CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1746|Reply: 35

Masjid Amerika Meriah, Lelaki Pakai Seluar Pendek Pun Rileks Je- Di Malaysia Masuk Pakai Jersi Bola Pun Kena Maki

[Copy link]
Post time 16-6-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini tular di Twitter menunjukkan keadaan sebuah masjid di Amerika Syarikat yang dilihat berseri dengan aktiviti anjuran komuniti setempat.


“Kenapa masjid luar negara selalu meriah, masjid kita nak dapat dua saf pun susah,”soal seorang netizen.


Dalam perkongsian itu, Saif Suhairi, seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di sana menunjukkan seorang lelaki berseluar pendek beramah mesra dengan sekumpulan anak kecil di dalam masjid.




Foto: Twitter




"Ahad lepas ada pakcik mat salih pakai seluar pendek bawa buaya masuk masjid sebab nak hiburkan budak-budak sempena hari graduasi sekolah agama di sini.


"Sekolah agama di sini sama konsep macam kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) di Malaysia. Kena bayar untuk alatan tapi cikgu dan guru besar merupakan sukarelawan, baik sangat mereka semua ni.


"akcik tu peminat reptilia jadi dia dipanggil untuk pamerkan koleksi dia. Ada ular, biawak dan buaya. Lepas habis majlis, budak-budak semua keluar pergi makan aiskrim sambil healing.


Menurut Saif, ahli jawatankuasa (AJK) masjid di Amerika Syarikat kebiasaannya mempunyai hubungan rapat dengan ahli kariahnya.


"Imam di masjid ini iaitu Sheikh Abdul Hadi sangat prihatin dengan budak-budak. Hampir nama setiap budak dia boleh ingat.


"Budak jadi suka nak datang masjid. mereka gembira. Inilah cara kami komuniti Islam di Amerika Syarikat. Tak sama dengan tempat lain," jelas Saif.


Selain itu seorang warga maya yang sering berkunjung ke negara Barat sempat menceritakan pengalamannya melihat aktiviti di masjid di sana.


"Masjid dekat sana bukan sekadar masjid. Tapi ia adalah pusat Islam untuk Muslim ataupun bukan Muslim berkumpul dan menjalankan aktiviti riadah. Mereka bergaul dan ada komunikasi sihat, kenalan baharu dibuat tanpa ada diskriminasi.


"Yang tua memerhatikan dan membimbing yang muda tanpa ada rasa senioriti. Budak-budak boleh buat kerja sekolah dekat situ. Lepas siap, sesetengah pusat Islam tu ada PlayStation 5 atau Nintendo Switch, mereka boleh main ramai-ramai.


"Apabila masuk waktu solat, mereka solat berjemaah, lepas tu sambung buat aktiviti. Mereka yang duduk di overseas akan tahu masjid atau pusat Islam ni memainkan peranan penting dalam membina komuniti Islam di sana," ujarnya.


Susulan daripada perkongsian itu, warga maya mula membandingkan pengisian di masjid-masjid di Malaysia.


"Dekat Malaysia ni lain. Masjid dikunjungi apabila masuk waktu solat, itu pun imam kena berusaha keras nak penuhkan. Sebab apa begini jadinya?


"Sebab orang ramai termasuk kanak-kanak dan remaja tak ada urusan atau tujuan untuk pergi ke masjid melainkan ketika waktu solat. Belia kita lebih cenderung untuk lepak di kafe siber atau mamak bermain permainan video ramai-ramai.


"Berjam-jam melepak di sana dengan hanya bermodalkan segelas air teh-O di meja. Itu sebab masjid selalu kosong. Kalau waktu solat dapat dua saf pun dah cukup baik," katanya.


Seorang lagi warga maya pula mengatakan konsep sebegini pernah diamalkan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka tetapi semakin luntur dimamah peredaran zaman.


"Masjid pernah menjadi pusat komuniti untuk masyarakat Melayu dahulu. Ketika sebuah bandar hendak dibangunkan, tiga perkara wajib ada iaitu istana, masjid dan pasar atau pelabuhan.


"Masjid menjadi pusat untuk menimba ilmu, untuk masyarakat berkumpul sebagai satu komuniti dan sebagai tempat bermesyuarat untuk rakyat jelata dan istana," terangnya.


Sementara itu ada segelintir netizen tampil membuat pengakuan dengan pelbagai dakwaan bagi menjelaskan punca mereka menjauhkan diri daripada masjid.


"Ahli jawatankuasa masjid (AJK) ramai yang benci kanak-kanak dan remaja. Pernah datang ke masjid pakai jersi Manchester United, terus kena tegur dengan seorang pakcik cakap tak boleh berpakaian macam tu.


"Saya pernah datang solat tarawih pakai seluar jeans, terus kena tegur dengan pakcik terpaling alim. Kononnya seluar tu tak sesuai pakai untuk solat di masjid. Saya free hair, nak masuk masjid untuk solat terus kena tengking dengan makcik.


"Saya pernah pergi masjid di United Kingdom, masjid di sana terbuka untuk semua termasuk untuk bukan Islam. Tapi masjid di Malaysia ada yang dijadikan pentas politik untuk mempromosikan kebencian.


"Saya pernah datang nak buat assignment di masjid, terus kena gertak dengan satu pakcik ni, ditanya universiti tak ada perpustakaan ke," cerita warga maya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 12:40 PM | Show all posts
Aku tang nak meriahkan masjid dengan buat aktiviti tu setujulah tapi jgnlah sampai org pakai seluar pendek pun boleh masuk. Paha tu kan aurat bagi lelaki & perempuan.

Aku paham kenapa org masjid x suka budak2 & remaja. Dorang nk kekalkan masjid tu bersih, kemas & tenang. Tapi itulah. Kena lah biarkan budak & remaja mai dulu. Tengok dorang camner. Didik lah dari situ. Org masjid lah yang kena kawal keadaan, bukan biarkan budak budak2 & remaja take over masjid. Lama2 dorang akan ikut peraturan. Iolls rasa eloklah diramaikan AJK masjid muslimah yang berpendidikan. Input dari AJK muslimah akan bagi impak yang besar untuk bantu mendidik kanak2 terutamanya behave dalam masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 12:47 PM | Show all posts
Tengoklah macamana.  Kat US ke UK ke Australia ke negeri2 yg bukan majoriti nye Islam, masjid bukan hanya untuk mazhab shafiee je macam kat Malaysia ni.  Kalau mazhab shafiee yg strict memang lah itu tak boleh ini tak boleh tapi boleh pulak kau bagi political sermon gitu.  Kat US ni mostly maliki.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 12:55 PM | Show all posts
Masjid tempat iols ada je pakai seluar pendek tp bawah paras lutut la join solat
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak pernah bukak seluar kat masjid sis. Tapi kat dalam toiletlah sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 07:18 PM | Show all posts
adik Iols cerita, dia pergi surau nak solat asar

pakcik tu tak bagi masuk saf paling depan sebab pakai t-shirt. malas nak berbalah dengan orang tua waktu nak solat, dia pun kebelakang. lepas tu pakcik tu tak bagi budak kecik masuk saf, pegi buat saf baru paling belakang.

bila orang tua tu dah angkat takbir, adik Iols panggil budak kecik tu masuk saf, solat sebelah dia. sebab budak tu terpinga-pinga sorang-sorang kat belakang. waktu asar takde budak kecik lain

ada budak bawak buku nak study untuk exam pun kena halau. dituduh budak2 nak pecah tabung masjid. yang halaunya, jenis orang tua AJK, 24 jam kopiah, baju melayu, kain pelikat. acaner
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
fulamak..ada PS5 kt masjid negara omputeh...lwn main fifa....solat...wow!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 09:01 PM | Show all posts
masjid negara liberal.. so Malaysia nak kena follow jugak ke? cool sangat ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sana semua mazhab bleh masuk
sini shafie saja

aku pernah solat sekali dgn arab yg berseluar lendek..seluar tu bawah sikit ja pada lutut
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku membayangkan...
satu famili cina Segambut Ulu mai singgah mesjid isele acuan melayu,
semata nak guna toilet sekejap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam Yusuf Estes cakap la... hantam sampai kapal nak karam.
Ahh... jauh sangat, bro Lim Jooi Soon lagi dekat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 02:24 AM | Show all posts
"Masjid dekat sana bukan sekadar masjid. Tapi ia adalah pusat Islam untuk Muslim ataupun bukan Muslim berkumpul dan menjalankan aktiviti riadah. Mereka bergaul dan ada komunikasi sihat, kenalan baharu dibuat tanpa ada diskriminasi. Yang tua memerhatikan dan membimbing yang muda tanpa ada rasa senioriti. Budak-budak boleh buat kerja sekolah dekat situ. Lepas siap, sesetengah pusat Islam tu ada PlayStation 5 atau Nintendo Switch, mereka boleh main ramai-ramai.


Masjid di sini bukan utk tempat sembahyang tetapi juga tempat berkumpul bagi orang orang Islam setempat. Masjid menyediakan education prog, youth programming (selepas Maghrib hari Jumaat) Women's Education Programming (utk remaja) Community center (tempat utk sambut birthday, majlis khatam quran, majlis kawin) Banquet, fitness center, toddler room, indoor and outdoor cafe, many classroom (yg ada mcm mcm activities) Outdoor court (basketball).

Ini sahaja tempat yang sesuai utk anak anak Muslim bercampur dgn kawan seugama. Setiap bulan ada perjumpaan young profesional (mcm temu jodoh) young professional juga luang masa utk mengajar golongan teens. Kelas utk saudara baru diadakan tiap hari khamis.

Malaysia tak perlu buat macam ini sebab para mualaf boleh pergi Jakim, kenduri kawin boleh buat di rumah, budak budak Islam di sekolah di kawasan perumahan pun boleh jumpa sesama Islam.




Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 02:28 AM | Show all posts
sekngucing replied at 16-6-2023 05:05 AM
sana semua mazhab bleh masuk
sini shafie saja


Tempat aii orang Iran tak mai masjid puak Shafie. Orang Turki pula lagi selesa sembahyang di masjid yang orang mereka sahaja pergi. Orang Indonesia pula suka pergi masjid orang orang dia sahaja <-- jenis tak nak berkawan kot?







Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena la jaga aurat sister kalau dekat mesjid. Tapi jangan dihalau. Ada pakcik tu nak halau budak2 solat, sekali budak tu menjawab..masa kecik la nak pergi surau, takkan nak jadi macam pakcik dah tua baru nak pergi surau. Kawan iols yg pondan pun pergi masjid pakai jubah pun kena halau oleh ajk2 tua laknat. Kawan iols cakap balik. "Dah la aku kena hina macam pompuan, bila aku nak solat kena halau pulak kata aku tak boleh solat. Kalau murtad, kena kecam pulak sedangkan korang yg buat org lain jauh dari agama". Katanya ada imam dengar & imam tu terus tegur pakcik tu. Kata kawan iols lagi imam tu hensem
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 17-6-2023 02:49 AM

"Lepas habis majlis, budak-budak semua keluar pergi makan aiskrim sambil healing."

Healing, healing... Healingggg la sangattt macam ler tengok ulor dan biawak tuh mendatangkan stresss dan trauma
sukaa nauuu guna perkataaan healing tuhh  yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw, mungkin jersi MU tuh khenn The Red Devils ada lambang syaiton nirojim pegang pitchfork dah ler merah menyala mcm api nurake gaytohh, sama ler mcm jersey kelab Sepanyol ada lambang salib tuhhh tapi ko pakai buat solat selayaknya dihencap dekkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2023 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
jebatmaspunyer replied at 16-6-2023 12:40 PM
Aku tang nak meriahkan masjid dengan buat aktiviti tu setujulah tapi jgnlah sampai org pakai seluar  ...

Klu tgk gambar tu, dia pakai seluar cover lutut. Ada mazhab yg benarkan.
Klu di us atau europe, kebanyakkan muslim dari semua aliran mazhab boleh bertolak ansur dengan perbezaan mereka. Imam gilir2. Boleh dengar style bacaan masing2. India pakistan african latino arab mat saleh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sini ajaran agama melayu sis,susah sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Situasi dan persekitaran tak sama. Di sana masjid memang betul berfungsi sebagai pusat komuniti. Tempat berkumpul umat islam dan buat aktiviti selain dari beribadat. Situasi di Malaysia pula, sudah ada banyak venue lain untuk buat aktiviti sebegitu dan ianya dianjurkan dan dibiayai oleh kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 07:16 AM | Show all posts
Agama melayu dengan agama Islam sama ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.122422 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list