View: 6142|Reply: 151
|
Marah Kena Potong Di Selekoh, Lelaki Tunjal-Tunjal Kepala Gadis - 'Kau Nak Kenal Aku Siapa? Pecah Muka Kau Nanti!'
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, tular video di Facebook memperlihatkan seorang lelaki berlagak samseng terhadap seorang pemandu perempuan yang didakwanya memandu secara berbahaya.
Menerusi video tular itu, kelihatan lelaki berbaju merah berkenaan mengetuk cermin kenderaan pemandu tersebut dengan wajah bengis sebelum menghambur kata-kata kesat dengan lagak tak ubah seperti samseng jalanan.
FB
"Bawa elok-elok sikit... kau main nyawa orang, b**i. Kalau aku sepak (tampar) kau, dengan orang sebelah kau pun aku sepak,” katanya, garang.
Biarpun cuba dijelaskan secara baik oleh pemandu wanita berkenaan bahawa dia tidak bersalah kerana memotong di garisan putus-putus, lelaki tersebut tetap berkeras dan menyalahkannya.
FB
Tidak sekadar menghamburkan kemarahan dengan disusuli perkataan kesat, lelaki itu juga dilihat menunjal kepala pemandu tersebut sebanyak dua kali sebelum berlalu pergi.
Video itu dipercayai dirakam penumpang yang duduk di sebelah pemandu wanita tersebut sebelum dimuat naik di Facebook.
Menerusi hantaran yang dikongsikan pemandu wanita berkenaan di laman sosial, kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands.
Sementara itu, seorang pengguna Facebook dipercayai abang kepada pemandu wanita tersebut juga meminta bantuan orang ramai yang mengenali lelaki berbaju merah itu untuk tampil menyalurkan maklumat kepadanya.
Malah mereka turut membuat pautan kepada media sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar segera mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Geramnya tengok...celaka betul manusia mcm ni...marah org potong dia....kalau org baik dia x kan tunjal kepala org dan ckp mcm tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah la gemok hodoh pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Budak dua ekor ni x ingat ke no plat kereta org tu... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 6-6-2023 07:48 PM
Budak dua ekor ni x ingat ke no plat kereta org tu...
Relax relax dah kena tangkap
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by asfaz at 6-6-2023 07:53 PM
Silap brother ni tunjal kepala . Kalau tak mesti pompuan myvi ni kena maki kan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Adik, kenapa laaaaaa kau bukak tingkap tu dik! Kalau kena ganggu dgn samseng gini, pegi balai terus. Sampai kat guard tu ckp mamat ni follow kau. Ni dah ada body contact ni mmg wajib la report polis. Tak lama ni mmg polis jumpa la ni. Takut payung besaq jaaaa. |
|
|
|
|
|
|
|
bukti video dah ada
samseng jalanan, buli jalanraya, body contact, ugutan. lengkap
report polis terus. silap la dia yang first touch. kepala pulak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih la abam tu korbankan diri nak nunjal driver hanat ni... kalau boleh starlight aja... bbnu tak reti motong dengan selamat kat jenis jalan banyak selekoh...
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 6-6-2023 07:51 PM
Silap brother ni tunjal kepala . Kalau tak mesti pompuan myvi ni kena maki kan.
Byk2 kete takde ke yg ada dashcam yg dpt tunjuk cara pemanduan budak pompuan ni? Brother ni pun jgn la main fizikal..kan dah kena tahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak bandingkan nahas maut melibatkan anak bini & tunjal.kepala....mane lg teruk?
Kat Malaysia ni kalau perasan, ada je jalan bahaya yg selekoh2 tp buat garis putus2....tp ada kwsn selamat potong die buat double line pulak. So x semua kwsn putus2 tu selamat memotong...gunekan akal yg diberikan |
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 6-6-2023 07:51 PM
Silap brother ni tunjal kepala . Kalau tak mesti pompuan myvi ni kena maki kan.
Tukang komen tu entah sape2 korang nak caye.. Aku pecaye video. Cakap2 tarak bukti sume boley masok tong sampah.. |
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 6-6-2023 08:01 PM
terima kasih la abam tu korbankan diri nak nunjal driver hanat ni... kalau boleh starlight aja... ...
Klu tgk IG yg ai tepek tu,ada nmpk kereta lain depan kereta bro ni. Slow.
TikTok 1st atas tu dah cut yg awal2 |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 6-6-2023 08:04 PM
Tukang komen tu entah sape2 korang nak caye.. Aku pecaye video. Cakap2 tarak bukti sume boley ma ...
Cb tgk video ai share tu. Nampak kereta berderet. Nak selit celah mana nak memotong? |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan huduh mcm ni mmg berani ngn pompuan je |
|
|
|
|
|
|
|
Pomouan + myvi
Bangkem dapat agak dah.. dengan kombinasi ini dah konfem bawak melilau macam ular kena katuk.. pompuan ni pon ngaku siap mintak maaf.. bayangkanlah konfem macam orang gila punya dia bawak sampai abang tu marah kaw2
Silap abang tu ialah ada sentuhan tangan.. kalau setakat sound mulut je memang hero lah |
|
|
|
|
|
|
|
Kita 50-50 juga ini selepas membaca komen yang dikongsikan di tangkap layar itu.
Adik itu pun tunjuk video selepas, bukan semasa pemanduan. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ada sbb lelaki baju merah tu marah gila2..
pompuan ngan stereng..
haihhh...
malas nak cakap
|
|
|
|
|
|
|
|
Abang tu mulanya hanya maki je tapi budak pompuan tu menjawab dah lah hampir menyebabkan accident. Aku side with brader tu, marah macam tu bukan dibuat2.
gelapnya cermin ko dek. JPJ mohon siasat juga.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|