CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42675|Reply: 324

[Tempatan] Kakitangan awam maut selepas bertumbuk

[Copy link]
Post time 3-9-2023 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Kakitangan awam maut selepas bertumbuk





ZAHID (kanan) menunjukkan kesan darah mangsa yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai di Kampung Cabang Sungai Hala. FOTO Hazira Ahmad Zaidi



Machang: Seorang lelaki dipercayai kakitangan awam dilaporkan maut selepas berlaku pergaduhan di sebuah kedai di Kampung Cabang Sungai Hala, di sini, pagi tadi.

Mangsa yang berusia 40-an meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Saksi kejadian, Zahid Hasran, 28, berkata, dia melihat dua lelaki berkenaan berbual selama 20 minit sebelum salah seorang daripada mereka memukul dan kemudian saling membalas.

Zahid yang juga pekerja di sebuah kedai membaiki motosikal berkata, dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, dia melihat sebuah kereta sedang menunggu di hadapan kedai menjual dedak yang terletak bersebelahan dengan tempat kerjanya.

Katanya, pada ketika itu, dia tidak mengesyaki apa-apa, sehinggalah mangsa dan seorang lagi lelaki berbincang secara serius namun tidak mendengar dengan jelas apa yang sedang dibincangkan mereka kerana sedang bekerja.

"Tidak beberapa minit kemudian, saya melihat mereka saling bertumbuk dan saya cuba untuk menghalang pergaduhan itu namun tidak berani mendekati kerana mereka terlalu agresif dan saya memberi amaran mahu menghubungi polis.

"Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengendahkan amaran yang diberikan sehingga polis tiba ke lokasi kejadian untuk meleraikan pergaduhan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dihantar menaiki ambulans ke Hospital Machang yang hanya beberapa meter dari lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, saya difahamkan mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-selepas-bertumbuk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganah ngat sskjp
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 06:11 PM | Show all posts
kalau sempat tak panik, kalau ada, patut sembur pancut dengan air / waterjet ...... macam kita lerai kan kucing bergaduh, kita simbah air paip...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Rebut apa gaduh2
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 06:49 PM | Show all posts
takkan la beberapa meter je hospital. Dekat sangat tu nak naik ambulans
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 07:17 PM | Show all posts
Katanya, akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dihantar menaiki ambulans ke Hospital Machang yang hanya beberapa meter dari lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, saya difahamkan mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.


Beberapa meter? Pastu meninggal dalam perjalanan yang beberapa meter tu?
Wartawan ni bior betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2023 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Si mati tu kacau bini si pembunuh or mmg berskandal?
Info dr telegram:
Si mati kacau bini si pembunuh
Si mati keje kt ppd
Bini founder ubat kuat
Gaduh guna pisau

Tak tau la sahih ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 3-9-2023 07:17 PM
Beberapa meter? Pastu meninggal dalam perjalanan yang beberapa meter tu?
Wartawan ni bior betul

lokasi tempat kejadian memang dekat je dengan hospital machang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 3-9-2023 06:39 PM
Rebut apa gaduh2

Tgk kt FB bgth gaduh sbb kacau bini. Yg meninggal cikgu. Yg mmbunuh kotraktor.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nasbab86 replied at 3-9-2023 07:34 PM
Tgk kt FB bgth gaduh sbb kacau bini. Yg meninggal cikgu. Yg mmbunuh kotraktor.

Mcm biasa
Sorang jantan mati
Sorang lagi jantan 302
Hok tino pase sore lagi
Buduh belako
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
org kelate gitu lah emo, gedebe, gatal jugak pi kacau bini org.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 09:07 PM | Show all posts
sskjp ni kalau ada kes sikit depa suka gaduh berlarutan.. jadi modal maki memaki bertahun2 di kedai kopi. takde hiburan, so tu jela yang boleh buat otak depa lega/ seronok setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini kerja cikgu jgk (bace dlm tele)..patut la kemain bertumbuk bagai.....sama2 cikgu birah ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca tajuk aje tadi, kes kacau bini orang. Terus rasa malas nak baca isinya
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
"Suspek bekerja disebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur manakala mangsa dan isteri suspek adalah penjawat awam yang bekerja disebuah jabatan yang sama di Kuala Krai," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini."

PJJ? Patut la bini berskandal ????
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lentera replied at 3-9-2023 07:32 PM
Si mati tu kacau bini si pembunuh or mmg berskandal?
Info dr telegram:
Si mati kacau bini si pembunu ...

Org kata sskjp kalau bergaduh tak pasal duit pasal bughit....ntah ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Lentera replied at 3-9-2023 07:32 PM
Si mati tu kacau bini si pembunuh or mmg berskandal?
Info dr telegram:
Si mati kacau bini si pembunu ...

Adakah mereka di bawah pengaruh substance?

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mmm...dah nape p kacau bini org??? mereput dlm jail. hrp takde anak bini la pembunuh dan mangsa pun takde anak. kesian laa habis terpalit kat waris yg hidup ni. hrp bini mangsa pun bkn sejenis gatai meghela jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lentera replied at 3-9-2023 09:26 PM
"Suspek bekerja disebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur manakala mangsa dan isteri suspek adalah pe ...

PPD k krai sebelah mrsm k krai itukah?

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 3-9-2023 09:16 PM
Bini kerja cikgu jgk (bace dlm tele)..patut la kemain bertumbuk bagai.....sama2 cikgu birah ke

Kebirahan bermula di sekolah kah?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.148611 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list