View: 1071|Reply: 32
|
Rosmah Mansor Nafi Minta 43 Barang Kemas Bernilai RM67.5 Juta
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Datin Seri Rosmah Mansor menafikan meminta barangan kemas bernilai jutaan ringgit seperti yang didakwa syarikat barang kemas dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL.
Rosmah melalui pernyataan pembelaannya yang difailkan semalam, menegaskan tujuan barang kemas diserahkan kepadanya adalah bagi manfaat dan keuntungan syarikat berkenaan sendiri untuk menarik publisiti serta kredibiliti dalam kalangan pembeli.
Rosmah berkata, barang kemas itu diserahkan kepadanya untuk dilihat atas kehendak dan kerelaan syarikat terbabit (selaku plaintif) tanpa ada kewajipan baginya (Rosmah) untuk membeli.
Foto: Harian Metro
Katanya, oleh kerana beliau pada masa itu adalah isteri kepada perdana menteri, maka terdapat perniagaan seperti plaintif yang inginkan publisiti berhubung produk dan ingin dirinya menjadi pelanggan mereka.
"Saya menegaskan bahawa klausa wujud di atas memorandum bertarikh 22 Mei 2018 yang dirujuk plaintif sebagai nota konsainan (kiriman) dengan jelas menyatakan barangan itu dihantar untuk dilihat dan diperiksa oleh saya dan sekiranya berminat, maka satu perjanjian penjualan secara berasingan akan dikeluarkan.
"Saya juga mengambil semua langkah yang munasabah dan berhemah untuk menjaga keselamatan barangan itu dan akan memperincikan ciri keselamatan yang diambil semasa perbicaraan kes ini.
"Oleh yang demikian saya tidak boleh dipertanggungjawabkan dengan kehilangan barangan kemas itu kerana ia sudah diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau kerajaan melalui operasi perundangan dan saya bukan penyebab kehilangan barang-barang kemas terbabit," katanya.
Rosmah berkata demikian ketika menjawab saman kali kedua yang difailkan Global Royalty pada 29 Mac lalu terhadapnya untuk mendapatkan kembali 43 barang kemas bernilai RM67.5 juta dengan menuntut ia dikembalikan atau dipulangkan dalam keadaan munasabah dan baik, dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penghakiman.
Sebagai alternatif dan sekiranya barang kemas itu atau mana-mana bahagiannya atas apa sebab mungkin tidak boleh diperoleh semula dan jika ia tidak boleh dipulihkan sepenuhnya atau sebahagiannya, syarikat itu menuntut Rosmah bertanggungjawab membayar kepadanya.
Mengikut penyataan tuntutan, Global Royalty mendakwa Rosmah yang menandatangani nota konsainan, mengakui penerimaan barang kemas itu mengikut terma dan syarat seperti dinyatakan pada 22 Mei 2018.
Syarikat itu berkata, ia memaklumkan membuat beberapa panggilan telefon kepada Rosmah dan memintanya untuk mengembalikan barang kemas berkenaan.
Katanya, selepas itu defendan mengesahkan secara bertulis melalui surat diakui sendiri bahawa barang kemas yang dikonsain (dikirim) kepadanya tiada dalam miliknya tetapi sebenarnya disita pihak berkuasa Malaysia dan kini dalam jagaan mereka.
Selepas beberapa kali meminta dipulangkan barang kemas terbabit, plaintif mendakwa, defendan masih gagal, abai dan enggan memulangkannya.
Sebelum ini, iaitu pada 26 Jun 2018, Global Royalty menyaman Rosmah dan menuntutnya memulangkan atau membayar harga semua barangan kemas berjumlah AS$14.79 juta, tetapi menarik balik tuntutan pada 2019 kerana perlu mengesahkan jika ia berada di Bank Negara Malaysia atau tidak. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ramai yang fitnah rosmah PEMILIK barang2 kemas tu.. siap timbul fitnah paling popular menabung dari kecik yang rata2 acik2 bengap termakan hasuyan
Sekarang terbukti cumalah pinjaman |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ramai yang fitnah rosmah PEMILIK barang2 kemas tu.. siap timbul fitnah paling popular menabung dari kecik yang rata2 acik2 bengap termakan hasuyan
Sekarang terbukti cumalah pinjaman |
|
|
|
|
|
|
|
mane de org berak tgh jln nak ngaku........ alahai |
|
|
|
|
|
|
|
Yang dah fitnah rosmah tu cepat2 la minta maaf
Kerajaan kutip GST pon ada acik2 yang tuduh kutipan GST tu masuk akaun rosmah untuk beli gelang |
|
|
|
|
|
|
|
yolah tu.. yg kt pavi beg hermes beratus tu ckplah made in china |
|
|
|
|
|
|
|
pinkpunk replied at 7-6-2023 01:05 PM
yolah tu.. yg kt pavi beg hermes beratus tu ckplah made in china
Lihatlah betapa bahayanya fitnah
Walaupon dah berulang kali dijelaskan beg2 mewah itu milik owner pavillion, dan mahkamah sudah sahkan tiada salahlaku pada barang2 yang dirampas di rumah najib, tapi tetap ada yang masih percaya hasutan yang dibuat 5 tahun lepas
Belum terlambat untuk minta maaf kat rosmah |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap yg berbentuk pinjam, meminjam atau dipinjamkan, maka wajiblah dipulangkan. Nyawa je yg Allah pijamkan, itu tak payah dipulangkan kerana sampai tempoh, Allah akan ambilnya kembali. Sbg makhluk Allah tak boleh nak menafikan atau mendakwa-dakwi.
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 7-6-2023 02:31 PM
Setiap yg berbentuk pinjam, meminjam atau dipinjamkan, maka wajiblah dipulangkan. Nyawa je yg Alla ...
Rosmah kata barang kemas tu hilang sewaktu rumah najib digeledah
Betul atau tak, WA
tapi yang pasti, barang kemas tu bukan rosmah yang punya seperti fitnah yang popular satu ketika dahulu |
|
|
|
|
|
|
|
sape la bekap sgt rentua ni
ms jd bini piem pun sebok nk interprem |
|
|
|
|
|
|
|
Sempat lagi minta maaf kepada yang fitnah rosmah pemilik barang kemas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Wallahu wa'lam jugalah ye klaim Rosmah tu. Mcmane jeweleries trs boleh ada di tangan Rosmah? Takkan semuanya dikirim mll special secured post delivery. Knowing they are jewelleriies, tentu ada staff kompeni yg membawanya dn memperlihatkannya kpd Rsomah kan? Ada pelepasan drp bea cukai kastam ke? Also, takkan 43 barang trs dibawa sederap, tentu satu/satu kan? Therefore, tunjukkan barangan kedua, tentu pihak kompeni akan tanya, barangan yg terdahulu jadi dibeli ataupun tidak. Sure ada tempoh tertentu to confirm nak beli ke tidak kan? Satu dua barang, bolehlah caya klaim Rosmah kompeni tu yg terhegeh2 nak tunjukkan kat Rosmah, tapi sampai 43 barangan bling2nya, bodoh amatlah kompeni tu yakin Rosmah nak beli ke semuanya. Rosmah kan ada golden credit card or arahkan si JL bayarkan, ape susah.
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 7-6-2023 02:55 PM
Wallahu wa'lam jugalah ye klaim Rosmah tu. Mcmane jeweleries trs boleh ada di tangan Rosmah? Tak ...
Acik tak baca kot
Kompeni tu bukannya tunjuk kat rosmah dengan harapan rosmah beli kesemuanya..
Rosmah jadi orang tengah je/ jadi agen gitunler.. nanti member2 rosmah yang beli.. ala acik ni macam tak biasa.. sedangkan acik2 flat pon selalu bawak emas naik turun masuk rumah orang jual emas |
|
|
|
|
|
|
|
Orang bukan nak fitnah tapi rakyat begitu musykil dn teruja kesah peristiwa yg telah terjadi. Lux handbags jika milik owner pav, tak de pulak dibuat satu pc to clear the issue. The owner tentu boleh tuntut semula beg2 trs dgn bukti2 resit pembelian kan? |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 7-6-2023 03:02 PM
Orang bukan nak fitnah tapi rakyat begitu musykil dn teruja kesah peristiwa yg telah terjadi. Lux ...
Aisehmen dah bukan fitnah la pulak..
Sampai jatuh tergolek dog najib dan rosmah dek penangan fitnah yang zalim
Si penuduh la yang kena buktikan handbeg tu milik rosmah.. kenapa rosmah pulak yang kena buat press confrence mengaku henbeg tu bukan dia punya?
Sempat lagi mintak maaf.. tu pon kalau rosmah ikhlas maafkan ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Benarkah Rosmah sudi menjadi agen kpd syarikat intan-berlian trs. Rosmah jadi agen? OMG, "gua caya lu lah". Wanita M'sia manalah yg setaraf Rosmah nak pakai bling2 semahal itu. Taraf2 di raja (permaisuri n kerabat, termasuk kerabat Brunei DS) je yg mampu. Cara mana pulak Rosmah nak promote keunikan jeweleri trs. Sanggup ke nak tanya "DS, cantiklah kalung yg DS pakai. Beli kat mana, berapa harga?". N bila Rosmah promotekan, dpt pulak buyer, tentu dpt komisen kan. Wow! komisyennya tentu kow-kow ye tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 7-6-2023 03:16 PM
Benarkah Rosmah sudi menjadi agen kpd syarikat intan-berlian trs. Rosmah jadi agen? OMG, "gua cay ...
Bangkem tau acik masih lagi indenial
Tapi pihak syarikat barang kemas itu sendiri ngaku barang kemas tu bukan rosmah punya dan bukannya rosmah yang nak beli tapi sebagai orang tengah je
Sian acik |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bukan kata Rosmah perlu buat pc menafika handbags tu hak dia. Tapi U yg kata, beg2 tu owner pav yg punya. So, the real owner tu tak buat ape2 tindakan ke untuk dpt balik hak dia. At least pihak yg berwewenang laa yg kena clearkan the isu.
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 7-6-2023 03:22 PM
Aku bukan kata Rosmah perlu buat pc menafika handbags tu hak dia. Tapi U yg kata, beg2 tu owner pa ...
https://www.kosmo.com.my/2022/11/14/mahkamah-kerajaan-gagal-lucut-hak-barang-mewah-rm80-juta-yang-disita-di-pavilion-residences/ |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bukan nak fitnah or in denial, tapi agak teruja dgn kesah Rosmah berkaitan barang2 bling ni. Wanita jolokan Wanita Pertama M'sia sanggup jadi agen syarikat intan-berlian dari luar negera. Pasti tahap kepercayaan mereka terhdap Rosmah sangat2 tinggi. But now apa jadi? Moreover, dari segi muamalat dn urusan jualbeli, sesuatu barangan yg di dlm tangan agen itu jika rosak atau hilang atau musnah, maka yg diamanahkan harus bertanggungjawab membayar pampasan atau gantirugi. Kalau tidak pun, bagi barangan yg tidak rosak, perlu dipulangkan kpd kompeni utamanya, tak gitu? Menjadi agen, Rosmah tak ade kontrak bertulis ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|