CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3608|Reply: 33

Cikgu Terlebih ‘Excited’ Tengok Pengasah Pensel Canggih, Dikecam Tak Hormat Privasi Pelajar

[Copy link]
Post time 7-8-2023 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Teruja dan ingin tahu bagaimana sebuah pengasah pensel automatik milik salah seorang muridnya berfungsi, seorang guru memanggil empunya alat berkenaan dan beberapa pelajar lain ke hadapan kelas sambil merakam momen berkenaan.


Guru itu kemudian bertanya tentang harga pengasah pensel itu sebelum muridnya menjawab RM38.




Twitter




“Eh seronok pula main. Patutlah kamu ramai-ramai asyik main tekan je.


“Saya nak belilah, nah pulang balik kamu punya,” katanya lagi.


Namun dalam keterujaan itu, tanpa sedar guru berkenaan mendedahkan wajah murid-muridnya setelah memuat naik video tersebut di media sosial.


Tindakannya kemudian ditegur seorang pengguna Twitter kerana menjadikan murid-muridnya sebagai sebahagian daripada kandungan atau content di media sosial.








“Anak murid anak orang, bukan content kamu wahai cikgu-cikgu,” tulis pengguna Twitter berkenaan ketika berkongsi semula video tersebut.


Rata-rata netizen turut bersetuju dengan amaran itu kerana menurut mereka privasi wajah murid perlu dipandang serius.


Hasil semakan mendapati video ‘pengasah pensel automatik’ yang dimuat naik guru tersebut menerusi akaun TikTok miliknya meraih hampir 5 juta tontonan.







Selain itu, terdapat video berasingan menunjukkan reaksi guru itu yang teruja menggunakan pengasah pensel milik muridnya.


Dalam pada itu, netizen turut menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian serius terhadap isu yang berlaku termasuk mengeluarkan undang-undang baharu mengenai larangan cikgu membuat kandungan media sosial di dalam kelas.





















Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu batak
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 09:41 AM | Show all posts
makpak bbnu dan cigu bbnu sama up skrg ni
kt sekolah yg form 1 tu nasib baik ikut perangai mak dia..malas amik pot. orang lain nk bersaing dia lantakkan aje. di beli pencil box yg mahal dia taknak katanya nti jadi modal budak2 lain nk tengok nak pinjam krna curi jadi gadoh baik pakai yg rega 3 ingget je katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 09:45 AM | Show all posts
Aik. Profesion terpaling depress ni mesti ada je benda bangang dibuatnya ya. Sambil kerja main media sosial untuk kepentingan peribadi ni takde dikenakan tindakan ke? Tak cukup lagi ke dah kerja setengah hari tu nak buat lagi masalah macam-macam yang akhirnya menyusahkan diri sendiri ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku bdk 80’s, time aku kindy pn dah pki ni, cikgu biar btui xpnh tgk..

Ok cikgu cmni kena tindakan ke tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 09:51 AM | Show all posts
Inilah perangai cikgu yang sesetengahnya dari graduan Universiti yang menganggur tak dapat kerja dan mohon KPLI dan DPLI sebelum program ini ditamatkan (tak semua). Semua perkara nak direkodkan. INGAT! anda diamanahkan untuk mengajar bukan untuk mengejar glamour, anda juga tertakluk menjaga privasi anak murid anda. Jangan menjejaskan profesyen perguruan yang dipandang tinggi oleh masyarakat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2023 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu yang merungut beban kerja tp realiti main tiktok je dalam kelas. Harap kementerian boleh ambil tindakan terhadap cikgu tiktok
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertahun dh kot cikgu2 men TikTok ni buat content pasal anak murid diorg...nape skang baru nak bising? Atau cikgu je ke yg leh wat content pasal budak2? Mcm mana ngan content creator yg lain ada bdk2 dlm content diorg?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 10:04 AM | Show all posts
Tak berani cikgu my daughter buat benda benda tak berfaedah camni...


Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 10:08 AM | Show all posts
cikgu ni umur berapa?? 180 tahun ni batak jakun xpernah jumpa gadget sekolah modern
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Paham paham.. menci iols ayat tu

Btw iols mmg tak benarkan cikgu2 post gambar/video anak iols kat socmed ke apa.
Iols sendiri pun just post kat status whatsapp tu pun utk tatapan family rapat je lepas dia view iols delete lerr.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 7-8-2023 09:38 AM
Cikgu batak


saiya saman awak-pudin..........
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 10:12 AM | Show all posts
itulah standard cekgu2 tiktok skarang ni. ramai je gila konten !
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 10:14 AM | Show all posts
jgn main sosial media sewaktu bertugas wahai cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak rasa bersalah pegang2 fon waktu bekerja. Kedua, suka ati plak masukkn muka anak orang dalam internet
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 10:28 AM | Show all posts
Patut la bekas sekolah aku dulu dah x keluarkan Majalah tahunan. Selamba je cikgu kata dah xda bajet tapi rupa2nya sbb nak jaga privacy murid2. Br la aku paham.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko nak main tiktok ko pya pasal
Tp jgn la sesuka hati upload muka murid gitu
Kalau aku pun marah
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu2 sekarang lain macam. Tapi x semua.

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 10:35 AM | Show all posts
masa aku form 4 tahun 1997..ada cikgu yg ada hp
masa tu mmg jakun la sbb tak semua org ada hp
waktu kelas tambahan je dia bawak..tu pun nyorok2 bila ada org call dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 10:39 AM | Show all posts
jakunnya cikguni...umur brp cikgu ni..ni cikgu muda ke dh berumur....cikgu2 muda ni sejenis attention seeker ke...sibuk nk bt content bagai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.052025 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list