Tular kejadian seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membebaskan pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam.
Malah, menteri terbabit dikatakan masuk ke ruangan itu tanpa memohon pas keselamatan.
Gambar seorang menteri yang dikatakan menceroboh KLIA bagi menyelamatkan seorang warga China yang ditahan pihak imigresen - Bebas News
Perbuatannya dipercayai bagi 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang.
Bebas News yang memetik sumber melaporkan, menteri terbabit mendapat tahu mengenai penahanan itu dan segera ke KLIA dan menggunakan kuasa menterinya apabila dihalang termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen.
Wanita China yang dikatakan cuba diselamat oleh seorang menteri setelah ditahan imigresen KLIA sejak semalam - Bebas News
Difahamkan, ini adalah kali ketiga menteri itu melakukan tindakan demikian yang membabitkan pelawat yang ditahan daripada memasuki negara ini.
Sumber: Harian Metro |