CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3924|Reply: 100

Lelaki Hanya Dapat Cuti Paterniti 2 Hari, Majikan Paksa Datang Kerja- Balik Rumah Isteri Sudah Kaku Tak Bernyawa Di Sisi Bayi Usia 4 Hari

[Copy link]
Post time 31-5-2023 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Seorang suami dari Sabah kehilangan isteri tersayang yang baru empat hari melahirkan anak pertama.


Exly Jailon berkata dia tidak menerima cuti khas yang diperuntukkan untuk suami apabila isteri bersalin (cuti paterniti) seperti yang ditetapkan kerajaan Persekutuan sebelum ini, sebaliknya hanya diberikan dua hari sahaja.


Semasa membuat permohonan tersebut pula, dia mendakwa diberikan 'kata dua' oleh pihak majikan 'bagus lagi kalau kau turun kerja' seolah-olah meminta untuknya hadir bekerja seperti biasa.




Foto: FB




Disebabkan tuntutan kerja, dia tidak mempunyai masa untuk menguruskan isteri serta anak yang baru dilahirkan sehingga isterinya meninggal dunia pada 9 Mei lalu.


Difahamkan, cuti paterniti yang diterima hanyalah dua hari, bermula 5 hingga 6 Mei dan syarikat tersebut baru beroperasi kira-kira enam bulan.


Di Facebook dia neluahkan berasa sedih dan terkilan dengan kejadian menimpa turut membuat beberapa hantaran yang menceritakan situasi dialami.


"Saya mati-mati (bersungguh-sungguh) kerja... gara-gara itulah saya balik kerja, buka pintu nampak mendiang isteri sudah kaku tidak bernyawa! Bayi menangis bersebelahan. Kamu faham perasaan saya?"


Sudah 22 hari telah berlalu, namun apa yang dirasainya masih segar dalam ingatan seolah-olah baru semalam berlaku.


Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibayar gaji sepanjang tempoh berkabung.


"Lebih baik saya cuti tanpa gaji saja untuk jaga mendiang isteri dulu. Orang cuti berkabung pun kena non pay leave," coretnya lagi.


Malah katanya, sejak kejadian tersebut, hatinya sentiasa diruntun pilu selain sering mengalirkan air mata.


Bercerita lanjut tentang situasi yang dialami Exly, Harayanie Haraa berkata, perkara yang menimpa rakannya itu sangat menyentuh perasaan.


Tambahan pula dia dimaklumkan bahawa Exly menemukan mendiang isteri sedang kaku bersebelahan anak berusia empat hari yang sedang menangis kelaparan.


"Gaji dia juga dipotong selama 13 hari di mana pada masa tersebut sedang berkabung dengan pemergian mendiang," kongsinya lagi.


Susulan daripada itu, Harayanie meminta supaya Undang-Undang Hak Asasi Pekerja di Sabah dibuat penelitian semula supaya dapat diubah mengikut kesesuaian.


Dia turut mempersoalkan kewajaran cuti paterniti Sabah yang hanya dua hari berbanding Semenanjung yang sudah menetapkan tujuh hari.


Lelaki ini menyatakan dia perlu mengambil cuti tahunan bagi membawa isterinya ke klinik. Gambar kanan, tangkap layar perbualan bersama majikan


"Kenapa beza betul Sabah dengan di sana (Semenanjung).


"Syarikat tempat saudara ni bekerja meminta supaya dia tidak menyalahkan pihak mereka jika terjadi hal-hal yang tidak diingini sedangkan minta cuti untuk jaga mendiang pun, syarikat suruh turun kerja.


"Dia bekerja sebagai pemandu penghantar bekalan untuk cawangan. Bukan pemandu gaji lebih daripada RM1,500?" ujarnya lagi yang berharap terdapat pihak yang sudi untuk memperjuangkan masalah rakannya itu.


Malah katanya, kejadian berlaku pada 9 Mei lalu tidak diambil tindakan oleh mana-mana pihak sehingga sekarang.


Menyusuri ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan komen kurang senang selain berasa marah dengan insiden yang berlaku terhadap Exly.


"Banyak syarikat di Sabah ni memang majikan kurang ajar... kalau potong gaji punya main laju. Hak pekerja dia sambil lewa.


"Kelemahan sistem dan tidak strict (tegas) di Sabah sendiri. Apa kuasa JTK (Jabatan Tenaga Kerja) terhadap company di Sabah? Tiada pemantauan yang dilakukan," ujar beberapa warga maya.


Tidak kurang juga meminta nama syarikat didedahkan kepada umum selain turut mengetik Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 06:39 PM | Show all posts
omg ni kejam maksimum ni

kesian budak tu, tak sempat kenal mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau private sector paternity leave mmg ikut tekak majikan ye?
salam takziah, kesian baby menangis lapar agaknya ibunya dah beberapa jam meninggal kot.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya la
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kesiannya mereka. Ini memang majikan kejam sgt2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah
kesian anak tu. mmg hanat kejam sggh la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2023 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana: kalau private sector paternity ...

Ada undang2. Skrg dh 7 hari.tp majikan ni le buat undang2 sendiri. Btw, dr meroyan kt fb baik la mamat ni pi report kt pej jtk
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana: kalau private sector paternity ...


Ye, bukan kata paternity.. ko terlantar kat hospital pon kena kacau. Mc tu buat perhiasan je la. Pengalaman aku maternity tanpa baby, masuk minggu ke2 dah kena kacau dengan alasan "hidup kena diteruskan. Kat rumah bukan kena jaga baby pon". Aku balik dari maternity leave pon kena warning acah2 nak bagi rating rendah sebab 3 bulan x productive katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk zaman now, perlu gak berckp di medsos spy sume org alert. Baru agensi yg b'tanggungjwb stat keta turun padang sbb org bising².
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:01 PM | Show all posts
Harap majikan dia tiap kali tidur malam, mimpi mendiang bini pekerja dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sial nye majikan u tu….semoga benda yg buruk berbalik kt dia pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 31-5-2023 08:01 PM
Harap majikan dia tiap kali tidur malam, mimpi mendiang bini pekerja dia

Dtg jadi pontianak pun ok kan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu2 PL 3 hari je...ok je kalau ada family bantu tlg tgk2kan...btw apa punca kematian

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 31-5-2023 07:07 PM
Ye, bukan kata paternity.. ko terlantar kat hospital pon kena kacau. Mc tu buat perhiasan je la. P ...

Astaga hanat sgt yg cakap camtu. Boss ke? Mintak kena santau agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan iols maternity pun boss dia harap dia buat kerja. Masuk ward sebelum bersalin pun boss dia suruh kerja bawak laptop..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Majikan kat malaysia teruk2...iols pun mcm giveup keje skrg... Semua ditekan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 08:42 PM | Show all posts
syamzana replied at 31-5-2023 06:50 PM
kalau private sector paternity leave mmg ikut tekak majikan ye?
salam takziah, kesian baby menangis  ...


starting 1 Jan 2023 ritu maternity dah naik 98 days and paternity 7 days  ( incl sat, sun , PH)

tapi sebelum 1 jan ritu,  mmg ikut kampeni nak kasik berapa, sbb takde digazette dlm labour law. jikalau takde allocation sekali pun, boleh je bg staff tu apply AL. After ol kan bini nyer bersalin... kut kampeni tade compassion hati perut, baik hire robot je lepas ni

sabah swak ni meols tak berapa nak tawu, sbb mmg deme lain sikit labour law tu





Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 31-5-2023 08:42 PM
starting 1 Jan 2023 ritu maternity dah naik 98 days and paternity 7 days  ( incl sat, sun , PH)
...

ooo labour law depa x sama ke dgn kita semenanjung?
mcm keji gak la majikan dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
majikan kat malaysia mmg puaka ye. perangai kejam bawak dari leluhur mainland agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila kerajaan 'membenarkan/meluluskan' kapitalis menggunakan falsafah..."LU takmok..PATI/warga asing banggala,myanmar,nepal,indon,rohingya,pilak,pakis,sri lanka & apa2 ntah lg...ada maaa...wa takut apa u benti/takmok kerja,buang u".
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.043494 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list