View: 16089|Reply: 75
|
Netizen Ternganga Dengar Jalaluddin Hassan ‘Speaking’ Inggeris Kongsi Pengalaman Berlakon
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini tular satu video memaparkan pelakon hebat Datuk Jalaluddin Hassan yang berkongsi pengalamannya sepanjang berkecimpung di dalam industri hiburan kepada seorang pempengaruh berbangsa Inggeris bernama Alexey Brock.
Menerusi video dimuat naik Alexey di TikTok, Jalaluddin mendedahkan pada awalnya dia mahu menjadi seorang penyanyi dan bukanlah seorang pelakon.
"Saya sebenarnya mahu jadi seorang penyanyi dan bukanlah seorang pelakon tetapi ada satu perkara yang berjaya mengubah fikiran saya."
"Ketika saya berusia 17 tahun, saya rasakan berlakon merupakan kerjaya yang lebih mencabar berbanding menjadi seorang penyanyi.
"Ini kerana kita perlu menjadi ‘orang’ lain jadi itu merupakan satu cabaran terbesar buat mana-mana pelakon."
Dalam pada itu, Jalaluddin memaklumkan bahawa dia perlu berdepan dengan pelbagai cabaran sewaktu awal penglibatannya di dalam industri lakonan kerana ketika itu dia sudah pun berada di fasa usia 30-an.
"Saya sudah berkecimpung dalam bidang ini hampir 30 tahun tetapi boleh saya katakan bahawa saya memulakan karier lakonan saya agak lambat. Pada ketika itu umur saya sudah menjangkau pertengahan 30-an.
"Saya berdepan dengan banyak cabaran serta susah payah untuk meletakkan tempat seperti mana yang saya kecapi ketika ini."
Di akhir video tersebut, pelakon berusia 70 tahun itu sempat menitipkan pesan buat Alexey agar memperbetulkan niat sekiranya mahu menjadi seorang pelakon yang hebat.
"Sebagai seorang pelakon, anda kena tahu apa yang anda inginkan dan perbetulkan niat anda. Adakah niat anda sekadar mahu menjadi seorang yang popular?"
"Sekiranya itu adalah tujuan utama, mungkin saya juga tidak akan kekal lama di dalam industri lakonan ini."
"Jadi, perbetulkan niat anda dan berusaha untuk menjadi lebih bagus dalam membantu membangunkan lagi industri hiburan di negara anda."
Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya dan apa yang menarik ialah, netizen begitu terpegun mendengar Jalaluddin berbahasa Inggeris.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan Jalaluddin mempunyai aura dan ‘class’nya yang tersendiri sewaktu berkongsi pengalamannya sebagai seorang pelakon kepada Alexey.
Sumber: TikTok Alexey Brock/OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang next levelnya chuols? iols rasa slanga yang biasa orang mesia cakap BI, cuma disebabkan heols berlakon drama Melayu dan tak guna English, maybe bbnu rasa macam wow girtuh..orang lama2 biasanya sekolah aliran Inggeris dan memang reti speaking dengan sangat fasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kagom ni mmg jarang speak English ke apa ? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi ni influencer mat salleh mana lagi nak cari makan dkt Malaysia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu lerr audience yg nengok konten gini spesis tdo waktu cikgu english ngajo.
Nengok org ckp proper basic English pn dh impress yakmat.
Amende yg nex levelnye ntah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by missbigrockstar at 16-3-2024 10:53 PM
Pada aku sedap dia cakap. Mcm Tun Det speaking juga. English slang Kedah relek ja. Articulate, jelas sebutan sebiji2, choices of words bagus, yang penting message sampai, takda nak slang2 fake mcm puteri balqis or bini pijo |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tahun 2024 weiii... Sudah sudah la terencat akal nengok org ckp english. Skrg ni dah sampai tahap budak india pun dah pandai ckp cina, budak cinapun dah ckp india. Budak melayu je dok english ke hulu english ke hilir. Org putih pun dah fasih ckp melayu. Org putih kat luar sana dok sibuk belajar 7 bahasa dah. Tak siapa dah heran dgn english ni. Sistem human translator dah applied dah kat mana mana. |
|
|
|
|
|
|
|
die kn org lama... dah tentu die amik sekolah ingeris.. apa yg pelik nye... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Incanto at 16-3-2024 11:12 PM
setuju 100%
proper English tapi takyah slang bagai
zaman aku sekolah dulu ada drama English lakunan Tok Jalal, acik Ogy, Tony Eusoff.....masa tu aku dah tahu tok Jalal punya English bagus
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 16-3-2024 10:03 PM
apa yang next levelnya chuols? iols rasa slanga yang biasa orang mesia cakap BI, cuma disebabkan heo ...
Yg pelik tu mesti tak penah tgk lakonan tok jalal masa muda
Tok jalal tu bukan pelakon yg selalu jd abah2 kat kg
Jd penoreh or nelayan
Zaman muda dia ala urban gak
Dedulu drama melayu zaman 90an tu byk guna BI lelagi drama kuasatek arwah mohd noor kadir
Tok jalal masa muda dialog kemain meleweh romantis ngn slang bagai
Pasangan dia aida rahim tu pun sama ada slang juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku harap bdk Qawiy tu ajak Datuk Jalal mengaji nnt.. mesti lagi impressive dr netz dgr dia ckp English ni
Btw mungkin Datuk Jalal sekolah aliran English dulu.. zaman2 LCE MCE
Mcm Aznil ckp dia batch terakhir aliran English |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat ni lah duduk sini under tourist visa atau ada work permit? Siap dpt job berlakon teater. Mudah2 gitu dia diangkat meleis dan terus bagi peluang jadi retis. |
|
|
|
|
|
|
|
Netizen sikit2 nganga walau takat gitu je pun cakap omputehnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Atok jalal kan pernah jadi cikgu tuition english sebelum jadi pelakon. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang komen kagum tu mesti BI tak kredit SPM.. Dan mungkin gagal.
Dia memang ada basic English. Tapi kalau korang pernah tengok Who Wants To Be A Millionaire versi Malaysia, mmesti korang dapat flashback cara dia pronounce "millionaire"
Tak payah pergi jauh time travel. AJL baru-baru ni pun dia sebut MASDO jadi "must do"... Apoooooooo...??? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka dgr uncle2 aunty2 sembang in english yelah diorang idup zaman british, skolah pun aliran itu jadi auto sedap cara cakap sebutir2 jelas perkataan. Sapa yg dr blah utara lagi sedap bunyi idgham dia bila skipping |
|
|
|
|
|
|
|
Lorrrr.. normal je English dia tu... netizen ni thp english dia mcm mana? Smpai nk terkagum. Utk warga emas mcm tokjalal mmg normal boleh speaking. Dia pun raised dlm educated family. Apa daaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Malunya i baca komen2 bbnu bodoh tu basic english je noksss , slang apa pon tarak. Boleh plak yg chinese name tp melayu tu puji ke tahap tu skli.
I yg malu bg pihak tok jalal sbb komen2 diaorang mendowngradekan iq atok jalal n nmpk la masing2 yg komen tu jnis bdk2 kelas belakang |
|
|
|
|
|
|
|
takkan tok Jalal tak reti ngaji
bapa dia ustaz tersohor arwah Ustaz Hassan Azahari yg ajar ngaji kat TV
tak tahulah kot masa kecik dia rebel cabut lari bila kena ngaji
|
|
|
|
|
|
|
| |
|