CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2428|Reply: 36

FBI Perancis, UK Dan AS Pun Gagal Jejak Pelaku Penganiayaan Nurin Jazlin

[Copy link]
Post time 15-6-2023 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Tiada siapa dapat melupakan pembunuhan kejam Nurin Jazlin. 20 Ogos 2007 menjadi detik duka buat Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman apabila anak kedua mereka itu ‘lesap’ selepas ke pasar malam seorang diri untuk membeli sepit rambut.


Pada 17 September, kanak-kanak berusia lapan tahun itu ditemui di dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di kawasan rumah kedai.




TikTok/FB




Selain kemaluannya disumbat dengan timun dan terung, jangkitan kuman menjadi punca utama pemergian Nurin.


Encik Jazimin sukar mengecam identiti sebenar lantaran fizikal budak itu sudah berubah, namun dia berkata, itu bukan Nurin kerana tiada parut BCG dijumpai.


Sebelum bedah siasat dijalankan, Puan Norazian bagaimanapun mengesahkan itu adalah anak mereka melalui kesan tanda lahir di bahagian paha.


Sehingga kini, pelaku yang merentap kehidupan Nurin masih belum diberkas. Malah, identiti individu bermotosikal yang meninggalkan beg itu juga gagal disahkan kerana kualiti rakaman CCTV waktu itu amatlah kabur.


Bukan sahaja penubuhan NGO khas, bahkan pihak penyiasat pernah cuba mendapatkan bantuan pihak FBI di Perancis, United Kingdom serta Amerika. Namun, semua usaha itu menemui jalan buntu.







Membayangkan penyiksaan yang terpaksa dihadapi Nurin pada nafas-nafas terakhir, ia cukup menyakitkan hati Encik Jazimin meskipun sudah hampir 16 tahun ia berlalu.


Sejak dahulu lagi, dia sentiasa menggesa pihak berkuasa meneruskan usaha merungkai dalang di sebalik jenayah melampau tersebut.




Sumber: Kisah Dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Wrong bod la vavii.. WRONG. BOD.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 10:10 PM | Show all posts
Tak terasa dah 16thn. Semoga roh Nurin aman damai di sana.

Mungkin satu hari nanti sains forensik yg lebih maju dan canggih akan selesaikan kes kejam nih. Sedangkan sekarang makin byk cold cases luar negara yg kononnya kekal misteri dah berjaya diselesaikan. Apepun ai doakan lahanat yg bertanggungjawab mati 100 kali ganda lebih seksa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak dapat selesaikan pun, kaka sgt percaya. Pelaku sentiasa akan dihantui perbuatan keji dia tu. Entah2 sampai skrg pum tidur dia tak pernah tenang. Ashik teringat2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 15-6-2023 10:10 PM
Tak terasa dah 16thn. Semoga roh Nurin aman damai di sana.

Mungkin satu hari nanti sains forensik  ...

tak boleh detect melalui.sim card ke
no pendaftaran motor tu ke

aku memang nak sangat jumpa pembunuh tu..nak buat benda sama.dia buat pd nurin jazlin
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Zazama replied at 16-6-2023 12:01 AM
Kalau tak dapat selesaikan pun, kaka sgt percaya. Pelaku sentiasa akan dihantui perbuatan keji dia t ...

orang jahat manalah insaf

hanya kalau kita buat semula apa dia buat pada dia barudia menyesal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2023 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 16-6-2023 12:10 AM
orang jahat manalah insaf

hanya kalau kita buat semula apa dia buat pada dia barudia menyesal

Maksud kaka is, dia tak akan ada daya nak lupa sampai bila2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 12:43 AM | Show all posts
lama dah kes ni... iols pun masih baby lagi masa tu...
kejam betul yach cara dia bunuh budak tu...

tengok cctv tu pun tak berapa clear zaman tu, sekarang ni cctv paling murah pun gambar clear...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa pelaku tu tengah terseksa menunggu mati
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 15-6-2023 10:10 PM
Tak terasa dah 16thn. Semoga roh Nurin aman damai di sana.

Mungkin satu hari nanti sains forensik  ...

I harap sgt in my lifetime or her parent’s , case ni berjaya tangkap culprit dia. Xpuas hati sgt sbb mmg kejam la apa yg org tu buat
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sgt, harap pelaku kejam mimpi ngeri tiap malam, jadi sewel atau dah mati digelek lori
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi merinding tiba nampak thread ni dahla anak jiran hilang ni masa balik sek smlm

Semoga ada keadilan buat arwah, knpla susah sgt ye nak jumpa pelakunya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 16-6-2023 01:48 AM
I harap sgt in my lifetime or her parent’s , case ni berjaya tangkap culprit dia. Xpuas hati sgt  ...

Amin, siapala pelakunyaa selagi tak ditangkap kita pun takleh tenang.
Boleh jd dia ada je sekitar kita, menyamar jd org baik2. Kawen dan beranak pinak, hidup normal je bercampur gaul dalam masyarakat kita nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes adik nurin ni jadi masa aku pregnant anak ke 2 dulu, berbulan2 aku trauma teringat2 gambar dia kat newspaper. X berapa lama lepas tu kes adik sharlinie pulak, tambah lg trauma
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 07:40 AM | Show all posts
kuzaime replied at 16-6-2023 06:30 AM
Kes adik nurin ni jadi masa aku pregnant anak ke 2 dulu, berbulan2 aku trauma teringat2 gambar di ...

adik sharlini lagilah, sampai sekarang tak dapat dikesan, samada hidup atau mati family tak tau..huhu


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 08:24 AM | Show all posts
sekngucing replied at 16-6-2023 12:09 AM
tak boleh detect melalui.sim card ke
no pendaftaran motor tu ke

FBI US dah cuba guna kepakaran dia org yg paling canggih utk clear kan bideo cctv tu tp fail jugak. Kalaulah teknologi AI yg sekarang ni dpt bantu, drpd disalahguna buat 'seni' copycat dan merepek2 tuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 08:28 AM | Show all posts
anony-mous replied at 16-6-2023 01:48 AM
I harap sgt in my lifetime or her parent’s , case ni berjaya tangkap culprit dia. Xpuas hati sgt  ...

Samalah. Berharap sgt kalo boleh Nurin dan family nya dpt keadilan secepat mungkin, ai nak mereka dan jugak seluruh rakyat Msia berkesempatan tengok si pelaku ditangkap dan dihukum mati.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 08:29 AM | Show all posts
masa kes ni kecoh, adalah tersebar pic2 arwah aku dpt kat email masa tu..mmg totally berubah..kesian sangat2..semoga yg membunuh arwah nurin ni kau mati terseksa jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 08:30 AM | Show all posts
baru ni tgk dkt tv3 tajuk Fail mahkamah. diorg tunjuk balik video2 masa kes ni tgh berjalan. kesian, sedih, meremang smua ada. sempat jugakla ckp dkt anak sendiri, g la kedai sorg2, tgk kakak ni xbalik2 dh.

pelik dgn kes ni sbb kalo pembuatnye tu bersiri, mesti ade lg kes2 selepas tu tp kes ni 1 je. entahla
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 08:37 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 16-6-2023 12:43 AM
lama dah kes ni... iols pun masih baby lagi masa tu...
kejam betul yach cara dia bunuh budak tu... : ...

amboiiihhh 2007 baby lagi
x menahan sungguh

anyway...kes adik nurin ni mmg sgt heartbreaking la
so sad pelaku nya belum dpt diberkas
selalunya polis laju je dpt especially bila ada cctv
but this one mmg susah sungguh

ada baca somewhere probably cari jgk
teori relate dgn along
berkait dgn ayahnya
tah la btl ke tak
tp sadis sungguh apa yg polis jumpa dlm bdn arwahnya

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.078396 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list