CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4646|Reply: 66

Lelaki Hamilkan Teman Wanita, Nak Beri Bayi Kepada Keluarga Angkat Tapi Letak Syarat Melampau

[Copy link]
Post time 27-10-2023 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki mengakui silap membuatkan pasangannya hamil tanpa berkahwin.


Menerusi lama X, lelaki itu mengambil keputusan untuk menyerahkan anaknya kepada ibu bapa angkat kerana mengakui dia masih belum berkemampuan untuk membina sebuah keluarga.


Namun syaratnya dia mahu terus berhubung dengan anaknya ketika berada di bawah jagaan ibu bapa angkat.




Gambar Hiasan




"Teman wanita saya mengandung dan kami belum berkahwin. Kandungan tu dah tujuh bulan. Kami nak cari ibu bapa angkat untuk anak ni.


"Tapi kalau boleh, kami nak jaga dulu anak ni selama dua minggu sebelum diserahkan kepada ibu bapa angkat. Dan selepas itu pun, kami harap kami dapat terus berhubung dengan anak tu.


"Tidak diputuskan hubungan dia dengan ibu bapa kandungnya. Kami dah tawarkan kepada tiga ibu bapa angkat sebelum ni tapi mereka tak setuju dengan syarat kami.


"Kalau ada ibu bapa angkat yang baik hati nak ambil anak kami dan bersetuju untuk tidak putuskan hubungan dengan ibu bapa kandungnya, boleh reply hantaran ni, kami akan hubungi,"tulisnya.


Di ruangan komen, rata-rata warga maya menjelaskan mengapa syarat atau permintaan lelaki tersebut sukar untuk dipenuhi oleh bakal ibu bapa angkat di luar sana.


"Banyak kes dah sebenarnya ibu bapa kandung dok jadi lintah sedut songlap harta ibu bapa angkat, kalau tak bagi apa yang diminta, ugut nak ambil semula anak tu, huru-hara nanti.


"Kalau dah tahu tak mampu, bagi je terus, kalau betul nak, bela je anak tu. Lagi satu, benda ni boleh mengganggu emosi anak di awal usianya, budak kecil ambil masa nak faham konsep ibu bapa angkat dan anak tak sah taraf ni.


"Biarlah anak tu ada seorang penjaga je, kalau sampai dah ada dua parents, nanti payah nak bincang soal keturunan dan urusan wali kalau itu anak perempuan.


"Kalau betul nak jaga air muka, serahkan anak tu dekat ibu bapa angkat, kemudian tutup buku lama, buka buku baharu. Kalau masih sayang, terus terang nak kahwin sebab mengandung," demikian komen sebahagian warga maya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi bewak lerr tu sedut duit mak pak angkat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ank² menakan ada yg bukan dr darah dging.
Mmg kenai makAyah kandung & adik bradik depa.
Kak aku insist depa tau asal usul, susur galur family asal so in the future tadak la blaku yg pelik² (contoh tkawen adik bradik sendri).
Btw, ni bukan isu semasa shibai
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm aku...famili asal ank aku ad contact. Kkdg dtg tgk. Bkn ape..kurg2 tau keluarga. Takut nnt terkawin adik bradik sendri ke. Aku guna khidmat jkm. Semua jkm uruskan. Jkm pun nasihat supaya kenal kluarga kandung.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tu antara penyebab nape aku tak nak amik anak angkat
even dah kawen lama and takde anak
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus jugak utk anak tu kenal sedara mara makpak kandung dia. sng nati utk susurgalur dia mahram mcm2 la.
tapi kalau dpt makpak sejenis bewok dok mintak duit je asbab bela anak dia, yg ni balaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2023 02:38 PM | Show all posts
Perlu diingatkan anak luar nikah ni takde istilah adik beradik. Dia sebagai pemula nasab yg baru, keturunan yg baru. Sbb tu JPN tak bagi ada bin/ binti.  Dia boleh je kawin dgn 'adik'.


Tapi situasi lain kalau yg kawin, lepas tu tak mampu dan berikan dkt org lain utk jaga. Yg tu masih sah adik beradik dan haram kalau terkawin.


Utk contoh di atas, dia takda kaitan pun dgn mak tu kecuali tolong ngandungkan dia sahaja. Kalau2 budak tu besar nanti jadi org kaya raya, mak & ayah biologi tu tak layak utk tuntut faraid. Sb budak tu terbentuk tanpa ikatan yg sah. Senang cerita, diorang tu sekadar sumbangkan benih shj dan takda apa2 manfaat. Walaupun DNA terbukti tu dr benih dia, dia tetap tak layak dari undang2 syariah. Kalau sivil, mungkin la boleh buka kes tp susah juga nak menang.  

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
rasanya tak perlu kenal pun takpe..anak luar nikah mmg takde istilah mahram muhrim dgn ibu bapa/family sebenar pun..so tak kenal pun takpe..zaman sekolah dulu my ustazah penah explain kenapa..sebab dlm Islam tak iktiraf hubungan seks luar nikah..sebab tu anak luar nikah tiada hubungan mahram, tak layak warisi harta etc..minta maaf la, I punya explanation ni tak cantik..Ustazah i dulu explain cantik & jelas..buat I terus faham kenapa anak luar nikah tak diiktiraf..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 02:44 PM | Show all posts
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak ada gunanya.  Kpd childless couple, please, do not ever deal dgn lelaki trs.  Dahlah berzina sampai membenihkan zuriat, kemudian nak jadikan anak sbg satu modal/cagaran menguntungkan diri.

Bila tangan berani mencincang, bahu harus berani memikul. Sila pikul tanggungjawab saat mula anak lahir ke dunia dn jgn persoalkan mampu atau tak mampu. Mengharapkan pasangan lain bela anak shnga mampu, sampai bila?  Kalau boleh pegang baby selama 2minggu, kenapa tak pegang/bela seterusnya.  Kenapa harus cari keluarga angkat, kenapa tak serah kpd ibubapa lelaki itu sendiri?

Anak manusia bukan anak kucing yg boleh ditumpangkan sementara kpd sesiapa. Anak manusia tumbuh dn membesar dgn bekalan kasih sayang yg mengikat dn perhatian drp penjaganya.

Mudahnya si bapak nak selesaikan masalahnya ttpi tidak menimbangkan segala konsekuensusnya terkait perasaan famili angkat, kasih sayang dn segala perbelanjaan
yg terbabit membesarkan anak.  Andaikata famili angkat juga buat syarat, bila nak ambil semula anak, sila bayar pampasan selama anak di bawah jagaan: ya susunya, pampersnya, makanan, pakaian, perlindungan, didikan, dll. Mampu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 02:52 PM | Show all posts
Mcm aku ada juga ambik anak angkat luar nikah. Ah sementara aku nak dpt kan surat legal dr mahkamah tu mmg sehabis mungkin mak biologi dia tu perah duit. Selagi mahkamah dan JPN tak sahkan status, selagi tu mak biologi dia masih berhak utk tuntut balik.


Keluar je surat dr mahkamah, aku terus jarakkan sikit2 dr mak biawak tu. Lama2 dia perasan kot aku dah tak bagi duit, tak reply, tak angkat call. Dia berani lagi ugut nak ambik balik. Aku apa lagi dah dia bagi buah tanggung, aku sampahkan je. Aku ungkit semua benda, ko kalau ko syg anak ko tak buat mcm ni. Patutnya ko bersyukur ada org blh jaga anak ko, bg pendidikan yg elok. Ni tak, ko lagi nak ugut sb aku tak bagi duit. Ko nak balik, boleh..pegi la tuntut, aku tunggu surat mahkamah.

Mmg dia bengang gila, terus senyap smpai harini.


**Tips penting

1. Jgn sesekali bagi dia alamat rumah ko. (mcm aku, ic aku tukar alamat rumah sewa..sampai dah selesai baru tukar alamat rumah sendiri. Gigih kan? Tp tu salah 1 tindakan yg paling bijak aku pernah buat)

2. Tiap kali perlu jumpa, sila jgn pakai keta sendiri. (aku sewa kereta tiap kali kalau ada urusan dgn dia)

3. Kalau boleh guna no telefon lain. Lepas selesai, terus potong (yg ni aku tak buat, tak terfikir pun masa tu)

Wujud je spesis mak ayah biologi yg gila, yg sanggup buat kacau dkt rumah/keja kau sebab nak duit. Jadi sediakan payung sebelum hujan.



Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
entah. tp ni drama negara mana, sini ke? pelaku ni muslim ke? kalau ye, setau aku, anak luar nikah tak nasab kat lelaki lansung. hanya nasab kt belah perempuan  

https://vm.tiktok.com/ZSNkbgXkg/
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 04:51 PM | Show all posts
syamzana replied at 27-10-2023 01:26 PM
bagus jugak utk anak tu kenal sedara mara makpak kandung dia. sng nati utk susurgalur dia mahram mcm ...

mcm mana pulak mak ayah kandung dok mintak duit kat family angkat, kalau dh anak kandung tu duduk serumah dgn fmly angkat? dh tentu2 lah perbelanjaan isi rumah tu ditanggung dek family angkat tu. bukannya dok serumah dgn mak ayah kandung?pelik2 ajer diorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 04:59 PM | Show all posts
apech replied at 27-10-2023 02:52 PM
Mcm aku ada juga ambik anak angkat luar nikah. Ah sementara aku nak dpt kan surat legal dr mahkamah  ...

pada i, diorg yg serahkan anak pada family angkat ni dan mengharapkan duit sebenarnya menjual sewa/beli anak diorg. anak dah serahkan pd org, dh tentu2 org tu akan biaya keluar duit beli keperluan anak tu smpai anak tu dewasa. yg itu tk nak pulak mak ayah kandung tu pikir.tak timbul soal bayaran pada mak ayah kandung bila dah serah pd family angkat. mmg nampak sgt jual beli anak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:04 PM | Show all posts
apech: Mcm aku ada juga ambik anak angkat luar nikah. Ah sementara aku nak dpt kan surat legal dr mahkamah tu mmg sehabis mungkin mak biologi dia tu perah du ...


Bagus tindakan cuolls meolls sokong dan bangga

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hessa replied at 27-10-2023 04:51 PM
mcm mana pulak mak ayah kandung dok mintak duit kat family angkat, kalau dh anak kandung tu duduk  ...

kes kerani iols dulu ambil anak angkat org kg dia yg susah kiranya kenal la. dah bwk blk umah mula2 ok pastu masuk bulan ke3 dok mintak duit sbb takde duit nak mkn kesian la kiranya adik bradik lain susah nak makan.
mula2 kerani iols tu bagi la sbb kesian. lepas tu dok minta tiap2 bulan, pastu fmly dia kot suh bg balik lepas 9bulan bela. teruk kerani tu patah hati betul sbb dah syg tp fmly tu mencekik sgt.
lepas 5thn baru dia ambil anak angkat through jkm yg proper la kiranya tp kenal fmly kandung anaknya tu 3/4bulan skali pergi melawat. alhamdulillah ok, anak pun dah drjah 4 kot skrg.

org ni mcm2 peel...kita dah tlg depa kekah kita lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:24 PM | Show all posts
Hessa replied at 27-10-2023 04:51 PM
mcm mana pulak mak ayah kandung dok mintak duit kat family angkat, kalau dh anak kandung tu duduk  ...

Sebagai saguhati la kononnya sb dia bagi anak. Mcm terbalik pulak kan. Masa ambik dulu aku bagi RM2k, utk ubat2 dsb sb mak dia mati2 taknak pegi sepital. pusat anak pun potong sendiri, umur 3 hari pusat dah togel. Masa ambik duit tu mak dia menangis2 kata dia bukan nak jual anak bla..bla..bla.. Kesian la sekejap.. tambah lagi Rm500.

Tapi haritu sampai nak menunggu mahkamah, mmg betul2 mcm biawak. kejap2 minta pinjam..sampai sekarang tak nampak bayang dia bayar hutang. Aku dah halalkan pun..sebagai tanda terima kasih sb lahirkan anak aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok tak payah. Kang macam2. Dah elok besar budak tuh tiba2 claim nak amik balik. Penuh drama jer nanti.

Nikah jer lah jaga sendiri anak kau
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 06:02 PM | Show all posts
elnor_81 replied at 27-10-2023 10:41 AM
Mcm aku...famili asal ank aku ad contact. Kkdg dtg tgk. Bkn ape..kurg2 tau keluarga. Takut nnt terka ...

Ada contract pun, kalau selagi tak smpai umur 2 tahun, dan ada surat akuan jkm tu, tetap kembali pada ibu kandung.
Kawan i pernah kena, tapi dia fight balik kt court, dapat la balik duit etc. kesian dia. Da jaga smpai 1 tahun lebih. Now alhamdulillah ada pengganti
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 06:12 PM | Show all posts
Edited by midori888 at 27-10-2023 06:14 PM

amboi-amboi-amboi...dah buntingkan anak org, lagi nak mcm2...ko kawen lah dgn ppuan tu dan bela anak tu sendiri...dah tau diri tu tak mampu, pergi buat unprotective intercourse plak, dasar tak sedar diri punya jantan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 27-10-2023 06:02 PM
Ada contract pun, kalau selagi tak smpai umur 2 tahun, dan ada surat akuan jkm tu, tetap kembali p ...

Org jkm ad ckp benda yg sme.. tp nk buat cmne. Sbb tu ape2 resit simpan. Mak mertua pernah jugak bersuara ngan famili kandung tu, ni kang dtg2 tgk.pastu nk amik smula.sejak tu kluarga tu jrg dh dtg or tya khabar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.073111 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list