KUALA LUMPUR – Suhu politik di negara ini menjelang enam pilihan raya negeri (PRN) menjadi panas ekoran naratif kononnya Islam sedang terancam yang dibawa oleh Pas. Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, isu kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan kes Jill Ireland Lawrence Bill dijadikan modal oleh para pemimpin Pas yang kalimah Allah terancam sedangkan kesuciannya dipelihara oleh kerajaan. Menurut beliau, kehadiran DAP dalam Kerajaan Perpaduan juga dijadikan modal walaupun kerjasama antara parti politik di sesebuah negara adalah perkara yang digalakkan Islam atas dasar kebajikan bersama. “Rentetan dari naratif ‘Islam terancam’, lahir pemikiran perjuangan Islam hanya didominasi oleh Pas. Dengan maksud tersirat perjuangan parti orang Islam yang lain bukanlah perjuangan Islam.
“Dari situlah juga lahir ungkapan yang masyhur dahulu iaitu ‘ucapan kita adalah jihad, melawan puak-puak ini adalah jihad dan jika mati adalah mati Islam’,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. https://malaysiagazette.com/2023/06/15/naratif-pas-kononnya-islam-terancam-punca-suhu-politik-panas-khairuddin/
|