CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1370|Reply: 20

4 Doktor Swasta, 2 Pegawai Agensi Kerajaan Terbabit Aktiviti Palsu Sijil Kelahiran

[Copy link]
Post time 7-6-2023 10:02 PM | Show all posts |Read mode
12 individu termasuk empat doktor perubatan swasta selain dua pegawai agensi kerajaan dan enam orang awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dipercayai terbabit aktiviti pemalsuan dokumen sijil lahir bagi mendaftarkan anak angkat.


Menurut sumber, kesemua suspek berusia lingkungan 42 hingga 81 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang dalam satu serbuan berasingan dilakukan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.




Pegawai SPRM sedang melakukan pemeriksaan di beberapa klinik sekitar Lembah Klang semalam. FOTO IHSAN SPRM




Katanya, pemohon iaitu orang awam akan membayar wang rasuah sama ada secara peribadi atau menerusi orang tengah kepada doktor di klinik tertentu bagi mendapatkan surat pengesahan kelahiran palsu.


“Difahamkan doktor tertentu akan menandatangani borang kelahiran bagi mengesahkan kelahiran pemohon di klinik berkenaan walaupun ianya tidak berlaku.


“Kemudian dengan pengesahan tersebut, pemohon atau orang tengah akan menguruskan pendaftaran kelahiran dan sekiranya terdapat keraguan pihak berkaitan, mereka akan memaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan tidak dapat diproses dan perlu menunggu tindakan lanjut.


“Kaunter agensi kerajaan kemudian akan merujuk permohonan ini ke Bahagian Siasatan Khas untuk dibuka fail siasatan,” katanya di sini tadi.


Jelas sumber lagi, pemohon atau orang tengah kemudiannya akan cuba berurusan dengan pegawai agensi kerajaan bagi mendapatkan status permohonan.


“Sekiranya permohonan ditolak atau disenarai hitam, mereka akan menawarkan sejumlah wang rasuah kepada pegawai terlibat untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan itu.


“Difahamkan jumlah bayaran rasuah yang diterima adalah antara RM2,000 hingga RM6,000 bagi setiap kes,” jelasnya.


Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 18 ASPRM 2009.


“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur esok kira-kira pukul 8.30 pagi untuk urusan permohonan reman,” katanya.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2023 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sijil2 mcmni dengan penuh bergaya boleh dipalsukan, apatah lagi benda2 lain. Ada kerjasama adalah hasil.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 10:58 PM | Show all posts
Semakin tinggi, canggih teknonoly, semakin segala macam benda boleh palsukan. Dulu2 setakat janji2 dan cinta palsu, sekarang jgn kata sijil,  makanan pun boleh dipalsukan. Tu belum kira wajah, jantina dan kemaluan palsu. Hidup dlm kepalsuan sebenarnya kita ni. Suatu hari tak mustahil kita pun dah tak dapat nak beza mana palsu mana tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 11:03 PM | Show all posts
perkara ini dah banyak berlaku

Hospital swasta cina ????
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnye rasuah ni dah kena buat hukum gantung.....sebab ni dah kira jual negara...senang2 keluar sijil bg org luar taraf warganegara.makan subsidi negara....lastnye  org sendiri merempat.tgok dekat kl tu dah mcm bukan Malaysia.tak mustahil negeri lain pon jadi mcm tuh...tu pon tak sedar org luar jadi tokey org kite masih bergelek kt tiktok...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengkhianat negara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kenalan i yang doctors, lawyer, polis setahu i buat side job yang tak legal juga....salahgunakan profession..i rasa ramai mcm ni....kantoi dgn tak kantoi je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 01:29 PM | Show all posts
sebab tu data DNA perlu ada, JPN boleh semak DNA individu, jika tak sama dengan mak bapak, kena siasat, jika rekod bukan anak angkat. dakwa terus.

data DNA penting, baru kes jenayah bunuh dapat diselesaikan jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sel otak tak berhubung pulak

Apa jenayah yg berkaitan dgn sijil kelahiran palsu? Rasanya dah banyak tengok crime thriller tapi tak perasan tema gini. Maybe negara lain tak de surat beranak and ic
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
'PROJEK LAOSHI'.....berjalan lancar di Msia.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo x bodoh batalkan semua yg dh bg tu...kalo bodoh(biarkan jer)...memang bodoh la...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 8-6-2023 06:00 AM
Sel otak tak berhubung pulak

Apa jenayah yg berkaitan dgn sijil kelahiran palsu? Rasanya dah banyak ...

1. Anak haram @ luar nikah dikasik jadik halal bin binti bapak kandung.

2. Anak angkat dikasik jadik anak halal mak pak angkat dikasik bin binti bapak angkat.

Tu ja biasanya yang pemes. Terutama nombor 1.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
So, dah berapa ramai anak PATI jadik warga ummah ibu pertiwi? Adakah termasok 1.2 jota ummah negara terpaling selera eksotik PRC yg ilang tanpa dikesan dlm tanah ibu pertiwi jugekk?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr Azam Rauzan pun pernah didapati bersalah kes palsukan dokumen. Skrg aman2 je dgn wife baru (mak intan ke siapa entah pelakon yg macam budak sekolah tu)
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 7-6-2023 11:03 PM
perkara ini dah banyak berlaku

Hospital swasta cina ????

Kat tempat aku ni, ada indon suami isteri. Suami dah dapat ic biru, isteri guna permit suami. Daftarkan anak pati sedara diaorg sbg anak sendiri. Rekod check up hospital tu buat kat hospital swasta cina kat puduraya.

Ada satu lagi, mak indon, bapak bangla. Surat beranak nama mak shj. Daftarkan anak kpd ibu angkat melayu,padahal anak tak pernah tinggal dgn mak angkat tu. Pelik jkm tak pernah spot check. Skrg dah dapat ic biru. Mak kandung(indon) cakap, nanti anak dia dah 18 tahun boleh taja dia ddk kat Malaysia sbg ibu kpd warganegara.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 08:02 PM | Show all posts
6 thn dulu dah keluar cerita mcm ni. Sprm tido ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 7-6-2023 11:03 PM
perkara ini dah banyak berlaku

Hospital swasta cina ????

yang ni indian umur pun dh 80
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 7-6-2023 11:07 PM
Patutnye rasuah ni dah kena buat hukum gantung.....sebab ni dah kira jual negara...senang2 keluar si ...

Hukuman tembak di kepala sepatut nye
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 9-6-2023 07:45 PM
Dr Azam Rauzan pun pernah didapati bersalah kes palsukan dokumen. Skrg aman2 je dgn wife baru (mak i ...

Baru nk ckp benda yg sama .bapa tiri intan najuwa kan..tp lesen dia tak silap mcm dh kena tarik
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
liton replied at 9-6-2023 07:57 PM
Kat tempat aku ni, ada indon suami isteri. Suami dah dapat ic biru, isteri guna permit suami. Daft ...

Hahaha yg yindon tu nak anak dia taja dia???tu pun kalau a anak dia rjn belajar/kerja...kalau tak, sambung je la legasi makpak dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.067938 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list