CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2941|Reply: 41

Keluarga Terkilan Suspek Tak Cuba Cari Keluarga Penunggang Ducati Jatuh Flyover Untuk Memohon Maaf

[Copy link]
Post time 15-6-2023 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Anak sulung mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (Suke), Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36, kesal dengan perbuatan suspek yang melarikan diri dan langsung tidak memberi pertolongan ketika arwah kemalangan.


Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa yang menunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia akibat parah selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat Suke apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.


Menurut Hafidz, dirinya serta keluarga masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa suspek langsung tidak mengendahkan bapanya, Ahmad Fadzil Omar Azzadin, 62, yang ditimpa kemalangan akibat kecuaian dirinya sendiri.




Allahyarham Ahmad Fadzil Omar Azzadin (kiri) dan anaknya, Muhammad Hafidz (kanan).




“Buat masa sekarang, kami sekeluarga sangat bersedih dan masih terkejut di atas pemergian ayah tercinta.


“Tetapi kami sekeluarga tidak dapat menerima perbuatan suspek yang melarikan diri dan langsung tidak cuba mencari kami untuk memohon maaf.


“Suspek langsung tiada usaha membuat panggilan kepada pihak hospital atau berjumpa dengan kami ahli keluarga bagi meminta maaf,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Unit Perubatan Forensik Hospital Ampang, dekat sini selepas proses bedah siasat dilakukan, hari ini.


Muhammad Hafidz berkata, dirinya mendapat perkhabaran pemergian arwah ayah hanya apabila pihak polir hadir ke rumah dan memaklumkan kejadian menyayat hati tersebut kepada ibunya.


Menurutnya, mengetahui kemalangan tersebut, dia hanya menyangka ayahnya itu sekadar mengalami kecederaan patah kaki atau seumpamanya.


“Pada mulanya, saya menjangkakan ayah hanya mengalami kecederaan atau patah kaki.


“Saya sudah bertekad untuk menjaganya. Namun Allah lebih menyayangi arwah dan menjemputnya menerusi kejadian ini,” ujarnya.


Katanya, meskipun suspek bersalah kerana melawan arus dan menyebabkan arwah ayahnya, namun setidak-tidaknya suspek mencari dia sekeluarga untuk memohon maaf.


Difahamkan, proses bedah siasat selesai sekitar pukul 1 petang dan urusan mandi jenazah dilakukan di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, di sini selepas jenazah dibawa keluar.


“Arwah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terhentak ke tanah lalu saraf tunjang arwah ayahnya di tengkuk dipercayai telah terputus,” tambahnya.


Jenazah Ahmad Fadzil dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada petang ini.


Sehubungan itu, Muhammad Hafidz memohon semua yang mengenali arwah ayahnya untuk mendoakan kebaikan buatnya dan berada dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh.




Sumber: KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihirojiun..
Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmatinya dgn rahmat terbaik milik Allah SWT..amin

Sabarlah dan redha lah..bak kata org2 tua dulukala..malang xberbau..begitu juga, aturan hidup..kita pun xtau apa2 yg dh ditentukan...sekadar menjalani kehidupan dgn sebaik mungkin mengikut daya upaya kita shj... selebihnya Allah SWT lah jua sebaik2 pengatur kehidupan para makhluknya baik dibumi mahu dilangit hatta diantara keduanya..

Takziah den ucapkan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku percaya orang yang melawan arus tu tahu dan sedang baca news2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahummaghfirlahu warhamhu, wa'afihi wa'fu anhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 15-6-2023 06:43 PM
Aku percaya orang yang melawan arus tu tahu dan sedang baca news2 ni..

Meols harap akan ada unsur kejahatan yg kejar org tu hingga sendiri serender ke balai polis
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh ke “maaf” je. kena la tindakan @ bayar gantirugi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga yg melawan arus tu terbuka hati serah diri kat pdrm
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia jumpa kau habislah ke dalam dia dikk.
Sesilap dia dh penah ade kes.
Mendapatlah dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Innallilah & takziah pada famili..semuga pelaku tersebut mendapat hidayah untuk menyerah diri  Boleh pulak dia larikan diri & selamat  takde camera ke di highway tu untuk polis chek?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde ke terrecord kat dashcam sesapa masa dia lwn arus tu
Kalau cctv tu mcm jauh sgt nak teropong
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 15-6-2023 05:52 PM
Innalillahi wainna ilaihirojiun..
Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmatinya dgn rahmat terbaik mi ...

Amboiiii senang untuk kau suruh orang tu sabar ya dek?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilahi rojiunn..

Kematian akibat kemalangan ni memang sukar sikit nak sembuh, sebab macam tak percaya je orang disayang tu terlibat dalam kemalangan maut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
apa la motif lawan arus tu weiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 09:12 PM | Show all posts
selagi takde orang mati mesti mat2 rempit yang lalu shortcut kat suke highway tu gigih guna hari2 melawan arus macamtu.... bangang betul... harap di tangkap dan bagi hukuman secukupnya atas kecuaian...

takpun sumbat je ke dalam rumah si bainon tu biar dia siram kau pakai air coway panas... siap di jirus2 macam sup gearbox...

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali org yg lawan arus tu pun bgtau yg dia terpaksa buat gitu sbb dia nk cepat ade org nk mati kt umah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ade kete yg lalu sblh si badigol melawan arus tu kan. hrp owner kereta2  ade dashcam. tu je kot bole tlg carik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 09:38 PM | Show all posts
entah2 rider lawan arus tu tengah cari2 kad OKU. tu kad kuasa tinggi kasi lepas hukuman trafik kat Malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
margo20 replied at 15-6-2023 09:16 PM
Sekali org yg lawan arus tu pun bgtau yg dia terpaksa buat gitu sbb dia nk cepat ade org nk mati kt  ...

Kenapa kalau dia cepat sampai kat rumah dia boleh tolong buat CPR ke nyah sis?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti anak dia sedih tgk video dan gambar2 ayah dia yg bertebaran tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat rempit tu takut ketar lututlah tu. Semoga tiap2 malam dia mengalami nightmare.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.048891 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list