Seorang warga emas, Hasniah Othman, 69, mula meminati pakaian gaya jalanan selepas diperkenalkan dengan stail tersebut oleh cucu-cucunya.
Malah, dia juga sanggup beratur lima hari awal di sebuah butik yang terletak di stesen monorel Bukit Bintang, Kuala Lumpur bagi menjadi antara individu terawal yang memiliki koleksi pakaian jalanan kolaborasi antara dua jenama tempatan iaitu SVG Worldwide dan Supersunday.
Hasniah, nenek berusia 69 tahun mula meminati gaya jalanan selepas diperkenalkan oleh cucu-cucunya.
Kongsi Hasniah lagi, biarpun sudah berusia hampir 70 tahun, ia tidak langsung menjadi penghalang buatnya untuk meminati pakaian anak muda.
Malah, dia juga teruja apabila dapat beratur bersama-sama generasi muda itu atas faktor berkongsi minat yang sama iaitu label pakaian jalanan tempatan.
“Saya menganggap ini sebagai satu pengalaman yang menarik.
“Semasa beratur panjang bersama generasi muda ini, saya mengambil peluang itu untuk berinteraksi bersama mereka dan bertukar-tukar cerita.
“Tidak sangka, kami boleh berkenal-kenalan hanya kerana meminati jenama SVG Worldwide,” kongsinya. |