CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6309|Reply: 63

Ibu 5 Anak Malu Dah Tua Tapi Gigih Iklan Diri Di Media Sosial Cari Pasangan, Yang Bawah 20 Tu Tolong Jangan Paksa...

[Copy link]
Post time 19-6-2023 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Tular ciapan seorang wanita mencari pasangan hidup di Twitter.


Menurut Suzzanne Anton, 47, ini kali kedua dia mencari pasangan dan berasa sedikit malu sebab saya dah berusia.




Twitter




"Tapi saya layak untuk bahagia juga," ciapnya ringkas.


Dia turut meminta supaya warga maya berkongsi ciapannya di platform masing-masing.











Dikenali sebagai Suzzanne Anton, dia juga menggariskan beberapa kriteria pasangan yang diingininya selain mendedahkan perihal diri.


Merupakan ibu kepada lima cahaya mata, wanita yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor ini memaklumkan kesemua anaknya sudah melewati usia remaja.


"Saya gemar memasak, melancong dan bersenam di gym selain bekerja sebagai eksekutif kanan di sebuah syarikat.


"Sangat memahami dan pendengar yang baik jadi saya mencari suami yang boleh diajak bersembang serta dapat memberi nasihat," ujarnya yang mempunyai seorang kakak dan tinggal di Sabah kerana mengikut suami.




Twitter




Bagaimanapun, Suzzanne meletakkan syarat supaya lelaki yang ingin mengenalinya bukanlah suami orang dan berumur lingkungan 37 hingga 55 tahun.


Ketika dihubungi mStar, dia menyatakan bahawa anak sulungnya baru sahaja mula bekerja manakala anak kedua berusia 19 tahun.


"Anak kedua nak sambung belajar tetapi saya tak mampu kerana keputusan peperiksaannya tidak berapa baik.


"Baru-baru ni tuan rumah lama nak ambil balik rumah, kelam kabut cari rumah dan pindah dua minggu sebelum raya," luahnya yang diserang penyakit jantung selepas mengalami kemurungan melampau penghujung tahun 2019.


Bukan itu sahaja, dia turut memaklumkan bahawa dia dan bekas suami telah bercerai secara sah pada 25 Februari 2019.




Twitter




Menyedari ramai yang beranggapan dia mencari suami bagi membantu urusan kewangan, Suzzanne berkata, anak-anak adalah tanggungannya sendiri.


"Anak-anak akan tanggung sendiri, tak akan susahkan bakal suami. Selepas bercerai saya mengalami depression sebab sudah biasa hidup berteman.


"Maklumlah, saya berkahwin di usia 19 tahun dan sekarang tiba-tiba kena uruskan sendiri semua perkara dengan tiada kenderaannya... dulu beli barang pun jalan kaki sahaja," luahnya lagi.


Selepas memuatnaik status tentang pencarian calon suami, dia mendedahkan telah dihubungi ramai individu di halaman Twitter, namun kebanyakan adalah mereka yang berusia 20 tahun ke bawah.


"Terima kasih di atas mesej... tapi adik-adik 20 tahun ke bawah, awak sebaya dengan anak saya.


"Tolonglah faham dan jangan paksa. Usia 30 tahun ke atas boleh diterima tetapi dengan syarat," jelasnya.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan supaya dia bertemu dengan pasangan yang diimpikan.


Tidak kurang juga yang mengesyorkan supaya Suzzanne mencuba aplikasi dating baitulmuslim.com bagi mendapatkan pasangan yang bersesuaian.








Bagaimanapun, terdapat juga pelayar yang memintanya supaya tidak mencari pasangan sebaliknya fokus pada diri sendiri dan anak-anak.


Suzzanne kemudian membalasnya dengan mengatakan pelayar terbabit tidak berada dalam situasinya.


Dia turut menambah, ibu boleh menjaga lima orang anak tetapi belum tentu anak boleh jaga seorang ibu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah xde keta xde ssh jgk. jaga besarkn je la ank-ank tu kak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 12:24 PM | Show all posts
fokus ajelah kat anak2 tu kak
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 12:24 PM | Show all posts
Sedihnyer la kak.. kalau ada rumah & kereta pasti lelaki ramai nk mengendeng'
yg adik2 below 20's tu yang nak berkenalan tu pun minta dijaga hahhah..

Kpd wanita carilah harta sendiri jgn harapkan suami kita ni kekal hingga ke mati.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 12:35 PM | Show all posts
saje tgk twitter dia.
siap mintak pendapat mcm mana nk suruh anak umur 23 keja
nmpk gaya anak2 pun jenis duduk di rumah harapkan mak je.
perasan dia ni kat semua medsco dia mintak tlg duit
kat linkedin siap ckp xde keje xde income
entah la org zaman skrg ni susah nk caya
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 12:49 PM | Show all posts
iolllss bukan nk kecam tapi yakinnyehhhhh acik ni amik gambar kat gym yehh..da srupa biskut ikan tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2023 12:50 PM | Show all posts
Edited by mamajawie at 19-6-2023 12:52 PM

sama x gambar acik ni dengan biskut ikan??

   



Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie:  Edited by mamajawie at 19-6-2 ...


Kejammmmmmm [em:9:][em:9:][em:9:]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
"KUDA yang mana..kuda yang mana tuan senangi.."
Janda yg mana..janda yg mana tuan senangi...

Naik speda naik sepeda mati lampunya ..
Jln terus..jln terus lmbt sampainya..
Ada janda..ada janda kabur lakinya..
Mau dilamar..mau dilamar byk anknya "
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kakak bertemu Jodoh ya
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 04:00 PM | Show all posts
mamajawie replied at 19-6-2023 12:50 PM
sama x gambar acik ni dengan biskut ikan??

edit gone wrong ke?
macam pelik je rupa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 04:02 PM | Show all posts
kemain dengan contact lens bagai..
baik fokus jaga family je la kak..
kalau lawa jelita boleh la fikir nak kaut banker..
ini silap-silap dia yang kena sara laki..
dah serba kekurangan tu, tak payah la menambah beban..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 04:04 PM | Show all posts
kenyangperut replied at 19-6-2023 12:35 PM
saje tgk twitter dia.
siap mintak pendapat mcm mana nk suruh anak umur 23 keja
nmpk gaya anak2 pun j ...

lagilah lelaki2 semua lari...cari pasal kalau end up dgn ibu anak 5, kalau anak semua menjadi x susahkan laki xpe juga
berani sheols advertise diri sendiri gitu x takut kecaman haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 04:10 PM | Show all posts
contact lens barbie dolls wajib ye kak .. kerlas...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 04:26 PM | Show all posts
semoga bertemu dgn lelaki yg betul2 ikhlas lah terima dia dan anak2..dia dah biasa berteman katanya, kahwin umur 19 kan..tiba2 bercerai umur lewat 40an..

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 19-6-2023 12:50 PM
sama x gambar acik ni dengan biskut ikan??

Terus iol rasa nak makan biskut ikan. Hareyyy betul ????????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Red flag sungguh acik ni. TBH mmg dia cari suami utk memudahkan hidup dia sbnrnya. 4 tahun menjanda spttnya ada npk perubahan jika dia berusaha memajukan hidup. Red flag, red flag. Yg lelaki mohon larikan diri siap2
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 05:00 PM | Show all posts
Dia ni penah masuk berita & linkedin masa dia putus keje..ala-ala perlukan bantuan gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 05:08 PM | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 19-6-2023 04:36 PM
Terus iol rasa nak makan biskut ikan. Hareyyy betul ????????

kahkahkah..silakan beli biskut ikan sdap cecah dgn kopi o..ahahahhaha

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 05:09 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-6-2023 04:00 PM
edit gone wrong ke?
macam pelik je rupa..

itu lah psal..dah boleh geng dgan si kepampers..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.060719 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list