View: 1710|Reply: 20
|
Dijangka Tiba Di KLIA Pagi Esok, Jenazah Awang Askandar Akan Dikebumikan Di Kampung Benoni
[Copy link]
|
|
Dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.25 pagi Sabtu jenazah Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub akan dibawa ke kediaman keluarganya Kampung Benoni, Papar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, mangsa yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah itu diterbangkan dari Kathmandu menggunakan pesawat MH115 pada Jumaat, kira-kira jam 11.30 malam (waktu tempatan).
Jenazah Awang Askandar dijangka tiba di KLIA pada jam 6.25 pagi Sabtu.
“Mangsa akan dibawa balik ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat MH2646 pada Sabtu, jam 11.35 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 2.15 petang.
“Atas permintaan ahli keluarga, jenazah akan dibawa ke kediaman mereka di Kampung Benoni, Papar dan kemudiannya ke Masjid Jamek As-Salam Benoni untuk solat jenazah.
“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Benoni untuk disemadikan mengikut upacara istiadat penghormatan APM,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Awang Askandar meninggal dunia pada Jumaat, jam 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengah hari waktu Malaysia) selepas terjatuh pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut ketika melakukan pendakian bersama Muhammad Hawari Hashim, 33.
Bagaimanapun, Hawari dilaporkan hilang ketika turun dari kem empat selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu dan dipercayai terjatuh di kawasan kaki Gunung Lhotse, Nepal.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Chuols,
kalau mayat dibawa naik kapal tebang, letak di kargo ka?
Serius nak tau. Malas gugel. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ridz_wanz at 26-5-2023 10:07 PM
Betul.. Jenazah akan dimasukkan dalam box dan diletakkan di dalam tempat letak kargo seperti barang-barang yang lain.
Nak ambil jenazah pun di warehouse yang menempatkan barang-barang kargo.
|
|
|
|
|
|
|
|
arwah jatuh 8000 meter ke atau jatuh kat ketinggian 8000 m? kalo jatuh kat ketinggian 8000 m, die jatuh brape tinggi? eh paham x soalan aku? |
|
|
|
|
|
|
|
whimsicalmusic replied at 26-5-2023 11:55 PM
arwah jatuh 8000 meter ke atau jatuh kat ketinggian 8000 m? kalo jatuh kat ketinggian 8000 m, die ja ...
Dia collapsed waktu dalam pendakian. Time tu dah di ketinggian 8ribu kaki lebih. dekat2 nak sampai puncak dah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kangkung1M at 26-5-2023 12:23 PM
ridz_wanz replied at 26-5-2023 10:06 AM
Betul.. Jenazah akan dimasukkan dalam box dan diletakkan di dalam tempat letak kargo seperti barang ...
Tepat sekali penerangan anda.
Jenazah arwah Awang Askandar dah selesai diuruskan, sekarang mereka tumpu kepada Ops SAR Hawari.
|
|
|
|
|
|
|
|
Atata replied at 27-5-2023 12:08 AM
Dia collapsed waktu dalam pendakian. Time tu dah di ketinggian 8ribu kaki lebih. dekat2 nak sampai ...
i see..terima kasih utk pencerahan |
|
|
|
|
|
|
|
whimsicalmusic replied at 27-5-2023 01:09 AM
i see..terima kasih utk pencerahan
No problem beb. Cuma iols masih mencari kronologi penuh mcamna cerita dia selepas collapsed ni terus meninggal on the spot ke atau mcamana sebab kalau combine2 cerita, hari Khamis tu Hawari berjaya sampai ke puncak. Arwah ni meninggal Jumaat. Iols assume dorang sama2 dah nak sampai ke summit Khamis tu, tapi dia jatuh, Hawari teruskan summit. Arwah ni pulak belum meninggal lepas jatuh tu, dibawa turun ke Kem 4 dalam keadaan masih hidup. Esoknya Jumaat baru dia meninggal kat Kem 4. Takda news yang cerita details setakat yg aku baca so ni aku agak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Yang bawa balik ni mayat penuh ka isi dah buang?
Berapa kos?
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat keluarga arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 27-5-2023 04:46 PM
arwah ni meninggal bukan nya sebab falling
tapi sebab altitude sickness, oksigen kurang dalam badan,
lepas tu dia collapse. bila collapse mesti la jatuh ke tanah
itu kawasan death zone, from camp 4 to summit.
kes macam ni adalah common
wartawan tulis berita pun macam sengal, buat org confuse
|
|
|
|
|
|
|
|
dari oversea rasa belas to puluh ribu bawa balik mayat. local dari semenanjung ke sarawak pon around 7K naik mas
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 26-5-2023 09:57 PM
Chuols,
kalau mayat dibawa naik kapal tebang, letak di kargo ka?
kalau letak kat seat, rasanya ada passenger sanggup turun beli ticket lain |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 27-5-2023 03:19 PM
kalau letak kat seat, rasanya ada passenger sanggup turun beli ticket lain
Kot la hada tempat khas simpan mayat dalam kargo kan. Ujung2 letak tepi beg weols ja. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepa hawaei summit. Dia dengan sherpa dah turun kem 4. Sherpa suruh hawari rest and sherpa ni naik atas semula nak tolong tuan awang and the other sherpa.( masa tuan awang sakit dia on the way turun kem 4) pastu bile sherpa si hawari smpi kem semula hawari dah xde. Kluar sorg2.
I think dia dah smpi tahap hallucination. Ada kata jumpa jaket dia kan? Dia bukak kot wpun sejuk. ( tapi misteri nye jumpa kat kem. 2)
Hari ni. 28hb hari last SAR.pastu everest dah xle masuk means SAR kn dihentikan. Kesian hawari kalau x jumpa terus...
(Teringat pulak cite korea Jirisan)
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm benang lg 1, semua merempan costing nk mncari hawari tu. I sedikit sbyk pn setuju.
Tp lpas tgok vid hawari dkt tiktok, kesian dia. Wlupn dia oku, tp ni mmg impian dia. Last year dia dh try tawan, tapi gagal kt puncak.
Tahun ni dia cuba lg, berjaya tp tak ketahuan kt mana. Dia pakai bahasa isyarat. Sayu tgok.
Moga ade keajaiban wlupn tipisssss sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la semua dah dapat kebanggaan yg diinginkan sangat tu kan
Tahun depan ko jgn repeat repeat lagi |
|
|
|
|
|
|
|
ye.. dorang susun je sekali dengan luggage kita
|
|
|
|
|
|
|
|
kotak jenazah (keranda) akan diletakkan di tengah2 ruang kargo pesawat dan dikelilingi kargo lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|