CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1823|Reply: 23

Wanita Penat Nak Layan Teman Lelaki Tak Sekufu, Cari Kerja Pun Malas, "Dia Siap Suruh Bawa Degree Aku Masuk Kubur"

[Copy link]
Post time 22-6-2023 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita menyangka dia mampu membimbing teman lelakinya untuk menjadi insan yang lebih baik dengan membantunya mencari pekerjaan.


Bagaimanaoun segalanya punah apabila teman lelakinya hanya mengambil sambil lewa segala yang diusahakan bersama.



Gambar Hiasan





"Aku pernah kawan dengan lelaki yang tak sekufu pendidikan dengan aku. Dia cuma ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), itupun dia hanya lulus sekadar dapat sijil. Sampai satu masa, dia ajak aku kahwin.


"Aku tak bagi jawapan, aku cuma nasihatkan dia untuk cari kerja yang lebih stabil. Masa tu dia hanya kerja pemandu Grab. Aku minta dia improve sebab bagi aku dia muda lagi dan masih banyak benda boleh explore.


"Aku nak bagi peluang dekat dia, aku tak nak jadi orang yang cuma pandang luaran,"luahnya melalui media sosial.


Ternyata nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi, wanita itu remuk hatinya apabila teman lelaki tidak bersungguh untuk mengubah nasib diri.


"Aku bantu dia buat resume untuk cari kerja. Aku set temu duga untuk kerja sebagai ejen insurans sebab dia kata minat untuk cuba. Tapi interview pun tak pergi.


"Aku tanya dia kenapa tak pergi, dia jawab kau nak kawan kau kena Covid-19 ke, kasar betul nada dia waktu tu. Aku reda, aku cadangkan dia cuba kerja operator kilang pula. Aku pujuk cakap banyak manfaat kerja situ.


"Dia tolak cakap tak tahan nak berdiri lama. Kalau kerja operator pun tak nak, kerja retail lagi la tak boleh kan. Lepas tu aku cadangkan pula kerja pengawal keselamatan, dia tak nak juga sebab kena kerja 12 jam.


"Dia cakap dia tak boleh berdiri lama sebab kaki dia ada masalah. Aku sebagai seorang therapist akui memang nampak dia macam lemah dekat bahagian anggota bawah badan," cerita wanita itu.


Wanita itu meminta teman lelakinya untuk membuat konsultasi dengan ahli fisioterapi supaya ia dapat dirawat dan memudahkannya mencari kerja namun tidak diendahkan.


"Memang setakat itu je la aku bagi peluang. Semua benda aku nasihat tak nak ikut, buat sakit hati je. Kalau dia sendiri tak nak ubah hidup dia, aku tak boleh buat apa-apa.


"Resume yang aku buatkan untuk dia tu, dia tak save pun dan terbuang macam tu je. Beberapa bulan selepas tu, dia datang balik dekat aku ajak aku kahwin. Aku terus tolak mentah-mentah kali ni.


"Aku tak nampak langsung usaha nak ubah diri dia, dia belum bersedia nak kahwin pun. Dengan keadaan dia waktu tu, dia tak akan boleh nak settle down," ujarnya.


Tidak mampu menerima hakikat, wanita itu mengatakan teman lelakinya melenting dan menuduhnya cepat menghakimi.


"Dia meroyan, dia cakap aku judgemental. Dia cakap tak ada pendidikan bukan maksudnya tak boleh berjaya. Dia siap suruh bawa degree aku masuk kubur. Marah betul dia.


"Daripada situ aku mula nampak betapa pentingnya untuk ada pasangan sekufu pendidikan dan cara berfikir. Aku kenal dia waktu tahun 2013, benda ni jadi waktu tahun 2021.


"Sampai sekarang dia belum kahwin dan masih cuba pikat hati aku," kata wanita itu menutup luahannya.


Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya bersetuju bahawa pendidikan harus dititikberatkan dalam mencari pasangan.


"Jangan buang masa dengan lelaki macam ni, nanti kita sendiri yang penat. Apa yang kita buat tak akan boleh ubah dia kalau dia sendiri tak nak.


"ernah juga kenal dengan lelaki yang belajar sampai SPM, aku tanya dia kenapa tak belajar bawa kereta, dia cakap malas, ehh... kalau macam tu aku pun malas kenal kau.


"Cari la lelaki yang ada matlamat hidup, bukan pasangan yang mudah selesa dengan apa yang dia dah ada sekarang," ujar sebahagian warga maya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 02:33 PM | Show all posts
betul..cari yang sepadan, ada karier, ada kewangan kukuh dan yang penting ringan tangan (bukan utk belasah bini)
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 02:33 PM | Show all posts
Tak ada pendidikan memang bukan bermakna tak boleh berjaya, dengan syarat rajin berusaha.

Kalau dah semuanya malas, itu tak nak ini tak mahu, apa dia ingat rezeki boleh turun dari langit cam tu je ke?


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Run for your life!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 02:37 PM | Show all posts
Apa2pun, memang penting sekufu terutama dari aspek pendidikan.
Kalau ada degree, carilah yang ada degree.

Sebab sudut pandang, cara berfikir, cara menyelesaikan masalah, cara menghadapi krisis...semua ni tak sama antara orang yang setakat SPM lepas tu street smart berbanding dengan yang pernah berhempas pulas untuk segulung ijazah.

Kawen ni bukan setakat nak mengesek halal je, yang paling penting nak cari bapak/mak untuk future kids awak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 02:45 PM | Show all posts
sufi^_^ replied at 22-6-2023 02:37 PM
Apa2pun, memang penting sekufu terutama dari aspek pendidikan.
Kalau ada degree, carilah yang ada de ...

Ni kisah kawan saya dengan husband dia.. Kawan saya degree holder, husband dia setakat sijil SPM. Husband dia rajin kerja, ringan tulang semua even hal-hal kerja rumah semua husband dia buat 100% cuma husband dia ni takde common sense. Bila sembang, dia cerita lain, husband dia faham benda lain. Pastu perangai macam pak pandir, menurut semua sampai my friend ni kata tak mencabar ada pasangan lembab.. My friend start rasa bosan. Tak silap my friend ni dalam proses cerai dengan husband dia.. Ni kira masalah x sekufu juga laa kann...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2023 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Halahalah baru bf dik. Bukannya dah sah jadi laki kau. Tak reti2 nak blah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 02:54 PM | Show all posts
Iolls lagi seram dgn kawan satu uni iolls. Sheolls ada diploma tapi husband ada PMR je...huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 03:00 PM | Show all posts
elzy replied at 22-6-2023 06:45 AM
Ni kisah kawan saya dengan husband dia.. Kawan saya degree holder, husband dia setakat sijil SPM.  ...

That's my point.

Bukan nak kata orang takat spm sijil ni tak baik, cuma nanti bila dah kawen, susah nak bersembang sebab tak compatible.
Dah tu tentu2 network & circle tak sama.




Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki tu kejar TT sbb dia npk dh TT ada hidup yg stabil. Move on TT dan cpt2 cari pengganti jantan biawak pemalas tu. I prcy hidup u sememangnya dh serba serbi cukup tnpa perlu jantan sangkak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 03:26 PM | Show all posts
sufi^_^ replied at 22-6-2023 03:00 PM
That's my point.

Bukan nak kata orang takat spm sijil ni tak baik, cuma nanti bila dah kawen,  ...

sedangkan dalam pejabat pon kita selesa dengan circle kita kan.. bukan nak downgredkan yg level spm.. tp kenyataan kan..

inikan pula yang nak duk serumah bakal sekatil.. maka pilihlah yang sekufu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
elzy replied at 22-6-2023 02:45 PM
Ni kisah kawan saya dengan husband dia.. Kawan saya degree holder, husband dia setakat sijil SPM.  ...

Betul. Walaupon spm tp rajin cari duit xkn sama dgn yg ada master degree. Nk sembang topik serius pon susah sbb org yg ada spm tp berduit, focus dia duit je memanjang. Xberminat nk membaca. Bila x suka membaca, nk borak apa pon xtau.

Tu belum lg cara fikir. Dah la lelaki biasanya fikir pendek. Mcm u ckp, laki dia mcm caca marba. Sbb jenis akal singkat. X ambil kira kalau result jd A, B or C
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 03:29 PM | Show all posts
Teroknye peel
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 03:35 PM | Show all posts
sufi^_^ replied at 22-6-2023 02:33 PM
Tak ada pendidikan memang bukan bermakna tak boleh berjaya, dengan syarat rajin berusaha.

Kalau da ...

betul tu,kawan aku duk kg sekolah x habis spm xde tapi dia kaya,keje kilang ada bela lembu dan kambing,bini ada degree. ok je asalkan rajin usaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 03:49 PM | Show all posts
harapkan handsome je tapi serba serbi tak boleh buat susah jugak uols... mampu kerja duduk dlm grabcar je lah kekdahnya... nak judge kata pemalas tu i rasa agak over lah memandangkan fizikal dia yg handicap... kena cari kerja yg bersesuaian... in the end of the day kalau uols tak boleh tolerate, breakup je la...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 03:54 PM | Show all posts
sapa suh layan, patut tinggalkan ajer laki taguna mcm tuh.. tp gigih.. asal belaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia sakit apa kt kaki dia?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 04:22 PM | Show all posts

Aku Lagi Tergelak

Zantan educated yang kutip pompuan entah hape2 buad bini..  Waah, sebok nak rebut tunang orang la, bini orang la sebab pompuan tu cun.  Ha, yang itu la yang patot bawak degree masok kubor.  Bini pon boley kawen zantan lain pastu..  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 04:45 PM | Show all posts
bg aku lifestyle & pemikiran yg align top priority dlm pemilihan life partner. kaya mmg bonus, as long as can live comfortably, mutual respect and understanding lebih membahagiakan
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 04:47 PM | Show all posts
kau pun satu, ni bukan pasal tak sekufu.... ni pasal pemalas hidup menyusahkan orang.. ada je degree tapi perangai macam kau cakap tu....

sekufu tu macam compatibility... (kot?)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052776 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list