dia sendiri terpaksa diuruskan ibunya akibat masalah obesiti dengan berat badan hampir 200 kilogram (kg).
Lebih malang, Raihan Farhana Abdullah, 21, mengalami sakit kaki menyebabkan dia tidak mampu berjalan dan terpaksa berkurung di dalam bilik sahaja.
Segala pergerakan anak kedua daripada tiga beradik itu terpaksa diuruskan oleh ibunya, Siti Rokiah Daud, 50, yang juga seorang ibu tunggal.
Foto: Harian Metro
"Saya hanya boleh bangun sendiri untuk ke tandas dengan menggunakan tongkat, manakala selebihnya, semua perlu dibantu ibu termasuk menyediakan makan dan minum.
"Sebenarnya sejak daripada kecil saya berhadapan dengan masalah yang sama, tetapi masih boleh melalui kehidupan seperti orang lain. Namun sejak kebelakangan ini kaki saya berasa sakit sehingga menyukarkan saya untuk berdiri atau berjalan.
"Bukan saya tidak mahu mendapatkan rawatan, tetapi fizikal saya menyukarkan ibu untuk membawa saya ke klinik, selain turut berhadapan dengan masalah kewangan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chawas, Pondok Hidayah 2 di sini, semalam.
Kehidupan serba daif yang dihadapi keluarga Raihan mendapat perhatian wakil Thirdforce di bawah Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar yang turut berkunjung bagi menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan asas selain memberi kata-kata semangat buat keluarga berkenaan.
Raihan berkata, ibunya yang berkerja sebagai tukang urut tradisional menerima upah sekitar RM500 sebulan bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga selain turut dibantu adik perempuan yang juga bekerja di Bandar Tanah Merah.
"Kehidupan kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada masanya saya kecewa dengan diri sendiri kerana tidak dapat 'bebas' bekerja membantu ibu pada usia muda begini.
"Bagaimanapun, saya reda dengan ujian ini dan tidak akan berputus asa untuk kembali sihat. Sejujurnya, saya mahu berjumpa dengan pakar untuk membantu masalah ini namun saya sendiri tidak tahu mahu mula dari mana.
"Saya mahu sekurang-kurangnya untuk kembali bangun seterusnya mencari rezeki bagi membantu ibu selain terus mengamalkan hidup yang sihat agar tidak lagi dibelenggu dengan masalah kesihatan," katanya.
Menurut Raihan, dia banyak menghabiskan masa terluang dengan bermain TikTok dan tidak menyangka mendapat pengikut dan 'view' yang agak tinggi.
Jelasnya, dia ada membuat beberapa 'review produk' berbayar, namun hasilnya tidaklah banyak, selain ada masanya langsung tidak menerima sebarang tawaran. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
I reserve my kecaman..bagi peluang orang lain dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
yang muda2 badan besar ni kan, cmana dorang boleh biarkan badan jadi gitu ye, taulah makan sedap tapi kan masa sekolah dulu aktif juga bergerak
dgn mulut2 jahat kawan2 ejek2 gemuk apa semua, sayang dik muda lg, klu jaga sikit makan tu, mesti kurus, dah badan gini takut kan penyakit lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau besar gini ada campurtangan hormon kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenderaan berat sila ke kiri... |
|
|
|
|
|
|
|
dah la mak ibu tunggal
dah kena jaga ko pulak
kalau dia tahu mesti kecik2 dia picit hidung bagi mati dah
kesian la kat mak ko adik
katanya makan kais pagi makan petang tapi badan gitu dapat dari mana?
penyakit ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 25-5-2023 09:52 AM
Kalau besar gini ada campurtangan hormon kot.
Kt tmn iols ni ada sorg gemuk mcm gini gak la tp tk tau la brp kg...tp sheol ok je ada gak jalan², naik moto segala. |
|
|
|
|
|
|
|
So.. sheols memang ada masalah kesihatan la kan? Bukannya sheols melantak fast food tiap2 hari dah kalau hidup pun daif. Harapnya sheols dapat bantuan sewajarnya, umur 21 muda lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
control your food intake...jangan salahkan masalah kesihatan
|
|
|
|
|
|
|
|
Mintak2 ada yang boleh buat Crowdfund atau sponsor dia untuk go thru medical procedure la.. buat gastric bypass ke ape ke... kesian budak ni.. takleh nak hidup normal...
Yelah, whatever happened before biarlah.. going forward kalau boleh tolong... tolong la |
|
|
|
|
|
|
|
Alip syukri standby pi melawat ke? Apa jd kes bdk obese dulu dia train tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mintak tolong la kat sultan kelantan.. asyik perabih duit kat blondie je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Xtau nk ckp apa.
Mudanyaaa lagi ko dekkkk..
Wat dehek hepeng? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah meninggal kan..kena covid.
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam lebih kepada malas nak kuruskan badan.. ingat lagi ada sorang forumer bagitau "kuruskan badan la dik, agar senang nak beribadah". Mana sheols sekarang. Dah bersara atau dah kembali ke Maha Pencipta |
|
|
|
|
|
|
|
kalau disebabkan hormon, kejadian gemuk ni akan berlaku mendadak ke?
kalau slowly, patutnya before cecah 200kg dan sakit kaki tu dia dah cari solution.
|
|
|
|
|
|
|
|
hareeeesah replied at 25-5-2023 10:09 AM
Alip syukri standby pi melawat ke? Apa jd kes bdk obese dulu dia train tu?
Budak tu dah meninggal dah |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah family dia miskin, takkan lah dia mampu melantak mcm ape kan. jd meols rasa dia ada isu kesihatan yg lain kot ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju, mmg kena bantu budak ni..rasa hormon dia tu ada problem..klu miskin tp hari2 mkn x seimbang mmg boleh obese..miskin orang kita bukan mcm kat Somalia tu yg langsung xde food. |
|
|
|
|
|
|
| |
|