CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2051|Reply: 26

Memandai Claim Cipta Jala, Mat Salih Kena Serang Dengan Tentera Bawang Malaysia, "Orang Asia Dah Berzaman Ada Benda Ni"

[Copy link]
Post time 1-6-2023 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Seorang mat salih dikenali sebagai Kyle Naegeli memuat naik beberapa video di akaun miliknya, @thefishwhisperer1, memaparkan dirinya menangkap ikan dengan menggunakan jaring ikan (castnet).


Peralatan dan teknik yang digunakannya tidak ubah seperti jala ikan, yang biasa digunakan oleh para nelayan di Asia Tenggara termasuk Malaysia.








Kelihatan berpuluh-puluh ekor ikan dan udang berjaya dinaikkan oleh lelaki berkenaan, sekali gus membuatkan para pengikutnya kagum.


"Did you make that net? I want one with chains like that. (Awak yang buat jaring itu? Saya mahu satu dengan rantai seperti itu)," komen salah seorang pengikutnya pada satu video yang tular.


"Yes, I designed it. (Ya, saya yang menciptanya)," tulis Kyle membalas komen berkenaan, yang kemudian dipuji oleh pengikutnya bahawa rekaannya sangat hebat.





Di nstagram, Kyle turut memberitahu 'rekaannya' akan memasuki pasaran dalam talian pada 1 Jun ini, dan akan dijual pada harga USD49.99 (RM230).


Bagaimanapun, kenyataan Kyle mengundang rasa kurang senang warga maya di negara ini kerana dia seolah-olah 'mendabik dada' mengaku peralatan tersebut adalah hasil ciptaannya.


"Ini nama dia jala. Orang putih konon dia la invented benda ni padahal orang Asia dah berzaman ada benda ni.


"Kamu patut jangan 'over-claim' konon menciptanya. Ia dah digunakan oleh nenek moyang kami berabad lalu. Tak semuanya datang dari Amerika Syarikat.


"Ohh design hang (kamu) ka?


"Kamu cuba Google 'jala'. Kamu boleh dapat dengan harga yang murah.


"Kami dah lama gunakannya sebelum nenek moyang kamu datang menjajah," demikian antara komen netizen.


Bagaimanapun salah seorang pengikut Klye cuba mempertahankannya dan berkata bahawa peralatan seperti itu tidak pernah wujud di Amerika Syarikat.


"Ya, tapi dia guna perkataan 'merekacipta'. Jangan cakap dia yang menciptanya," komen netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 11:30 AM | Show all posts
mcm mana diorg xpernah jumpe jala erk,menjajah punye lama,benda jala x pernah jumpa hahahaha,nmpk sgt pandang rendah kat bangsa lain
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 12:24 PM | Show all posts
Biar betul depa tak penah tgk jala ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 05:50 PM | Show all posts
biasa la kokesyen..
acah terpaling bijak dalam dunia padahal tak pernah keluar dari negara sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 05:55 PM | Show all posts
konfiden betul kata dia design

entah-entah beli kat aliexpress je
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 05:55 PM | Show all posts
jiran sebelah kita pun suka jugak claim semua dia yg cipta... cuma jiran kita ni kulit asia laaaa.....hat ni kulit puteh.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2023 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:31 PM | Show all posts
Stupid Mat Salleh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba teringat la dulu ada minah salleh ni, dia pegi negara asia, jumpe bubur aka congee. Balik negara dia terus claim dia tu queen of congee pastu start la jual congee dia, pastu kononnye congee die ni improved recipe la seolah-olah bubur org asia ni tak sedap. Kene kutuk kaw kaw terus berkubur company dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 1-6-2023 11:35 PM
Tetiba teringat la dulu ada minah salleh ni, dia pegi negara asia, jumpe bubur aka congee. Balik neg ...

Westerners mmg xda menu congee ye?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 1-6-2023 11:41 PM
Westerners mmg xda menu congee ye?

Ade ke iols rasa westerners ada menu oat jelah kot. Yg plg hampir pun iols rasa risotto tp tu makanan itali.  minah salleh ni sebab dia claim congee versi dia lg sedap dan berkhasiat dr original dari Asia tu yg asian community kt sana marah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 1-6-2023 11:44 PM
Ade ke iols rasa westerners ada menu oat jelah kot. Yg plg hampir pun iols rasa risotto tp tu maka ...

Mmg xkne la
Mcm omputih nk buat rendang crispy
Bukan mknn diorg tp nk buat selera diorg. Dah sapa nk beli.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 01:17 AM | Show all posts
Apa pula orang puteh tak biasa tgk jala. I biasa tenguk orang menjala ikan di US berbelas tahun yg lalu. Menjala di tepi laut ni jarang dilakukan di US, lebih kpd memancing, tapi ada je orang menjala.

Ni, ada jual byk jenis di Amazon.  https://www.amazon.com/cast-nets ... st+nets+for+fishing
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 01:20 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 1-6-2023 11:47 PM
Mmg xkne la
Mcm omputih nk buat rendang crispy
Bukan mknn diorg tp nk buat selera diorg. Dah ...

macam orang melayu buat pizza topping rendang, tekak melayu he he he..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
FlexyFox replied at 2-6-2023 01:20 AM
macam orang melayu buat pizza topping rendang, tekak melayu he he he..

Nasi arab versi melayu ada sambal belacan.

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 01:25 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 2-6-2023 01:22 AM
Nasi arab versi melayu ada sambal belacan.

ye ke? he he he...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2023 01:27 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 2-6-2023 01:22 AM
Nasi arab versi melayu ada sambal belacan.

Lagi satu yg kelakar, bila Melayu mula kenal cheese, habis byk masakan asli Melayu ditaruh cheese, contoh pisang goreng cheese, apa lagi, tlg listkan... I lupa dah he he he..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 02:24 AM | Show all posts
dari dulu lagi bangsa omputih ni sebenarnya rasa diorg tu cm terpaling dlm segala bidang walaupun bukan kesemuanya... contoh terbaik brritish museum yg byk simpan barang2 bersejarah yg majoritinya dari negara2 jajahan depa dulu2...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni ada rupa ka? Sbb tu ada saporter yg kagum?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
FlexyFox replied at 2-6-2023 01:20 AM
macam orang melayu buat pizza topping rendang, tekak melayu he he he..

Tp org melayu tu mmg cater utk market melayu. Mmg ramai melayu yg nk mkn italian food tp asian way. Spageti tomyam nya, spageti masak lemak nya. Pasta goreng nya.

Ni klu bubur nasi mmg penjualnya org asia je kt sana, mesti la customer majoriti org asia gk. Dah omputih tu nk marketkn pd omputih yg xmkn nasi dah guane
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.107623 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list