Anwar berucap semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15, pada Selasa. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Segala persoalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Abdul Rasheed sudah berjanji untuk menjelaskan mengenai perkara itu.
"(Mengenai prestasi) ringgit, gabenor (Abdul Rasheed) ada di sini. Dia dah janji nak jawab," katanya ringkas ketika menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15, di sini pada Selasa.
Terdahulu mata wang tempatan merekodkan prestasi lemah setakat 9 pagi Selasa dengan ringgit berkurangan kepada 4.787/7930 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.785/7890 semasa ditutup pada Isnin.
Kali terakhir paras ringgit terendah dicatatkan pada 1998 apabila krisis kewangan Asia menjejaskan mata wang serantau dengan RM4.885 setiap dolar AS. - Sinar Harian
*********************************************
The value of the ringgit against the greenback has slid 4% so far this year.
PETALING JAYA: The ringgit extended declines to the lowest level since the Asian Financial Crisis as China’s sluggish economy weighs on the country’s outlook.
The local currency fell 0.2% to 4.7965 against the dollar today, its weakest level since an all-time low of 4.8850 in 1998 following the fallout from the regional financial crisis.
The ringgit has slid by over 4% so far in 2024, adding to losses from the previous three years.
Malaysia’s economy grew slower than expected in the three months through December as exports to China fell.
Manufacturing activity remained weak, with January’s Purchasing Managers’ Index coming in at 49.0 — making it 17 straight months below the 50.0 threshold.
The country’s growth trajectory for 2024 is still fraught with risks both externally and at home, while foreign bond outflows amounting to US$382 million (RM1.76 billion) in January, the largest in five months, also reduce support for the local currency.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Author|Post time 20-2-2024 07:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by mojarean_X at 20-2-2024 07:34 PM
kakikuDibibirmu replied at 20-2-2024 07:06 PM
Salam 4.80 ringgek
Saya nk buka thread laporan bloomberg psl kejatuhan nilai ringgit terburuk dlm sejarah tp bila saya tgk x de pun media tempatan lapor. Ini je laporan yg ada
Author|Post time 20-2-2024 07:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by mojarean_X at 20-2-2024 08:59 PM
Abdul Rasheed berkata, pertumbuhan pada 2024 akan didorong oleh peningkatan dalam permintaan luar dan perbelanjaan domestik yang kukuh. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Prestasi ringgit ketika ini tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa hadapan, kata Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
Beliau berkata, malah nilai ringgit sebenarnya diyakini akan terus meningkat dalam tahun ini.
Menjelaskan lanjut, katanya pertumbuhan pada 2024 akan didorong oleh peningkatan dalam permintaan luar dan perbelanjaan domestik yang kukuh.
Beliau berkata, sektor pelancongan telah pulih dengan kukuh dengan kedatangan pelancong pada 2024 dijangka melebihi paras prapandemik sebanyak 26 juta orang.
"Ramalan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terkini ialah perdagangan global bertambah baik daripada 0.4 peratus pada 2023 kepada 3.3 peratus pada 2024.
"Bagi Malaysia, eksport menunjukkan penambahbaikan yang stabil sejak suku keempat 2023.
"Malah, pada Januari, eksport telah bertukar positif (8.7 peratus)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau mengulas mengenai nilai ringgit yang terus merekodkan penurunan.
Mata wang tempatan merekodkan prestasi lemah setakat 9 pagi Selasa dengan ringgit berkurangan kepada 4.787/7930 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.785/7890 semasa ditutup pada Isnin.
Penurunan berterusan ringgit berpotensi meletakkan mata wang tempatan itu melepasi rekod paras terendahnya ditambah pula dengan kelemahan eksport serta pengukuhan dolar AS.
Abdul Rasheed menjelaskan, prestasi semasa ringgit ini dipengaruhi oleh faktor luaran sama seperti mata wang serantau lain.
"Beberapa faktor ini termasuk pelarasan pasaran kepada perubahan jangkaan kadar faedah AS, kebimbangan geopolitik dan ketidakpastian sekitar prospek ekonomi China," katanya.
Bagaimanapun katanya, momentum pelaburan telah meningkat dengan pelaksanaan projek yang diluluskan di sektor swasta mahupun awam.
"Perkembangan positif ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan struktur dan jangkaan penurunan kadar faedah secara lebih awal ekonomi.
"Kebanyakan penganalisis meramalkan nilai ringgit meningkat tahun ini," katanya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 20-2-2024 07:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by arnauld at 20-2-2024 07:33 PM
mojarean_X replied at 20-2-2024 07:18 PM
Abdul Rasheed berkata, pertumbuhan pada 2024 akan didorong oleh peningkatan dalam permintaan luar da ...
Thats the point labu, your role or the fm role is to make ringgit to reflex the real value of the economy.
20mar ni feds akan raise the interest lagi mmg pitam la rm