View: 3884|Reply: 22
|
Kelahiran bayi melebihi penduduk Singapura
[Copy link]
|
|
Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]
JAKARTA 11 Jan. - Indonesia mencatat daftar kelahiran bayi sebanyak 4.5 juta orang setiap tahun sejak 10 tahun lalu dan keadaan ini seharusnya mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan negara itu.
Pertambahan kadar kelahiran setiap tahun itu dikatakan menyamai jumlah penduduk Singapura atau empat kali ganda jumlah penduduk Timor Leste.
Berdasarkan bancian pada 2010, penduduk republik ini berjumlah 237.6 juta orang, meningkat sebanyak 3.5 juta orang berbanding jangkaan sebelum ini.
Pertambahan penduduk itu akan meningkatkan beban kerajaan kerana terpaksa menyediakan prasarana yang sempurna kepada rakyat.
Akhbar Kompas melaporkan, apa yang membimbangkan ialah ketika kerajaan sedang mengenal pasti kesan peningkatan jumlah penduduk, rakyat negara ini telah mengalami kesulitannya.
Kesan yang sedang dihadapi rakyat negara ini ialah kesukaran mendapatkan kerja, kawasan penempatan penduduk yang kotor dan jalan raya yang sesak.
"Jumlah penduduk yang besar boleh menjadi penggerak ekonomi yang kukuh jika rakyatnya berkualiti," kata penganalisis kanan Pusat Pengajian Kependudukan dan Dasar Universiti Gadjah Mada, Sukamdi.
Bagaimanapun, kesan peningkatan jumlah penduduk itu menjadi beban pembangunan kepada Indonesia kerana daya saing penduduk di negara ini masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain termasuk di Afrika.
Berdasarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), indeks pembangunan manusia di republik ini pada 2010 berada pada kedudukan 108 daripada 169 negara.
Jumlah penduduk Indonesia meningkat hampir dua kali ganda setiap 40 hingga 50 tahun sekali.
Pada 1930, jumlah penduduk negara ini ialah seramai 60.7 juta orang dan 1971 (119.2 juta) sementara pada tahun lalu jumlah itu meningkat kepada 237.6 juta orang.
Sekiranya, pertumbuhan penduduk tidak dikawal dengan baik, negara ini akan didiami oleh 475 juta orang penduduk pada 2057. - Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
setahun 4.5juta org......... negara dah kecik, org makin padat, makin ramai la berhijrah ke malaysia............ ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
silap2 yg jaga pintu sempadan buat2 tak nampak je bila bot nak menyeberang..
hmm..beratus ribu nyawa yg hilang akibat bencana alam pun tak mampu nak cover lagi kadar kelahiran... sadis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# jofizo
tu la bakal2 waris yg akan berhijrah ke malaysia sama ada secara haram atau dengan passport ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
setahun 4.5juta org......... negara dah kecik, org makin padat, makin ramai la berhijrah ke malaysia ...
jofizo Post at 12-1-2011 09:38 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Diorang tak nampak negara diorang dah padat...nampak Malaysia byk peluang nak hidup senang..tak perlu nak risau apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang le byk kelahiran. Mana ada kawalan |
|
|
|
|
|
|
|
tuh blm masuk anak indon mangs rogol kt m'sia lagi....... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_eddie_worlds at 12-1-2011 14:22
setahun 4.5juta org......... negara dah kecik, org makin padat, makin ramai la berhijrah ke malaysia ...
jofizo Post at 12-1-2011 09:38 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Ape maksud negara kecik...? Berita ini menceritakan di Indonesia melahirkan bayi 4.5juta setahun menyamai penduduk Singapura...
Bukan singapore yang melahirkan bayi melebihi penduduknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ape maksud negara kecik...? Berita ini menceritakan di Indonesia melahirkan bayi 4.5juta setahun ...
cmf_eddie_world Post at 12-1-2011 14:19 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
kecik la tanah indon yg berpenduduk 230j tuh berbanding tanah kat amerika yg berpenduduk 180j |
|
|
|
|
|
|
|
ayuh pak. kita tukarin. org sini main bola di sana, org indon main bola di sini. kita serumpun pak |
|
|
|
|
|
|
|
Mari kita ucapkan selamat datang kpd generasi baru indon2... malaysia tanah tumpah darahku...![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah rsenye yang dilahirkan di indonesia majoritinye muslim..makin bertambah umat Muhammad s.a.w...ingatlah tanah tumpah darah kita ni bukan hak kita..milik Allah semuanya...xde istilah geran tanah..nabi bersabda sesiapa yang mengusahakan tanah dia yang berhak ke atas nya...hak mutlak Allah..sungguhpun org indon hidup susah tetapi mereka punya tali persaudaraan yang kuat...rakyatnye ramai yang tidak berpelajaran tetapi rajin..sekerang mereka mencari ilmu dinegara kita dan tak mustahil mereka boleh buat pembangunan yang serupa..rakyat yang ramai dan rajin menjana ekonomi lebih pantas membangun..jangan terkejut satu hari nanti mereka pula jadi tokeh..kat malaysia ni pun orang melayu bukannye tokeh..action je lebih.. |
|
|
|
|
|
|
|
ayuh pak. kita tukarin. org sini main bola di sana, org indon main bola di sini. kita serumpun pak
2tigapuluh2 Post at 13-1-2011 00:25 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Chanteek!!!![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ooh takde pil/injection perancang keluargakah, tak belajar cara2 elak beranak
gelekan dangdut sana sini menyebabkan depa main sana sini
lu bang sepatutnya dijahit, ba tang sepatutnya dikerat |
|
|
|
|
|
|
|
pastu asik2 goda jantan2 kt mesia nie ajak kawen |
|
|
|
|
|
|
|
kecik la tanah indon yg berpenduduk 230j tuh berbanding tanah kat amerika yg berpenduduk 180j
jofizo Post at 12-1-2011 15:36 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
penduduk amerika 180j ? mcm salah ja nih... |
|
|
|
|
|
|
|
agaknye xde pe nk buat main je la kejenye. lagipun kerajaan indonesia kurang berpikir bab pembangunan. bg diorg yg penting ---------> poket sendiri harus penuh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
bukan, rajin makan jamu tenaga batin, tu yang gigih dan berusaha tangga kejayaan proses buat anak |
|
|
|
|
|
|
|
4.5 Jota setahun...
orang Indong ni tak diajar family planning ker...? |
|
|
|
|
|
|
| |
|