CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5166|Reply: 27

[Tempatan] KORANG PAHAM TAK: Isu pencen bekas wakil rakyat - Ia bukan pencen tapi ganjaran, kata Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK)

[Copy link]
Post time 27-1-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) berpandangan bayaran bulanan diberikan kepada bekas wakil rakyat perlu diteruskan.

Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata bayaran itu sebenarnya sumbangan kerajaan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat atau disebut gratuity (ganjaran).

Beliau berkata, bayaran berkenaan bukanlah pencen seperti difahami sesetengah pihak.

"JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) panggil ia pencen sedangkan ia bukan pencen. Ia gratuity, itu sebenarnya sumbangan kerajaan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat.

"Beza dan lain, kalau kakitangan kerajaan takkanlah enam tahun (bekerja) dapat pencen. Itulah definisinya sebab wakil rakyat bukan pegawai kerajaan, bukan kerja dengan kerajaan sebaliknya bekerja dengan rakyat 24 jam sehari," katanya sambil menjelaskan buat masa ini MUBARAK mempunyai hampir 1,000 keahlian.

Beliau berkata, pemberian gratuity (ganjaran) juga diamalkan di seluruh negara Komanwel selepas seseorang itu tidak lagi menjadi wakil rakyat dan adalah secara mengikut paten seperti yang diterima bekas wakil rakyat di negara ini.

Skim pencen perlu diteruskan

Mengenai Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen, Abdul Aziz juga berpandangan bahawa skim pencen sepatutnya diteruskan.

"Kerajaan sekarang ini menganuti dari segi teknologi baharu. Kita sekarang ada PADU (Pusat Pangkalan Data Pusat).

"Banyak lagi benda berasaskan kepada teknologi baru akan mengurangkan kegunaan tenaga pekerja sebaliknya menggunakan tenaga teknologi tinggi seperti IT, data analitik, IoT (Penyelesaian Internet Kebendaan) dan AI (kecerdasan buatan).

"Ini akan mengurangkan pekerja-pekerja dalam kerajaan. Jadi kalau kurangnya pekerja-pekerja dalam kerajaan, teruskanlah (skim) pencen (sedia ada). Pasal ini adalah satu insurans kepada mereka," katanya.

Tetapi beliau berkata sekiranya kakitangan kerajaan tidak dapat menggunakan teknologi baharu dalam urusan mentadbir negara, ia mungkin menyebabkan peningkatan lagi jumlah pekerja diperlukan.

"Kakitangan kerajaan meningkat yang sekarang ini sudah lebih sejuta orang dan jika berterusan meningkat dan itu patutnya yang baharu dimasukkan dalam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bukan berpencen," katanya.

Terdahulu, terdapat gesaan supaya pemansuhan pencen membabitkan ahli politik dibuat selepas media melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin berkata, Kabinet bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, menggesa cadangan pemansuhan pencen wakil rakyat dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melaksanakan kepada penjawat awam.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1205278/isu-pencen-bekas-wakil-rakyat-ia-bukan-pencen-tapi-ganjaran-kata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
"JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) panggil ia pencen sedangkan ia bukan pencen. Ia gratuity, itu sebenarnya sumbangan kerajaan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat."...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Batalkan aja semua pencen ker gratuity ker...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo ganjaran = one off pymt
ni dh byr bulan2 smpi mampuih tu takkan ganjaran kot ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau mp mcm sany ulu bendul dpt pencen ka gratuity ka saguhati ka mmg aku x halal duit ptg tax tiap2 bln
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 12:23 PM | Show all posts
Betul la kata orang kalau nak jadi ADUN baik jadi EXCO terus. Alang2 jadi MP better jadi menteri, baru berbaloi. Apa lagi lepas ni kalau dah takde skim pencen, masa 5 tahun tu la sahaja peluang untuk menyakau while stock lasts.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak nipu pun agak2 la.. pencen setiap bln.. gratuity one off.. ingat org vodow ka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Altimet ada pencen la nanti kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai bila nak kena bagi pencen dekat Tun Mahathir? Sampai yaumul akhiroh?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke kerja utk rakyat?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tang rakyat kne langgar
Tang puak2 dia xboleh xboleh xboleh
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis tentera dha boleh diswastakan jd mcm wagner military contractor masyukkkk pi la lobi
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah*


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 08:48 PM | Show all posts
korang percaya sangat dengan politician

itu nama sahaja, hakikatnya duit dibelanjakan kepada mereka. dah kau hapus pencen maka pentadbiran menteri perlu ikut bertanggungjawab..  klu itu dinamakan ganjarang maka boleh sahaja kan pencen ditukar nama kepada ganjaran jugak..

.. sepatutnya pencen ini tak dihapuskan tak membebankan pun kerana ianya daam perkiraan berpuluh tahun negara... suara -suara pencen membebankan ini mulai kedengaran pada zaman pemerintahan bijan, sebelum itu badawi dan mahatir tak ada suara-suara spt ini keluar .. jika ada pun ianya tak penting

penyebabnya disebabkan ialah policy najib cash is king. .. bagi duit cash secara besar-besaran ini tak perna dibuat pada zaman pm sebelum najib, sebab itu tak kedengaran pencen ini membebankan...

perbelanjaan najib yang sangat besar perlukan gst...

bila sampai kepada anwar gst dah dihapuskan tetapi dia dah tak boleh hentikan policy cash is king najib sebab ianya sangat tak popular.

... akhirnya yang jadi mangsa ialah pencen penjawat awam, kerajaan korbankan pencen untuk teruskan policy cash is king najib... policy opportunist najib telah menjahanamkan kestabilan pentadbiran sebelum dia.. skrg ni jika tiada gst maka pelan-pelan banyak benda lain akan dikorbakan.. sepatutnya penjawat awam piket dan guling-guling diatas jalanraya menuntut menteri dijadikan pekerjaan kontrak


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 27-1-2024 08:48 PM
korang percaya sangat dengan politician

itu nama sahaja, hakikatnya duit dibelanjakan kepada mereka ...

kalu boleh bukan kontrak tp ahli parlimen, adun atau menteri patut jawatan sukarelawan je. mcm persatuan penduduk. elaun byr bila pergi parlimen je
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 10:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanatz punya politaik, sekor-sekor nak membodokan orang. Ko hingat orang sekarang macam orang zaman dulu ke!!!.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 10:21 PM | Show all posts
Tak pernah terfikir langsung yg pada suatu masa kaki tangan kerajaan tak akan dapat pencen. Selama ni yg selalu dengar kenapa orang nak kerja dg kerajaan ialah sebab nak pencen, nak security di hari tua. I faham la.kenapa.. bukan semua org pandai mengatur, invest sana sini nak bagi duit beranak bila dah tak kerja lagi. Derang lebih suka dpt jer tiap2 bulan tak payah fikir apa2 dah selepas kerja puluh2 thn.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 10:28 PM | Show all posts
Aku kurang jelas yg dikata wakil rakyat dpt gratuity bukan pencen. Yg kita faham, kalau gratuity dapat sekali saja selepas tamat kerja. Pencen dapat bulan2 seumur hidup.

Yg sebenarnya yg berlaku skrg wakil rakyat memang dapat duit bulan2 sampai mati ke walaupun kerja sepenggal ? Yg ni sah? Tlg confirmkan pls.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu bapok tua tu akan jadi hero last minute pastu uturn polisi yg kena kecam tu. Kali ni tak dak plak, pelik ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.066649 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list