View: 6153|Reply: 85
|
"Orang Ingat Saya Kutuk Bisnes Melayu," Doktor Dikecam Sebab Tak Senang Tengok Orang Ramai Minum Air Gas Dicampur Susu Sejat
[Copy link]
|
|
Seorang doktor tak senang dengan minuman yang kini tular di media sosial.
Pada mulanya beranggapan si peniaga hanya bergurau apabila memasukkan bahan-bahannya.
Namun menerusi hantaran yang dibuat di Facebook Khairy Malik, doktor itu berkata dia tidak menyangka bahawa air yang dicampurkan dengan dua bahan tinggi kandungan gula itu sememangnya dijual kepada orang ramai.
Foto: mStar
"Saya tak tahu macam mana nak susun ayat. Nanti orang ingat saya nak condemn (kutuk) bisnes orang Melayu. Ada lalu video orang jual minuman di Facebook ni.
"Asalnya, dia campur air tin atau air gas berkarbonat dengan susu sejat. Saya tengok boleh tahan banyak sukatannya. Aku ingatkan tu video parodi atau video meme kelakar. Rupanya itu menu sungguh yang memang dijual dan wujud," katanya dalam hantaran yang tular.
Dalam hantaran dibuat, doktor ini turut memuat naik satu tangkap layar daripada video tular tersebut.
Rakaman menunjukkan seorang lelaki menuang susu sejat dalam kuantiti agak banyak serta satu tin air bikarbonat ke dalam plastik sebelum digoncang.
Menurut Khairy yang merupakan seorang pengamal perubatan yang bertugas di unit kecemasan setiap hari, hantaran dibuat bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang ramai.
Menerusi pemerhatian peribadinya sendiri di hospital, pesakit kencing manis yang berada di unit kecemasan kini terdiri daripada golongan muda selain orang muda.
"Saya nak tegur ni rasa tak layak sebab saya bukan dietitian atau nutritionist ke apa.
"Dulu waktu mula-mula jadi doktor, saya cuma nampak orang atas 50 tahun yang ada diabetes ni.
"Tapi semenjak dua hingga tiga tahun ni, jumpa orang yang 30 hingga 40 tahun sudah ada diabetes dengan komplikasinya sekali. Lekangan retina, kegagalan buah pinggang dan polineuropati (gangguan pada banyak saraf)," jelasnya lagi.
Mengakui dirinya juga tidak mengamalkan sepenuhnya gaya hidup sihat dengan makan makanan berkhasiat, Dr Khairy memberi peringatan kepada semua termasuk dirinya sendiri.
"Saya tahu pemakanan sendiri pun tak bagus juga. Kejap makan M******ds lepas tu air S***b**ks selalu.
"Tapi jom la kita sama-sama beringat termasuk saya bahawa diabetes itu penyakit yang sangat bahaya dan susah nak dikawal.
"Ni kena dekat batang hidung sendiri juga sebab selalu minum minuman jenama barat lain," katanya lagi.
Dalam pada itu, tegasnya dalam hantaran sama, dia tidak menghalang mana-mana individu untuk terus membeli air tersebut kerana ia merupakan pilihan diri sendiri.
"Kadang kita rasa benda tu tak manis, rapi kandungan gula kat dalam tu mashaAllah tinggi betul.
"Betul, kalau tak nak beli tak payahla beli. Tapi tak payahlah nak hasut orang supaya jangan beli. Eh tidak... saya tak hasut. Nak beli, belilah.
"Macam rokok juga, risiko sendiri. Ni peringatan saja. Nanti orang kecam cakap saya yang asyik minum minuman jenama barat, lepas tu minuman tempatan saya sibuk nak komen," katanya lagi.
Setelah hantaran tersebut tular, doktor tersebut membalas komen apabila menyedari bahawa ramai yang mengecam luahan dan pendapatnya di ruangan komen.
"Saya dah agak ramai kecam. Ramai yang komen ala minuman ni dari dulu dah ada.
"Ada yang suruh nasihat jenama lain dulu. Tak kiralah jenama apa pun kalau tak sihat semua tak okay.
"Apa-apa pun pilihan di tangan anda. Jangan nak triggered lebih-lebih sangat," tulisnya di ruangan komen.-CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
sama juga la yg meniaga teh dhaka tu. |
|
|
|
|
|
|
|
sama je yg meniaga boba tea stabak zus sgala jenis air variasi skrg ni. takyah nk hipok
|
|
|
|
|
|
|
|
memang bahaya air ni...tapi lantak lah, siapa yang beli tu memang tak sayang badan |
|
|
|
|
|
|
|
iya betul apa yg dr ni kata..aku tgk gak video tu..bila tgk dia masuk susu tu, ingat dia nak buat kopi atau teh tarik..sekali dia tuang air gas..adoi..air gas tu sendiri dah manis, tambah plak susu.. ya, dulu2 pun ada, coke +susu.. tapi tak meluas ya adik2..dulu ytjt, takde nak viral2, sampai budak kecik pun blh tgk kat youtube tt. kenapa tak nak tegur sb, zus, lain2 air segala.. yg susu + air gas ni murah dik, ramai org boleh beli..yg sb, cbtl lain2 tu costly..bukan semua org mampu beli..pjg lebar akak membebel ni..demi kesedaran anak2 muda zaman now.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu waktu 20an.. klau bfast msti ada sambal sotong.. klau lunch msti ada nescafe.. blk kang lepak minum lg nescafe kdg 2 3 gelas.. pastu auntie cleaner aku tegur hari2 mkn sambal sotong x baik.. kaki nanti mongkak2 (bengkak hahaha auntie cina) then yg nescafe tu.. sorg kakak dari ofc lain tegur aku.. dia ckp akk mcm nie la dulu.. pastu skrg dh kna kencing manis.. sejak tu aku minum nescafe 1hr sekali jer.. seafood walaupn fav.. kdg2 jer aku mkn.. tp lately aku tingin try extra jos.. laki i ols order kn kt kedai mamak.. sedap giler.. tp tu la.. manis.. sekali sekala bole la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila byk kali viral, rasa nk try air abg ni air2 dia yg lain pon nmpk mengancam xberjaya bangkitkan kesedaran, dah jd marketing utk abg ni |
|
|
|
|
|
|
|
ofismet aku anak dia baru 22 dh cuci buah pinggang
dia ckp anak dia sedih sbb muda lagi dah mcm tak berguna, ye la nak keje pun tak bole.aku rasa anak dia pun takut berapa tahun je agaknya bole bertahan |
|
|
|
|
|
|
|
x tahan tgk air tu
rasa kembang tekak
air gas dah manis tambah plak susu pekat
eh |
|
|
|
|
|
|
|
UIIII....NI BUKAN POTONG KAKI LAGI NI...
NI POTONG SAMPAIPARAS PINGGANG NI.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab gulalah banyak bisnes orang boleh jalan.
Syarikat2 besar dah lama faham.. ada kajian yang memang dimanipulate oleh syarikat besar untuk jual produk... iaitu ada sweet spot untuk paras gula bagi suatu produk yang mana ramai bersetuju adalah rasa yang paling sedap.. tak terlalu manis kononnya tapi gula bersudu-sudu banyaknya.. bila dah makan nanti teringat-ingat sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
ni mmg nak kena potong badan kerat 34 dah ni
alang2 togak aje susu pekat tu terus. gula makan 2 3 bungkung 1kg tu |
|
|
|
|
|
|
|
oo air extra jos la ni..
tepi2 jalan byk jual air ni..
femes la dikalangan bdk2 sekolah..
penah try sekali yg anak order kt kedai mkn, sumpah manis giler..xleh masuk tekak
pastu membebel kt anak jgn dok beli dah |
|
|
|
|
|
|
|
air pelik2 ni bbnu suka sgt..
patut ramai yg muda2 dpt kencing manis..
pakej sakit jantung sekali |
|
|
|
|
|
|
|
kasihan nya,
aku ada kawan tp dah mendiang la, umur 20 pn dah cuci buah pinggang, umo 30 mata celik tp tak nampak,
pernah jupe kt kedai mamak, aku tegur dia, eh boy, apa kabar,
'dia cakap eh, salim, ( aku igt dia nampak aku)
dia cakap salim, aku cam suara ko je tau, aku dah tak nampak muka kau , nampak bayang je...( komplikasi kencing manis )
ko tgk la leher pn dah bertebuk...( dialisis )
skrg dah mendiang, pada usia 35-36 tahun...
dia g kedai mamak pn kawan kitorang bawa sebab bosan duduk rumah
tp adik beradik dia lain ok, tak sakit cam dia, tp mmg mak dia pn aku kenal dulu kencing manis, turun pada anak..
adik lelaki dia sorang nasib baik kaki gym dan main bola, amal kan cara hidup sihat...
|
|
|
|
|
|
|
|
eh sedap tau air kickapoo cmpur susu pekat ni..lagi2 boh ais..should try once a month blh kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Susu sejat (evaporated) ke fully condensed? Gila manis kalau the latter.
Kalau teringin sgt minum carbonated drinks, campur dgn sparkling water je. Sedap je lah. Kadang anak request soda bandung, i substituted ice cream soda w sparkling water.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kannnn....banyak jugak dia tuang susu. Pastu ingt bancuhan utk 3-4 orang punya minuman. Sekali dia tuang air gas hijau tu, serve utk sorang minum, terus iolls nak pengsan memikiorkan kemanisan nyeww...
|
|
|
|
|
|
|
|
air ape doktor tu minum ade bintang2 tu, air mermaids dgn sambacks kew |
|
|
|
|
|
|
|
Vegetarian kata bahan alami tumbuhan bagus, tak macam darah daging binatang banyak penyakit, padahal air gula daripada tumbuhan, tebu, HFCS (High Fructose Corn Syrup) tu lah yang lagi bagi banyak penyakit
Nabi Adam dan Hawa tak pernah sembelih binatang dekat Firdaus/Ferdows/Paradise lah kuhnun, padahal buah epal tu lah yang buatkan Adam dan Hawa kena buang dari syurga |
|
|
|
|
|
|
| |
|