Beijing: Saintis China menggerudi lubang sedalam 10,000 meter bagi menjalankan misi meneroka sumber ekonomi baharu.
Misi berkenaan paling dalam pernah dilakukan di China itu bermula di wilayah Xinjiang yang kaya dengan minyak, awal pagi semalam.
Xinhua melaporkan China mula menghantar angkasawan pertamanya ke angkasa lepas dari Gurun Gobi.
Lubang Kola Superdeep Rusia. Foto: Bloomberg
Seorang saintis di Akademi Kejuruteraan China, Sun Jinsheng berkata, peralatan khas digunakan bagi menembusi lebih 10 lapisan batu dan tanah, sebelum kapur dalam bahagian kerak bumi.
"Kesukaran projek penggerudian ini boleh dibandingkan macam kita memandu trak besar pada dua kabel keluli nipis," katanya kepada Xinhua.
Dalam satu ucapan pada acara dihadiri saintis pada 2021, Presiden Xi Jinping menyeru kemajuan lebih besar dalam penerokaan bumi.
Kerja berkenaan boleh mengenal pasti sumber mineral dan tenaga serta membantu menilai risiko bencana alam sekitar seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Setakat ini, lubang buatan manusia paling dalam di bumi masih kekal untuk Lubang Kola Superdeep Rusia.
Lubang itu mempunyai kedalaman 12,262 meter pada tahun 1989, selepas 20 tahun kerja penggerudian dilakukan.
Sebelum ini, AFP melaporkan China menghantar angkasawan orang awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, pada Selasa, ketika ia meneruskan rancangan bercita-cita tinggi untuk pendaratan di bulan menjelang 2030.
Negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu melabur berbilion-bilion dolar dalam program angkasa lepas kendalian tenteranya, cuba mengejar Amerika Syarikat dan Rusia selepas bertahun-tahun lewat menyamai pencapaian mereka.
Sebelum kini, semua angkasawan China yang dihantar ke angkasa lepas adalah sebahagian daripada Tentera Pembebasan Rakyat.
Tiga orang angkasawan iaitu Jing Haipeng, Zhu Yangzhu dan Gui Haichao.
Selaku komander misi Shenzhou-16, Jing akan menjadi angkasawan pertama China yang menjalankan misi penerbangan sebanyak empat kali.
Misi itu juga menampilkan dua muka baharu iaitu Zhu yang bertugas sebagai jurutera penerbangan dan Gui, seorang profesor Universiti Beihang yang juga pakar muatan. -CARI
Post time 2-6-2023 09:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
venom1 replied at 1-6-2023 08:06 AM
kat bawah tanah tu makin dalam makin panas.
NASA ada hantar satelit yang boleh mengorbit
Matahari . Apa bende ntah bahan yg di gunakan
Utk tahan kepanasan matahari tu
Boleh jadi material yang sama
Di gunakan utk proses gali