CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26233|Reply: 81

SEJAUH MANA PENTINGNYA KAD JEMPUTAN KAHWIN?

[Copy link]
Post time 5-3-2011 10:32 AM | Show all posts |Read mode
ASSALAM.
NAK SURVEY - KAD KAWIN TU PENTING SANGAT PADA ANDA ATAU TIDAK?

WAJIB ADA KAD
- baru korang rasa macam "official" dijemput. rasa macam pengantin tu betol2 beriya jemput korang.

JEMPUT MULUT PUN DAH CUKUP  
- by call or cakap direct je "eh aku nak kawin minggu depan, datang la yek" takde kad pun korang tak kisah.

JEMPUT DARI FB & SMS
- skrang kan trend "tag" kad kawin kat fb, atau jemputan by sms je....

JEMPUT DENGAN HEBAHAN
- mungkin kat blog, fb, dan twitter tulis camni "kawan2ku... dijemput hadir ke majlis saya... bla bla bla"

ape pilihan dan komen korang?

tQ
Single Polls, Total 108 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2011 10:35 AM | Show all posts
by tepon ke...jumpa then cakap je pun dah okay......
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 10:37 AM | Show all posts
penting kad nie bagi kekawan yg jauh ler...plan nak gi umah nak kena ader!...sasau org dok carik nti...tuk memudahkan dia orang ler...rasanya mcm wajib kot kad2 nie...kalau mcm tepon ker sms mcm tak baper ikhlas menjemput ler pulak...kang ader pulak yg kata kawin koboi atau kedekut taik idung masin!...wat kad pun xmampu...tapi ikutkan nti kad tu pun dibuang jugak jadi pilih yg murah sajok...entahler..cara memasing ler...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 12:24 PM | Show all posts
penting sbb bukan semua tau kita dok mana.. lg pun kalo jemput mulut  or phone ni takut org terlupa je, maklum la byk lg jemputan lain...
kalo yg sekampung n sedara mara lain lak.. jemput mulut secara direct lebih afdol.. baru nmpk bersungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 01:20 PM | Show all posts
wajib ada la...rasa pelik plak kenduri kawin xde kad jemputan.kad jemputan xmahal pun xpe jaji ada kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2011 02:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by PrintChez at 5-3-2011 14:17

thanks yang komen n vote... nexttt.... sile vote ramai2...

pendapat aku lak...

pada aku kad jemputan ni pentingggg sangat. tapi disebabkan "trend" skrang ni, ade lak yang jemput aku pakai "tag" kad je kat fb. kat ruangan nama tu tulis "kawan2 skolah / kawan2 fb"... agaknya member tu ramai beno ye kawan2 sampai tak mampu nak kasik kad kawin.

aku bukan nak tengok design kad tu lawa ke tidak, tapi kalau pengantin tu yang bagi kad, sudi pos jauh2 walaupun mungkin aku memang tak leh nak datang sebab jauh, sebagai kawan aku terasa macam dihargai la bile dijemput camtu.

kad penting gak sebab nak tengok map... macam forumer kata tadi...tak kira yang jauh atau dekat. jemputan yang dalam daerah yang sama pun kekadang tak tau area rumah pengantin sebab tak biasa. macam KL la... kl besar tuuu... yang ade map pun bole sesat, lagikan yang takde map....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2011 06:32 PM | Show all posts
Personally, kalau call aje pun ok. Tapi pastikan yang call mengundang tu betul-betul kenalan/sanak saudara laa. Kalau orang lain main call-call aje rasa macam pelik pulak. haha

Kad kawin tu ikut tahap kemampuan si bakal pengantin la sebab ada tu memang tak berapa mampu. Bila dia tak bagi atas sebab-sebab macam ni janganlah pulak kita kutuk/perli2. Kesusahan orang kita tak tau kan?

Ataupun tak bagi langsung kad sebab jemputan terlampau ramai - 1k - 2k macam tu. So, diorang bagi kat orang yang penting-penting aje.

Dan realitinya tak semua orang ada ingatan yang kuat nak mengingat tarikh majlis perkahwinan orang lain. Misalnya si bakal pengantin telefon 2 minggu sebelum tarikh majlis, kalau yang rajin tu maybe lah catit kat mana-mana or simpan dalam hp. Kalau dapat yang malas. Tak datanglah kot majlis tu.

Lagi satu selalunya dalam kad tu ade letak map kan? Agak penting jugak tu. Nanti terkial-kial pulak nak google ke ape. Bukan semua orang tau pasal tempat-tempat kat dunia ni.

Yang tag kat fb tu mungkin tak nak bazirkan duit untuk tempah kad lebih sebab takut yang dijemput tak hadir. Tapi berkobar sangat nak menjemput kawan-kawan yang beratus ribu kat friendlist tu


p/s: Tapi kalau dapat kad pun best jugak, boleh simpan buat collection
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 06:36 PM | Show all posts
Pernah dapat kad undangan perkahwinan besar macam menu kat hotel. Dah la cover kad tu jenis hard cover. Kaya sangat gamaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2011 07:24 PM | Show all posts
kad tu penting gak, sbb kadang2 orang leh lupa kalau jemput pakai mulut je. nak2 bila tiba musim kawin. bukan satu dua je jemputan yang diterima. kalau ada kad, orang akan tau la tarikh yang tepat. takde la orang tertanya 'si A tu kenduri sabtu ke ahad ni, ke minggu depan?'

lagi satu, kad tu kan biasanya ada plan umah pengantin. so, fungsinya juga sebagai panduan jalan kepada tetamu2 yang datang. tapi tuan umah kena la pastikan plan tu betul dan tepat. jangan sampai orang menyumpah2 lak 'harapkan kad je besar, tapi bagi direction pun tak betul'

dalam kad tu pun selalunya ada doa untuk pengantin kan. so, secara tidak langsungnya, orang lain pun tolong doakan kesejahteraan untuk bakal pengantin gak. (tak tau la orang lain suka baca semua benda yang ada kat dalam kad tu atau tak, tapi me always bacakan doa untuk bakal pengantin dalam setiap kad).

apa2 pun, kad jemputan tu sebenarnya agak penting gak sbb mempunyai fungsinya tersendiri. tapi for me, tak perlulah kad tu terlalu mewah atau besar, dah rupa ensiklopedia lak. tak perlu la gak berkaca2 macam sheikh muzaffar ke. dan rasanya yang paling tak perlu ialah letak gambar2 bakal pengantin yang kadang2 lum nikah tapi dah bgambar pegang2 tangan. semua2 tu leh mendatangkan unsur2 riak pada tuan punya badan. yang penting, simple dan berinformatif serta TAK MEMBAZIR... Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 07:50 PM | Show all posts
cuba tengok ni sama ada anda perlu beri kad jemputan atau tidak

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 08:12 PM | Show all posts
kad kawin penting...tapi jgn lah membazir...penerima akan buang dlm tong sampah juga akhirnya...buat semak rumah jer...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 09:05 PM | Show all posts
kalo tru fb tuh.. stakat nk announce n minta update current address n contact no ok la.. biasanya yg mmg ada niat nk pegi mmg diorg akan bagi maklumat. yg lain2 just wish kat situ je la. atleast dpt shortlist senarai utk hantar kad. bg mmbr2 yg tau rumah  call je la, lebih ikhlas rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 09:40 PM | Show all posts
kad kawen tu penting....................................... even murah p0n
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 09:47 PM | Show all posts
wajib ada la kad kawin.. tapi bagi dynaz, tak perlu lah membazir beli kad yg mahal2 (kalau mampu takpe.. hehehe). asalkan semua maklumat sampai.. kadang tu rasa macam kesian jek tengok kad kawin yg mahal2 tu dicampak dalam tong sampah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 09:48 PM | Show all posts
dah vote dahh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 09:36 AM | Show all posts
Kad Kahwin tersangat penting

1)kad kahwn nie penting sebab kat situ tertera alamat, lokasi lengkap selain mengingatkan orang akan tarikh kenduri tu nanti.

2)Disamping itu, dalam kad kahwin tertera nama penuh pengantin lelaki dan pompuan serta nama keluarga mereka beserta no phone, so dapat lah kita menyelidik, rupanya si polan ini anak sipolan dan jugak adik sipolan yang selalu gaduh dgn aku, nak pegi ke tak pegi?bergaduh dgn abg berkawan dengan adik, cam ner nie. Dalam erti kata lain memudahkan decision making!

3) Design kad kahwin yang kreatif menjadikan para jemputan teruja untuk menghadiri kenduri tersebut. kalo kad aje dah cantik, kenduri mesti hebat dan meriah. So salah satu dari promo ler tu.

4) Kad jemputan bukan setakat untuk menjemput tapi boleh menjadi penghias dinding-dinding opis sekali gus menambahkan kecerian tempat anda bekerja.

5)Kebanyakan kad jemputan sekarang diletakan gambar berdua, jadi ia merupakan kad kenang-kenangan kerana value pada gambar tersebut amatlah tinggi. Gambar sebelum berkahwin dan selepas berkahwin. Macam-macam gaya, aksi, kan cantik tu, ade yang hitam putih, kreatif!

Yang mana hanya tag nama aku kat FB, tanpa kad jemputan kalo aku lupa harap maap lah ye. TAk pernah lagi tag nama kat FB , kad tak menyusul, selalunya kad dah menyusul, kekadang call mintak confirm alamat.

Minggu cuti sekolah nie, kad dah berderet diatas meja, emmm....... mampukah aku nak pegi semua nie. Panggilan mulut pon panggil, kad lagi taruk.........cam ner?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2011 12:51 PM | Show all posts
suke kumpul kad kawen..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 07:31 PM | Show all posts
aku cadang nak buat private event kat fesbuk jah. mintak kengkawan rsvp tapi memandangkan tindakan aku tuh bakal kena penampor jerman dengan mak pak, so aku masih stick to the old way, buat kad. alahhhhhhhhhhh janganlah berkira sangat. penting woo kad, ada map, ada nama mak pak kita dan pasangan, muka kita dan pasangan , kontek number , mcm2 la
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 03:39 AM | Show all posts
kalo aku la..aku jmput pkai MMS ja..hahaha ok apa
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 08:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by nuryakmal at 7-3-2011 08:41

wajib.. same reason as the above...tapi iols tak berape setuju sangat bila ada gambo berdua tue... da sah2 masa printing kad kawen/ bunting belom sah kawin lagik kan , yang posing pegang2 kemain tu watpe... what the hell la khan...and iols pun sarankan jangan letak ayat2 al quran.. bukan ape takot orang buang sepah2.... da terpalit dosa kat situ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.063992 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list