CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4280|Reply: 76

Baru Kahwin Terus Tinggal Dengan Mentua, Menantu Dikecam Tak Nak Tolong Kemas Langsung "Bukan Rumah I Pun"

[Copy link]
Post time 12-6-2023 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita yang baru berkahwin menerima kecaman ramai selepas berkeras bahawa dia tidak mahu terlibat dalam urusan kerja-kerja rumah di kediaman mentuanya kerana berpendapat itu bukan rumahnya sendiri.


"Saya baru kahwin dan dalam usaha cari rumah sendiri. Sementara tu saya tinggal di rumah keluarga mentua saya.


Gambar Hiasan




"Boleh diterima ke kalau saya tak tolong buat kerja dekat rumah tu. Saya segan sebab itu bukan rumah saya pun.


"Siapa suruh suami lambat nak dapat rumah,"luahnya di media sosial.


Luahan itu mendapat perhatian netizen yang menegur wanita tersebut agar merendahkan egonya.


"Tolong la sikit-sikit pun tak apa. Walaupun rumah orang, tapi kan duduk sama-sama bawah satu bumbung.


"Sekurang-kurangnya kekalkan kebersihan rumah tu pun dah memadai, jangan kotorkan lagi kalau dah malas sangat," katanya.


Warga maya lain pula mengatakan persepsi wanita tersebut adalah janggal dan seolah-olah tidak mempunyai empati.


"Saya pernah tidur dua malam di rumah mak mentua tapi saya tetap cuba tolong apa yang patut. Saya takut saya rasa diri ni pemalas. Saya juga seorang yang sangat pemalu.


"Sampai suami beritahu yang saya bukan orang gaji kenapa nak fikir sangat. Ini semua kita panggil sebagai common sense.


"Awak yang bersetuju untuk kahwin dengan dia walaupun tahu dia tak ada rumah sendiri lagi. Pilihan awak sendiri. Lepas tu cakap konon dia terpaling princess.


"Bersyukur la mak mentua sudi nak bagi tumpang rumah untuk berteduh, daripada kau kena merempat bawah jambatan, baru kau tahu waktu tu," kata sebahagian warga maya.


Seorang warga maya pula risau akan nasib suami wanita berkenaan yang sepertinya sudah membuat pilihan hidup yang salah.


"Saya kesian dekat brader yang kahwin dengan perempuan ni, selamat saya ucapkan semuanya. Banyak merungut ni pedih telinga nak mendengar.


"Tak ada langsung ke nak tolong suami cari rumah sekali, memang harap nak goyang kaki je ke, baru awal berkahwin pun dah macam ni.


"Untuk si suami, semoga bertabah ya, kita mungkin tak kenal antara satu sama lain tapi aku harap kau kuat," kata warga maya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 09:27 AM | Show all posts
pemalas nak mampu*
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 09:34 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 12-6-2023 09:38 AM
"Sampai suami beritahu yang saya bukan orang gaji kenapa nak fikir sangat. Ini semua kita panggil sebagai common sense.

cakap tak cermin muka

korang yang lelaki ni kena faham,
pompuan sekarang ni,
buat kerja rumah utk anak dan laki dia sendiri pun,
dia terasa jadi bibik, inikan pulak duduk rumah mertua

pompuan akhir jaman ni banyak lemak, manja lagi pemalas,
ramai ada pwincess syndrome. entitle much.

mana biasa dia buat kerja rumah, tak biasa masak,
masa muda hanya belajar dan menghafal non stop,
dari umur dia 5 tahun sampai la umor 23-24 (abis degree)

masa belum kawen biasa mak bapak yg buat dan sediakan.
tetiba lepas kawen kena buat semua kerja rumah,
memang culture shock ler
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 09:37 AM | Show all posts
gatal poen sgt nak masing2 nak kawin ye. common sense budak2 sekarang memang takde. entitled much.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
dua2 ngok. bini benda camtu pun nak kene fikir ke? dah adat menumpang tu tlg2 je la apa yg patut.
yg laki plak patutnya before nikoh tu lagi cari rumah. siap2 apa yg patut. ade ke nikoh dulu pastu baru fikir nak cari rumah sewa pelbagai. aihhh apa ke bengap sgt planning korang?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 10:01 AM | Show all posts
jahanam punya menantu
elok dihumban keluar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2023 10:09 AM | Show all posts
aku cuba bersangka baik.... mungkin rumah mertua tu ramai anak2 masih dok di situ.  tiap hari pinggan mangkok sentiasa penuh singki & atas meja.  ruang tamu sentiasa bersepah sbb ramai penghuni.. kain2 kotor sangkut merata2... mgkn tengok keadaan mcm tu sekali dia start bantu akan jd org gaji percuma jd dia tak rela.... kot laaaa... tp sebenarnya sebaik2nya jangan tinggal sebumbung dengan mertua.. walaupun menyewa hanya disebelah rumah tp tetap hidup berasingan.  kalau duduk sebumbung ni banyak buruk dari baiknya.  bak kata arwah nenek aku dulu "kalau jauh bau bunga kalau dekat bau taik"... dalam kiasan orang2 tua ni......
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 10:23 AM | Show all posts
capiloton replied at 12-6-2023 09:34 AM
cakap tak cermin muka

korang yang lelaki ni kena faham,

sokong....anak dara sekarang nie banyak berangan mcm anak raja, semua nak kena hidang, kena layan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 10:26 AM | Show all posts
walau bukan rumah dia pun.....sanggup yer dia hidup dlm keadaan kekotoran mcm tu...adakah sebab dah terbiasa hidup dlm rumah yg kotor?

org kalu dah biasa umah bersih, walau bukan umah dia, mesti dia akan tolong bersihkan jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 10:27 AM | Show all posts
hidup ni biar berjasa...yg kawin ke, andartu ke, yg bujang terlajak je, etc

yg menentukan pengakhiran kita adalah tuhan, bukan manusia...buatlah kebaikan kerana Allah swt...bukan kerana manusia
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya menantu jangan buat , tu suami dia tu si anak kan , suami tu la buat keja kt umah mak dia
Kalau ada beradik lain lagi celaka tak pasal jd bibik free lak nanti
Kemas brg sndri saja sudah
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 10:39 AM | Show all posts
dia 1 je..memasing jangan malas..ko makan ko basuh..takde la sinki tu menimbun pingan2 gelas kotor..pantang sis tengok sinki bila bangun ada apa2 tak basuh...mg petir laaaa
pastu semua serik
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 11:01 AM | Show all posts
pompuan zaman sekarang semua fefeling kawin dengan prince of megah holding walaupun majlis kawin guna loan bank..lepas tu nak branded from head to toe..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Penah p rumah ipar.. anak2 semua parent x bg bt keje rumah..dah la X pakai maid..rumah jgn ckp la..dgn berdebu nye..kat sinki tu berlumut weii paip dia..anak dara dia kwin gan OCD.. kesian menantu terpaksa duk gan mertua mcm ni sbb  bl rumah kat ulu banat..jauh sgt dr tempat keje..tp kalo jumpa kat luar dressing mcm retis ye..p makan kat mana2 meja kotor sikit..ehhh koto nye jijik nye..pdhal rumah deme lg beratus2 kali kotor dr tu sampai Kalo blh mengelak..mengelak tuk p rumah deme
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 11:15 AM | Show all posts
twins replied at 12-6-2023 10:09 AM
aku cuba bersangka baik.... mungkin rumah mertua tu ramai anak2 masih dok di situ.  tiap hari pingga ...

ade betul jgk,kalau duk ramai2 tp yg lain pun x main peranan pun x guna jugak,mana maunye dia jalan sorang2 buat kerja.

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 11:22 AM | Show all posts
dah duduk menumpang tu, ringan kan lah tulang. ape kah ko muka tembok?
pengalaman Iols ngadap kak ipar 3 tahun menumpang lepas kahwin

kisah benar Iols, memang wujud perempuan tak malu camni
abang Iols, selaku suami pun bodo piang. bior je bini kulikan keluarga sendiri
aku dah banyak kali bising, tapi mak tak bagi gaduh, sebab dah duduk serumah
nasib la sekarang dah berambus. menyakitkan hati ja

dia rajin 4-5 bulan pertama lepas ja
lepas tu duduk depan tv, main phone, sampai la waktu makan
itupun tanak masuk dapur join masak.
aku dengan mak tung tang tung tang kat dapur, dah siap masak
elok ja diorang laki bini yang pertama duduk kat meja. dasar muka tak malu
lepas tu complain, nasi masak tak cukup lah, lauk tak cukup pekat lah, eh jilake betul
aku cakap, nak sedap, masak sendiri. takpun pegi kedai tu ha
paling aku bengang, dia habiskan lauk sorang.
dah orang tua aku makan megi je pastu. diorang kata tak lalu nak makan nasi. kenyang lagi. bila aku check tudung saji. pinggan je tinggal. itupun tak nak basuh!

duduk serumah, tapi penyapu tak pernah pegang, mop tak pernah
lap tingkap? lap kipas? haraammm takde
cukup hari, bersiap lawa2, wangi2, keluar rumah. pegi berjalan
shopping sana-sini, tapi barang bawa masuk bilik.
dia beli makanan sedap2, letak dalam bilik. makan laki bini
mak ayah aku amik bau ja, takde diorang pelawa pun. kuang ajo

tapi bila kami masak, dia makan selamber badak
ohhhhhhh sakitnya hati 3 tahun tu. macam mana la Iols bersabar
muka Iols 3 tahun macam muka avatar ni la
masam dan menjeling 24 jam tengok laki bini bodo piang ni

even mak Iols lepas operation pun, terbaring ja kat bilik,
takdenya diorang nak tolong jaga, tolong masakkan ke apa
aku buat sorang. itupun ada hati tanya mana lauk dah masak tadi
ko bengang tak bengang? aku cakap lauk habis. aku ngan mak makan
tu ikan dalam peti sejuk, masak la sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 11:25 AM | Show all posts
benda camni pun nak kena tanya pendapat kat socmed. hape punya hauk la. ayat dia lebih kurang camni "siapa suruh husband lambat beli rumah lol" tak ke bengong nampaknya tu? selama berkenal, bertunang apa semua tu dia tak pernah pergi rumah mertua tu ke? kalau aku agak2 tak selesa sebelum kawen lagi aku dah discuss dengan bakal suami pasal duduk tempat lain. ini dah duduk rent-free lagi nak poyo. puih.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasibla aku bukan mak mertua ko dik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 12-6-2023 10:01 AM
jahanam punya menantu
elok dihumban keluar

ini bukan menantu...ini hantu dh ni....-A.R Tompel@3Abdul
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo dia nk mengngkang jer...suh dia BAYOR SEWA...dia buat cam HOMESTAY  x berbayor la pulok....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.089651 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list