CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4365|Reply: 24

Sambal Nyet Catat Jualan RM33.5 Juta, Khairul Aming Bakal Lancar Produk Kedua

[Copy link]
Post time 7-9-2023 07:02 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Selepas kira-kira dua tahun lapan bulan dipasarkan dan hampir tiga tahun dilancarkan, produk ‘Sambal Nyet’ keluaran Khairul Aming kini telah terjual sebanyak 2.4 juta botol.


Di Twitter, Khairul Aming Kamarulzaman, 31, berkata, jumlah tersebut adalah bersamaan dengan nilai jualan RM33.5 juta.


Jelasnya, kedua-dua kilangnya juga kini sudah mula beroperasi dan ketika ini dalam fasa untuk melakukan automasi.


Foto: IG




“Dengan sistem automasi ini, kita dapat meningkatkan pengeluaran Sambal Nyet kepada 7,000 botol sehari.


“Selain itu, kita juga mahu menyelesaikan beberapa isu yang sedia ada dalam memastikan kualiti sambal sentiasa berada di tahap yang baik,” katanya dalam klip video di Twitter semalam.


Mengulas lanjut, Khairul Aming menjelaskan bahawa kualiti produk sebelum ini agak tidak konsisten kerana nisbah sambal dan minyak kadang-kala berbeza dari satu botol ke botol.




  



Dengan menggunakan automasi katanya, setiap botol akan mempunyai bahan-bahan yang diagihkan dengan sekata dan bakal menyelesaikan masalah sambal kebocoran yang berlaku pada beberapa botol.


Khairul Aming menambah, penggunaaan teknologi itu juga adalah solusi untuk mengawal kos operasi memandangkan kos bahan mentah telah meningkat berbanding tiga tahun lalu.


Dengan berbuat sedemikian jelasnya, peningkatan kos tidak akan menjejaskan pelanggan.


Ujarnya, jualan Sambal Nyet kini juga meraih RM70,000 pada setiap hari dan mahu menaikkan kepada jumlah RM100,000 sehari.


Pada video sama, Khairul Aming turut memberitahu akan lebih banyak produk yang akan dijual di bawah jenamanya itu termasuklah produk kedua yang masih belum diumumkan secara rasmi.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2023 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambal Monyet Berapi tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
I harap bertambah maju biar dia bukak banyak lagi kilang kat kelate nun banyakla peluang pekerjaan boleh bagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Secara purata sebulan nilai jualan hampir sejuta lah kan…salute lah…dah lah KA ni create peluang pekerjaan. Maknya kekayaan tu dia spread juga. Xdelah makan sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali je beli sambal KA tu pun tak abis. Akhirnya expired lalu ke tong sampah. Maybe sbb aku pencinta kicap instead of sambal. Untuk tak ot, sambal KA ni still jual kat shopee je ke? Tak nak masuk pasaraya?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lanacondor at 8-9-2023 12:33 AM
Ayda89: I harap bertambah maju biar di ...
Aamiin..Semoga bisnes heols berkembang maju dgn penghasilan produk2 baru pulak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2023 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau buat automasi mcm mana nak tambah pekerja..buang pekerja ada la. Yg xde kelulusan mmg x leh keje la sebab nak kena org yg pandai handle mesin2 moden tu nanti...tapi klau nak maju mmg kena buat automasi la. Inilah contoh terbaik capitalism
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cite juta2 ni
Takde orang dengki ke

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2023 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah makan.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 02:33 AM | Show all posts
she replied at 8-9-2023 01:42 AM
Kalau cite juta2 ni
Takde orang dengki ke

Kan sis...Ramly Burger tersenyum sinis jer. Perangai BBNU / influenzer tu dah patut kena buang...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:10 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Top ke bot heshe ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting betul2x niaga mengikut sistem perniagaan yang betul.... Bukan gune agen... Mengharap agen yg memghabeskan product... Bukan end usee
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambalnya sekali je beli tak kena dgn tekak aku. Pastu laki aku beli pulak dia makan sorang. Apa2 pun tahniah anak muda. Humble n oned orgnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 08:53 AM | Show all posts
Dah beli 3x..1st time beli 2 botol dulu nk rasa mcmana, for me sedap and pedas sambal tu I still can accept wpun I bukan suka mkn pedas2. My husband and son suka. After abis 2 botols, I beli lagi 4 botol, bagi kat my sister sebotoi suruh dia rasa. Now kat rumah, ada new arrival 4 botol.

klau time malas nak masak lauk beradun bagai, I just goreng telur mata, goreng ikan bilis and mkn dgn sambal nyet ni. Sedap..menambah le nasi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 11:47 AM | Show all posts
grouper replied at 8-9-2023 12:49 AM
Klau buat automasi mcm mana nak tambah pekerja..buang pekerja ada la. Yg xde kelulusan mmg x leh kej ...

1. Bawa2 lah tgk konten yang dikongsi. Bila guna automasi ni, diorang akan fokus ke produk kedua. Peluang kerja yang baru terbuka.
2. Xde kelulusan tak boleh kerja? Hehhh, kat sini lah peluang pekerja nak upskill, belajar utk handle mesin automasi ni. So, pekerja takdelah sampai ke tua kerja, skillnya tau soletep penutup sambal je.


Kan best kalau kita sama-sama seronok tengok kemajuan org lain daripada pikir kesan negatif je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2023 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 7-9-2023 08:59 PM
Sekali je beli sambal KA tu pun tak abis. Akhirnya expired lalu ke tong sampah. Maybe sbb aku pencin ...

tak sedap ke sambal nya?

mcm sambal oelek ke?  restoren mostly guna sbal oelek...dutch punye product but buatan yindon ler

lai satu sambal kering ada kacang..china punye..lejen ni..ada gambo nyonya

thai green or red curry..sedappp mabeles
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 10:19 AM | Show all posts
kitaserupaaa replied at 7-9-2023 08:59 PM
Sekali je beli sambal KA tu pun tak abis. Akhirnya expired lalu ke tong sampah. Maybe sbb aku pencin ...

rasanya dia cakap haritu, 60% dah dari tiktok live instead of shopee sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 10:27 AM | Show all posts
Bagus heols ni. Tapi I dah tak repeat dah sambal heols sebab tak berapa kena dengan selera I.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 10:29 AM | Show all posts
mungkin boleh adakan kerjasama dgn Mydin atau Lotus utk jual sambal Nyet
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.059248 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list