CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9916|Reply: 186

Dibelasah Ketika Guru Mengajar

  [Copy link]
Post time 7-3-2011 06:58 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by koboi at 9-3-2011 09:53

Buat Baik Dapat Sakit
Oleh Rashidi Karim
[email protected]      

SAKIT...Muhammad Shahfaly yang terkehel tulang bahu dan patah lengan kiri selepas dibelasah sekumpulan pelajar.  

CEDERA...Anoar menunjukkan kecederaan dialami Muhammad Shahfaly. KANGAR: Sekumpulan 10 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Safi di sini, dikatakan bertindak ala gengster apabila dengan selamba menarik keluar seorang pelajar lelaki tingkatan tiga sekolah berkenaan dari kelas sebelum membelasahnya walaupun ketika itu guru sedang mengajar.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu, Muhamad Shahfaly Anoar, 15, mendakwa terkehel bahu kiri dan patah lengan kiri serta cedera di kening kiri akibat dibelasah teruk tiga daripada 10 pelajar tingkatan tiga, empat dan lima itu.

Difahamkan, sebaik menarik keluar Muhamad Shahfaly dari kelasnya di tingkat satu, dia dibawa ke tingkat bawah bangunan sekolah sebelum dibelasah.
Muhamad Shahfaly berkata, seorang daripada pelajar terbabit memasuki kelasnya di tingkat satu ketika guru sedang mengajar lalu mengheretnya keluar dengan memegang tengkuk dan dibawa turun ke tingkat bawah.

“Di sana, saya lihat tidak kurang 10 pelajar sedang menunggu dan tiga daripada mereka, termasuk suspek yang memasuki kelas, memukul hingga pitam.

Bagaimanapun, mereka melarikan diri selepas mendengar jeritan seorang guru yang kebetulan melalui kawasan itu.
“Beberapa pelajar lain kemudian memapah saya masuk ke kelas dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Bagaimanapun, guru lelaki yang sedang mengajar subjek Kemahiran Hidup ketika itu tidak menanyakan keadaan saya.

“Guru yang menyuraikan kejadian itu juga langsung tidak menjenguk saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat di sini, semalam.

Muhamad Shahfaly yang juga ketua kelas tidak menolak kemungkinan serangan itu bermotif dendam kerana dia pernah mencatatkan kesalahan dilakukan pelajar terbabit yang sering tidak memasuki kelas ketika sesi pembelajaran.

Bapa mangsa, Anoar Ahmad, 38, berkata, dia terkejut apabila melihat Muhamad Shahfaly dipapah beberapa rakannya keluar dari perkarangan sekolah ketika datang menjemputnya kira-kira jam 12.15 tengah hari, Jumaat lalu.

“Saya geram apabila melihat kesan tapak kasut di belakang baju anak sulung saya itu dipercayai akibat ditendang pelajar yang membelasahnya.

“Lebih memilukan, semua guru seperti tidak peduli kejadian anak saya dibelasah dan seolah-olah terkejut apabila dimaklumkan perkara itu,” katanya.

Anoar mendakwa guru sekolah berkenaan gagal memberi rawatan kecemasan kepada anaknya walaupun dia dipaksa keluar oleh suspek dari dalam kelas ketika guru sedang mengajar.

“Saya membawa Muhamad Shahfaly ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) di sini, untuk rawatan dan doktor mengesahkan tulang bahunya terkehel, lengan kiri patah serta terpaksa menerima jahitan di kening kiri,” katanya.

Berikutan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat di sini, kira-kira jam 7.30 malam Jumaat lalu.

Menurutnya, Muhammad Shahfaly diberi cuti sakit 11 hari dan dibenarkan keluar dari HTF petang kelmarin, dan kemungkinan besar akan dipindahkan ke sekolah lain demi keselamatan serta mengelak terus dipukul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, polis sudah menahan empat pelajar sekolah berkenaan di rumah masing-masing, malam kelmarin.

“Keempat-empat pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun ditahan selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan parah terhadap mangsa,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan empat pelajar ditahan di Balai Polis Kangar untuk menunggu perintah reman.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis (JPP) ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu selain menyerahkannya kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, dua pegawai JPP sudah melawat Muhamad Shahfaly di HTF dan akan berjumpa dengan pemangku pengetua SMK Syed Safi hari ini berhubung kejadian itu.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat tidak dapat dihubungi kerana menghadiri mesyuarat di luar negeri ini.

* budak sekolah zaman sekarang semakiin bersopan santun sikapnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2011 07:54 AM | Show all posts
ishhhh..apa nak jadi dgn budak2 sekarang.....nak jadi samseng tak perlu belajarla..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 08:04 AM | Show all posts
betul2 samseng kampung dusun punya pangai!!!

yg cikgu tu pulak dok diam aje ke x mau leraikan...kalau aku le jadik cikgu kat situ sure ‘mati' budak2 tu aku kerjakan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 08:41 AM | Show all posts
dulu nampak cikgu bahasa melayu pon daah takut..nikan cikgu disiplin..
sekarang budak2 nmpk cikgu mcm nampak adik2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 08:43 AM | Show all posts
xde ulasan dari guru tu..
xle anggap guru tu tk kisah..

kna dgr dari 2 blah pihak..
barula dikatakan analisis..

jgn jadi cm utusan sudah.. dgr sblh pihak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2011 08:46 AM | Show all posts
dulu nampak cikgu bahasa melayu pon daah takut..nikan cikgu disiplin..
sekarang budak2 nmpk cikgu m ...
rienafaiz Post at 7-3-2011 08:41


nak buat macamana?
mak bapak sendiri melenting siap nak saman bagai bila anak kena hukum sikit dgn cekgu
camana cekgu nak buat kerja?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2011 08:49 AM | Show all posts
sekarang ni kat sekolah 70% cikgu perempuan... 30 cikgu lelaki pulak... 20%nya ala2 auwww gitu, tinggal 10% lagi... yg setengah dpdnya masuk dlm kategori super heavyweight... habis cam no???
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 08:55 AM | Show all posts
kalau kat sekolah pundah tak selamat ,macam mana nak belajar ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2011 08:57 AM | Show all posts
nak buat macamana?
mak bapak sendiri melenting siap nak saman bagai bila anak kena hukum sikit  ...
koboi Post at 7-3-2011 08:46



    dulu x pandai ngadu2 kat mak.tapi skrg budak2 kena skit dah ngadu kat mak bapak.mak bapak dtg sekolah marah2 cikgu.kesian cikgu zaman skrg.kawan aku dulu jd cikgu sementara kat sekolah area2 lembah krmat.byk la dia cite pasal budak2 tingkatan 4-5 ni.Manja terlebih.tapi gangster kat sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 08:58 AM | Show all posts
masalah disiplin di sekolah perlu ditangani oleh semua guru....bukan mengharapkan guru disiplin semata2...

sikap guru yang 'menutup mata' terhadap kejadian ini sangat mengecewakan... kerana ini akan menyebabkan 'pelajar baik' yang lain takut untuk mengambil tindakan 'melaporkan' sekaligus menyebabkan masalah disiplin di sekolah menjadi  semakin berleluasa....

saya sendiri di sekolah..tidak ragu-ragu untuk menghukum pelajar walaupun saya bukan guru disiplin..namun saya pastikan saya mempunyai 'dokumen sokongan' yang berupa laporan salah laku murid agar ibu bapa tidak boleh mempertikaikan tindakan saya...

namun harus diingat...biarlah tindakan yg diambil tujuannya untuk memberi pengajaran.. bukannya untuk mendatangkan kesakitan atau kecederaan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 09:00 AM | Show all posts
teringat kejadian ala2 samseng kat sekolah anak ana, benda ni berlaku sblm cuti Raya tahun lps, group budak2 samseng dalam sekolah bawak geng diaorg luar sekolah dan nak belasah pak guard sbb pak guard x benarkan diaorg main mercun dalam kawasan sekolah
apa yg ana nampak sendiri, budak2 nih kat luar sekolah dok baling tepung then bawak batu sebesar penumbuk serta kayu sebesar lengan dalam lbh kurang 10 org dan bangsa bebdk nih ialah melayu, india dan sikh (kiranya 1 M'sia kot) pakat nak bantai pak guard, yg pelik xde sorang guru pun yg nak amik tahu diaorg pakat2 balik, yg ana nampak cuma bdk2 form 5 dan form 6 yg pertahankan pak guard dan halau bdk2 samseng tuh, last2 ana gak yg tepon polis kajang mintak diaorg dtg dan ana ckp "ada org kena bunuh"

mungkin guru2 mls nak maik tahu sbb takut kena saman tp dah jadi cam budaya samseng sekolah lak
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 09:02 AM | Show all posts
Reply 1# koboi


bebudak zaman sekarang lemak....patut rotan masa perhimpunan sekolah...baru semua kecut...
zaman aku dulu aku sebagai pengawas aku tangkap budak2 hisap rokok dalam tandas sekolah...bawa pi bilik pengetua dan sebat la..la tu juga...
sapa pun tak berani lawan aku...sebab aku antara yang berbadan besar dan tegap kt sekolah  
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 09:02 AM | Show all posts
takutnya bila cikgu2 sdiri x ambil pusing pun hal2 disiplin murid wlaupun blaku depn mata...

cikgu pun takut jugak kalau keta diaorg kn calarkan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 09:06 AM | Show all posts
Cikgu takut kene blasah skali..terpaksa diamkan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 09:06 AM | Show all posts
Pengetua goyang kaki sambil dpt merasai kenaikkan elaun bulanan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 09:16 AM | Show all posts
Difahamkan, dua pegawai JPP sudah melawat Muhamad Shahfaly di HTF dan akan berjumpa dengan pemangku pengetua SMK Syed Safi hari ini berhubung kejadian itu.
koboi Post at 7-3-2011 06:58

eeeiii tak paham aku... benda ni berlaku dalam sekolah, dalam kelas. awat la plak pegawai JPP yg tak de kene mengene sgt ngan sekolah tu yg kene jumpe pengetua? patutnye pengetua la yg amek tau pegi melawat budak ni... don't tell me yg pemangku pengetua ni dpt tau dr paper...

nilah cikgu zaman skrang....tau makan gaji jek.  tak reti langsung nk stand up for the right.  kalau cikgu perempuan skali pun, ape takkan takleh nak halang budak tu ke, ugut pggl polis ke....

bingai!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2011 09:25 AM | Show all posts
betul2 samseng kampung dusun punya pangai!!!

yg cikgu tu pulak dok diam aje ke x mau leraika ...
nottycat Post at 7-3-2011 08:04


SEKADAR BERKATA KATA BOLEY LA......ketika ini bidang guru amat terbatas
bidang tugas adalah mengajar untuk mengejar akademik
tak seperti dulu bidang guru adalah mendidik anak murid .......
so anak murid kini meymang tak respek pada guru.....
zaman dulu murid amat gerun/rspek pada guru
tapi zaman berubah akademik lebih penting daripada siasiah peribadi murid
bidang kuasa guru di bataskan... jika lelebih plak..... makpak pakcik sedara mara
datang ke sekolah menyerang guru... tu blom lagi guru di kenakan tindakan mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 09:28 AM | Show all posts
Buat Baik Dapat Sakit
Oleh Rashidi Karim
      

SAKIT...Muhammad Shahfaly yang terkehel tula ...
koboi Post at 7-3-2011 06:58


miong ke haper cikgu yg tgh mengajar tuh!
apasal tak jaga anak murid di bawah penjagaannya
hish.. buat rosak nama baik cikgu2 yg lain jer!sengal betoi!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 09:29 AM | Show all posts
knp x antr hosp?
kene belasah kul 11am, bpak dtg ambik kul 12.15
merana bdk tu kesakitan selama 1 jam lebih
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 09:31 AM | Show all posts
kalau cikgu ambik kisah ,kang tak pasal2 kereta cikgu ke, rumah cikgu ke dapat 'imbuhan'. tak pun silap aribulan cikgu tu pun dapat 'habuan'..cikgu diammm pun tak boleh, salah sbb tak membantu... jadi cikgu zaman nih serba salah jugak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.054590 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list