View: 8718|Reply: 31
|
Ibu Berpantang Dalam Kereta Buruk Bersama Bayi Usia Empat Hari, Seorang Lagi Anak Demam Teruk
[Copy link]
|
|
Tular foto seorang wanita yang terpaksa berpantang di dalam sebuah kereta bersama bayinya.
Wanita itu yang ditemani seorang kenalan lelaki baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan, beberapa hari lalu.
Disebabkan masalah yang tidak didedahkan, mereka terpaksa tinggal di dalam sebuah kereta usang yang diletakkan di tepi jalan di Sungai Petani, Kedah.
Foto: mStar
Menerusi foto tular di media sosial sejak Rabu malam, kelihatan wanita bertudung berusia 26 tahun itu sedang meriba bayinya di kerusi depan sebelah pemandu.
Di bahagian tempat duduk belakang kereta yang dilihat sudah uzur keadaannya pula, seorang lagi anaknya sedang tidur kerana mengalami demam teruk.
"Ada sebuah keluarga terpaksa tidur dan berpantang bersama bayi empat hari di dalam kereta. Tak ada tempat tinggal.
"Wanita itu baru bersalin empat hari. Anak yang seorang lagi demam teruk pula," kongsi seorang individu menerusi laman Facebook.
Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Operasi Murtadha Dakwah Centre Muhammad Ridzuan Osman memaklumkan individu dalam kes yang tular itu telah menerima bantuan sewajarnya.
Ridzuan memaklumkan wanita itu yang juga ibu kepada tiga cahaya mata telah dibantu untuk mendapatkan penginapan sementara.
Malah, wanita itu telah menerima kunjungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) serta pihak klinik kesihatan.
"Semalam dapat panggilan bertubi-tubi. Dimaklumkan ada wanita dengan bayi empat hari tidur dalam kereta, tiada tempat tinggal. Kami pergi tengok, rupanya memang betul.
"Cuma ada masalah yang menyebabkan mereka duduk di situ. Malam itu juga kami jumpa mereka. Pihak kami bawa balik dan pergi ke klinik untuk rawatan sebab anaknya demam.
"Kami juga dah bagi penginapan untuk wanita tersebut dengan anaknya. Kami tengah dalam proses untuk selesaikan masalah mereka," katanya kepada mStar.
Menjengah ke ruangan komen Facebook, ramai netizen yang bersimpati, malah ada yang menyuarakan hasrat untuk menghulurkan bantuan kepada wanita berkenaan.
"Allahuakhbar. Dengan baru bersalin, nak betul-betul urat. Semoga ada insan mulia yang dapat menolong mereka.
"Semoga ada pihak dapat membantu akak ini dengan anak-anak.
"Moga ada insan yang tolong. Akak tu baru bersalin, mana boleh duduk dalam kereta macam tu," tulis beberapa netizen.
Untuk rekod, MADADCare - Murtadha Dakwah Centre merupakan organisasi bukan kerajaan (NGO) berpengkalan di Kedah yang menjalankan kerja-kerja kebajikan dan banyak membantu asnaf di seluruh Malaysia. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
yang duduk tepi highway tu ka? pernah dulu tolong satu family ni tinggal dlm kereta.. katanya lakinya kerje guard..dulu dpt umah sewa..tp covid punya hal..xmampu byr..
org yang sama ??
anaknya masa tu ada 1 org ja... dia nak beli makanan..kebetulan aku blkg dia.. betul2 dia beli nasi 1 bungkus dengan taugeh jaa... rm 3 ke 2 ringgit rnr cas...
dia abis beli aku panggil interbiu dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa kenalan lelaki yang menemani sheols? BF?
Laki sheols mana? Banyak pulak persoalan di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Takda suami ke? Sb ditemani kenalan lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
takde husband
takde family ke
anak terbuang ke
tapi mcm mana masa ngandung
stay dalam kereta juga
sungguh2 tak paham
pompuan2 yang rela menyusahkan diri sndri
kalau taka kesian kat diri sndri
tu anak2 tu
kecik2 dah hidup mcm org nomad
sila lepas nie beringat2 |
|
|
|
|
|
|
|
"Wanita itu yang ditemani seorang kenalan lelaki baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan, beberapa hari lalu.Disebabkan masalah yang tidak didedahkan"
Apsal la iolls rasa fishy sangat nihhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana Melayu Islam tak saling membantu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
bila baca rasa sedih..tapi kenapa jadi camni mesti ada sebab...semoga dipermudahkan ujian dari Allah |
|
|
|
|
|
|
|
aku kesian kat anak yang demam dan baby tu
macammana hidup dlm kete time siang2 tu nak kencing mandi berak sume |
|
|
|
|
|
|
|
Please lepas bantu dia, tolong bawak pegi clinic utk ikat peranakan..kesian anak2 wehhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Saat ada org sekali lunch or dinner smpi rm 1k, Masih ada insan yg nak mkn pun tade duit. Only in Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
i bet anak-anak mesti takde dokumen..
berbau ikang sangat kisah dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg ni trend susah je dok dlm keta.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenalan lelaki
Baru beranak
Masalah dalaman keluarga
M. Hntr la anak u kat jkm. Bersihkan diri cari keja. Then jaga balik anak when da berdiri atas kaki sendiri. Jangan la seksakan anak. Please. |
|
|
|
|
|
|
|
Suami mana suami. Kalau dah bercerai pon menjadi tanggung jawab si ex-husband untuk pastikan ex-wife dapat penjagaan rapi masa dalam pantang sebab ingat senang ke nak beranak.
Family mana? Adakah sebatang kara?
Sebab tu la orang cakap kegagalan paling besar perempuan boleh buat ialah pilih partner yang salah. |
|
|
|
|
|
|
|
bakawali_04 replied at 30-11-2023 03:24 PM
takde husband
takde family ke
anak terbuang ke
Tpkikir gak ponouan umur 26 anak 3 sorg baru beranak umur 4 hari,sorg lagi sakit demam...lagi sorg x dinyatakan pulak,mana suami dia,mana keluarga dia x dinyatakan pulak...kut ditinggalkan suami dibuang keluarga ke x tahulah tapi mmg kesian la kat anak2,harap dh diberi bantuan ni dia leh fikir untuk rancang masa depan anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannyaa. Penat bersalin tak habis lagi. Kena hidup macamtu pula. Takboleh nak bayangkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|