View: 1421|Reply: 28
|
Rosmah Mansor Mohon Pasport, Nak Lawat Anak Cucu Di Singapura
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi memohon untuk mendapatkan sementara pasportnya daripada Mahkamah Rayuan.
Tujuannya bagi membolehkan beliau melawat anak perempuannya, Nooryana Najwa Najib dan keluarga anak sulungnya itu di Singapura.
Dalam permohonan ketiga itu yang dibuat melalui notis usul bertarikh 2 Jun lalu, Rosmah memohon mendapatkan sementara dokumen perjalanan berkenaan selama empat minggu iaitu daripada 6 Jun sehingga 7 Julai ini.
Foto: Bernama
Beliau sebelum ini dibenarkan untuk mendapatkan sementara pasportnya pada 15 Oktober 2021 bagi melawat Nooryana Najwa yang bersalin anak kedua, dan kedua pada 21 Mac lalu, juga untuk melawat Nooryana Najwa dan cucu lelakinya yang tidak sihat.
Nooryana Najwa berkahwin dengan warganegara Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev dan mereka kini sedang menetap di Singapura.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader.
Dalam afidavit sokongan notis usul itu, Rosmah berkata beliau dinasihati oleh peguamnya bahawa permohonan untuk mendapatkan dokumen perjalanan itu adalah teratur dan pendakwaan tidak mempunyai apa-apa bantahan terhadapnya.
"Atas dasar itu, saya dengan rendah diri memohon kepada mahkamah suatu kebenaran untuk membenarkan pasport antarabangsa diambil oleh saya untuk digunakan bagi mengadakan lawatan peribadi melawat anak perempuan saya dan keluarganya di Singapura," katanya.
Rosmah berkata, beliau mengaku janji untuk menyerahkan kembali pasport itu kepada mahkamah dengan kadar segera atau selewat-lewatnya seminggu selepas pulang dari Singapura.
Permohonan Rosmah itu akan didengar Mahkamah Rayuan esok.
Rosmah merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 1 September tahun lalu, yang mendapati beliau bersalah atas tiga tuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu, tetapi membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya yang akan didengar Mahkamah Rayuan pada 11 hingga 14 Julai ini. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
anak beranak dia ni ada biz kt singapore ke gigih beranak pinak kt sana |
|
|
|
|
|
|
|
anak cucu dia x reti nk balik? |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam permohonan ketiga itu yang dibuat melalui notis usul bertarikh 2 Jun lalu...
Patutlah macam pernah ku dengar berita sebegini. Tiap2 kali Rosmah buat permohonan kena buka thread ka? Dah terbukti tiada isu kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak cucu tak nak balik malaysia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ank dia keje mkn gaji ke kat sg? Dah tau mak xboleh keluar malaysia, beranak je dlm negara. Bangang. So i xpercaya cerita dongeng ni. Mesti nk lari punya. Ank n cucu baru tu ko tggu je la hbis pantang boleh jumpa melawat kat penjara. Bukannya ank dia miskin b40 xmampu hire org jaga dlm pantang
Klau penguatkuasa or hakim lepaskan mmg bahlol la xboleh baca taktik dia |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia bukan datang perhimpunan agong umno baru2? Dia tak bawak cucu2 sekali ke jumpa nenek? |
|
|
|
|
|
|
|
SedihPedih replied at 14-6-2023 12:25 PM
anak cucu dia x reti nk balik?
Khuensss.. mcm orang2 lain laaa kan reti je balik rumah jenguk makpak kerap2.... redah jem di aidilfitri |
|
|
|
|
|
|
|
kaseh80 replied at 14-6-2023 12:33 PM
Anak cucu tak nak balik malaysia ke?
Takut harta deme plak kena sita |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka rosie.. why u renovate muka banyak sangat.. scary sgt muka anda... |
|
|
|
|
|
|
|
kita tunggu keputusan kerajaan madani |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols tak terkejut ke tengok muka sendiri every morning lepas bangun tidur |
|
|
|
|
|
|
|
bukan anak dia ada kat malaysia ke..
beria berucap dengan pelatnya kat perhimpunan umno.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cucu n ank tu x reti ke dtg msia
Ke dah bodo piang |
|
|
|
|
|
|
|
Bukankah anak pompuan dia ada di M'sia kemaren, hadiri himpunan parti UMNO. Baru je kan?.
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa anak cucu xduduk dan keje kt msia? |
|
|
|
|
|
|
|
Yanadey tak balik ke prn nnt?
Jumpa masa tu lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 14-6-2023 01:16 PM
Khuensss.. mcm orang2 lain laaa kan reti je balik rumah jenguk makpak kerap2.... redah jem di aidi ...
Yanadey tak balik raya haji ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nekmah melawat yanadey je ke? Anak2 lain heols tak lawat?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hidung Nekmah omg |
|
|
|
|
|
|
| |
|