CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 41126|Reply: 30

BENDAHARA KE LIMA MELAKA- TUN PERAK

[Copy link]
Post time 2-1-2011 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang (mati 1498) ialah Bendahara Melaka yang ke-5 adalah Bendahara yang termasyhur antara semua bendahara Melaka. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah setanding dengan Perdana Menteri moden. Tun Perak, bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit, dan Raja Kenayan dari Pasai, telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di alam Melayu pada abad ke-15.

Tun Perak ialah anak Bendahara Seri Wak Raja dan beliau telah menjadi Penghulu Kelang dari tahun 1445 ketika berlangsungnya permusuhan antara kerajaan Siam dan Melaka. Maka, Tun Perak diperintahkan untuk datang ke Melaka bersama-sama orang Kelang yang lain, lelaki mahupun perempuan. Tindakan Tun Perak membawa sekali golongan perempuan menimbulkan persoalan pada Sultan Muzaffar Syah kerana mereka dikehendaki berperang. Tun Perak memberi alasan bahawa kedatangan perempuan adalah supaya lelaki akan berperang lebih bersungguh-sungguh untuk melindungi anak dan isteri mereka.
Setelah menewaskan percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun 1446, beliau dilantik oleh baginda Sultan Muzaffar Syah sebagai Bentara.

Bendahara Pembina Empayar
Setelah Tun Perak menjadi Bentara, beliau tidak digemari oleh Tun Ali, iaitu Bendahara ketika itu. Tun Ali yang berketurunan Tamil ketika itu sudahpun lanjut usianya. Perkara tersebut mengkhuatirkan sultan yang hendak melantik Tun Perak sebagai pengganti Tun Ali. Disebabkan risau dengan perbalahan antara pembesar yang memungkinkan kejatuhan pentadbiran negara, baginda mengahwinkan Tun Ali dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, iaitu kakak kepada Tun Perak dan isteri baginda sendiri. Baginda yang sanggup menceraikan Tun Kudu menerima keputusan yang dijangkakan bahawa Tun Ali sudahpun berbaik dengan Tun Perak.
Kemudian, baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar Paduka Raja pada tahun 1456 sementara Tun Ali, Bendahara keempat, diantik sebagai Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja.
Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera serta Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak yang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakala Kedah pula menjadi negeri naungan Melaka. Dengan ini, Melaka telah menjadi sebuah empayar yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi politik, sosial, dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dari China, India, Timur Tengah, serta negara-negara jiran yang lain.


Pelantik Raja
Sebagai Bendahara Melaka yang berpengaruh, Tun Perak mempunyai kuasa untuk melantik raja Melaka. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai perkaitan persaudaraan dengannya. Sebagai contoh, Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik beliau merupakan anak saudara beliau.
Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan Perak menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga.
Sultan Alaudin Riayat Syah pula mangkat pada 1488 dan lazimnya, putera sulung baginda, Raja Menawar akan dilantik sebagai raja tetapi baginda hanya dilantik sebagai Raja Kampar manakala putera Sultan Alaudin yang lebih muda yang juga merupakan cucu Tun Perak iaitu Raja Mahmud, telah dilantik sebagai Sultan Mahmud.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1498 ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah setelah bernaung di bawah empat pemerintahan sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah. Setelah kematian beliau, baginda sultan melantik Tun Perpatih Putih, adik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6.


Anakanda
  • Tun Zainal Abidin
  • Tun Pikrama
  • Tun Telani
  • Tun Besar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2011 11:08 PM | Show all posts
Ooo.....dia ada 4 orang anak rupanya.....Tun Besar tu yang bungsu ke?

Apa cerita anak2 dia yang lain?? Anak2 dia tak sorang pun yang jadi bendahara kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 11:38 PM | Show all posts
Apa pendapat korang kalau aku katakan era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad ni sama gemilangnya dengan Melaka di zaman Tun Perak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 03:11 PM | Show all posts
Apa pendapat korang kalau aku katakan era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad ni sama gemilangnya  ...
jkkkj Post at 2-1-2011 23:38



    Aku pun berpendapat macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:17 PM | Show all posts
tun perak handal bersilat....

semasa beliau ke bentayan... beliau telah mencabar orang orang bentayan untuk bertanding silat dengan beliau... keluar seorang dan berlaku lah pertandingan silat antara orang bentayan dan tunperak... dalam pertandingan silat tersebut tun perak tidak dapat mengalahkan orang bentayan tersebut..

dan tun perak merase pelik dengan cara persilatan orang bentayan tersebut kerana orang bentayan tidak banyak menggunakan kaki dan hanya banyak bertahan dan membuat pukul lapik..

apabila tun perak bertanya kepada orang bentayan apekah nama silat tersebut... orang bentayan memberitahu silat tersebut adalah silat bentayan...
silat bentayan amat berkesan sekali ketika berada di dalam perahu ketika melawan lanun... silat bentayan hampir sama dengan lian padukan atau gayang lima...

dan sekarang silat bentayan hanya tingggal nama...

merata dah aku carik orang nak tau pasal silat bentayan dan ingin menyaksikan kehebatan buah bentayan... tapi sayang takde sorang pon yang tau
sungai bentayan pon dah jadik cam longkang besor....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 11:35 AM | Show all posts
salam,
sy bersetuju kalau Tun Perak ni dikategorikan sama spt Tun Mahathir.
tp ade kontra masing2.

tun perak,
mase die dilantik sbg penghulu Klang.
time tu, siam nk serang melaka.
walaupun tun perak di hntar ke luar negeri iaitu ke Klang. kalu x, sepatutnya, tun perak ni berhak pegang jawatan dlm sistem pentadbiran di pusat pada ketika tu.
tp die dihantar ke Klang sbg penghulu.
namun begitu, tun perak x penah berdendam. begitu setianya kepada SUltan Melaka.
time siam nak serang melaka.
tun perak dgn suka rela behasrat nk tlg kerajaan melaka.
tun perak pun kerah semua penduduk di Klang utk menolong kerajaan Melaka.
mmg ade tentangan time tu, tp ramai ikot Tun Perak g melaka utk lawan siam.

then, dgn kepandaian tun perak ni, siam berjaya dikalahkan.
tun perak juge gune tipu muslihat, memasang obor2 di stiap tmpt spy menunjukkan org2 di sini yg nk berperang begitu ramai sehingga org siam tkot nak serang.

kalu salah tlg perbetulkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2011 11:48 AM | Show all posts
"dan tun perak merase pelik dengan cara persilatan orang bentayan tersebut kerana orang bentayan tidak banyak menggunakan kaki dan hanya banyak bertahan dan membuat pukul lapik.."


ni la asl usul wing chun klu kowg nk tau..

bruce lee pun blja gk pkul ni.. byk guna tgn, bthan  baru serang.. xcya tgk la ip man 1, 2 eh
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 06:55 AM | Show all posts
Reply 7# ajim_encem

owh.
tu la.
kalu dapat blaja kungfu yg dalam cite ip man tu kan beh giler.

huihuhuhui..

kat sini ada tak tempat nak blaja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 11:02 AM | Show all posts
"dan tun perak merase pelik dengan cara persilatan orang bentayan tersebut kerana orang bentayan tidak banyak menggunakan kaki dan hanya banyak bertahan dan membuat pukul lapik.."


ni la asl usul wing chun klu kowg nk tau..
ajim_encem Post at 21-6-2011 11:48

bukan asal usul wing chun.. tp silat bentayan mengikut cara win chun.. same ngan lian dan ganyang 5.. name jerk lain.. tp kaedah nyer sama...

pengaruh wing chun dlm silat bentayan rasenya mmg ade..
kolo dikaji.. semasa kedatangan parameswara ke muor.. muor telah mempunyai penduduk.. dan kemungkinan muor telah mempunyai pemerintah sendiri....
muor jugak pernah berade di bawah majapahit...
dan muor pedagang dr china pernah berdagang di muor.... ade bukti artifak seperti gong, tembikar dan manik manik (tarikh nya lagi awal dr parameswara dtg muor)

kolo kite bace sejarah lian padukan... silat itu dibawa oleh pedagang arab dari yunan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 12:20 PM | Show all posts
Reply 9# muor76


yep.
stuju.
kat muar dh ade kerajaan tersendiri.
then, sini tempat2 org2 zaman kuno berdagang. (kalu x silap saya)

then, kat sini la,
tempat raja chempa mendirikan kerajaan di bukit mor.

kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:16 PM | Show all posts
Reply 10# manuskrip_lama

yups..
mane ko tau pasal raja chempa bukit mor tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:21 PM | Show all posts
Reply 11# muor76


owh.
tau gitu2 je.
then, raja chempa adalah keturunan kerabat diraja bugis.

dr keturunan raja chempa la, melahirkan tun perak. (kalu x silap)

dan juge, melahirkan Tun Dr. Ismail dan ayah beliau serta adik-beradik beliau.

tp, sejarah dan corak pentadbiran kerajaan bukit mor ni, x tahu sgt, n memang xde pun.
kot.

bro muor76 tahu x mengenai sejarah kerajaan raja chempa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 03:47 PM | Show all posts
Reply 12# manuskrip_lama
tak ingat ler....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 03:57 PM | Show all posts
yeke?
mesti bro muor76 ni penduduk asal di muar kan?

leh kongsi x?
sori.

hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 03:57 PM | Show all posts
bole di ingat2 kan.

kekee..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 05:02 PM | Show all posts
Reply 14# manuskrip_lama

buku nyer ade kat kampung arrrr... hehehehe
tp rasenye ade info pasal raja chempa bugis kembayat nih.. cer google..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 05:07 PM | Show all posts
yeke?
ape tajuk die?

behnye.
owh.
xtau la ade ke x dlm ggoogle.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 09:31 PM | Show all posts
eehh, dh ada la thread tun perak, perdana menteri kesultanan melaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 09:32 PM | Show all posts
aku berminat pulak nak tahu pasal perdana menteri melaka ni...sape pernah baca buku ni?


aku nak melabur duit beli buku ni RM25, tpi aku tak thu apa isi kandunggannyaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 03:18 PM | Show all posts
Reply 19# zaharul_asriq94


    kt mana buku ni ada jual?? teringin plak nk beli.......hehe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.057029 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list