View: 10111|Reply: 9
|
[Tempatan]
Lelaki mengaku tak salah dakwaan suruh budak 6 tahun gigit kemaluan
[Copy link]
|
|
Lelaki mengaku tak salah dakwaan suruh budak 6 tahun gigit kemaluan
Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mac 20, 2024 @ 3:25pm
bhnews@bh.com.my
Hafiz Aznan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal membabitkan kanak-kanak berusia enam tahun Ogos tahun lalu. - NSTP/AMINAH YUSOF
BALIK PULAU: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan kes amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan pada Ogos tahun lalu.
Mohamad Hafiz Aznan, 30, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.
Berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit didakwa menyuruh kanak-kanak berkenaan yang ketika itu berusia enam tahun menggigit kemaluannya.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah pondok pengawal di Taman Saujana Damai di Bayan Lepas pada 25 Ogos 2023, kira-kira jam 6.20 petang.
Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Semasa prosiding, Jin Hong tidak menawarkan sebarang kadar jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan terbabit tidak boleh dijamin.
Mahkamah menetapkan 6 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Disgusting. Tengok muka heols ni pun rasa nak pijak. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh babinya!!! Ini la akibatnya kalau pemimpin no 1 negara bekas banduan jenayah seksual.... Menjadi suri tauladan kepada ummah |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi anjing rotweiler gigit btg hang lepasni. Haram jadah punya manusia |
|
|
|
|
|
|
|
sampah masyarakat, bahaya dibenarkan hidup |
|
|
|
|
|
|
|
euuuuwh pedophilia |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau jerejak perlu diwujudkan semula. Org mcm ni hntr je kat pulau jerejak. At the same time ltk la 2,3 harimau kat pulau tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jijik |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 20-3-2024 10:48 PM
Pulau jerejak perlu diwujudkan semula. Org mcm ni hntr je kat pulau jerejak. At the same time ltk la ...
Mcm citer ballerina vampire tapi ganti dgn rimau dan pulau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde set mcm set kelly yang sebok kata, "kenapa tak tutup muka, adakah sebab melayu?" |
|
|
|
|
|
|
| |
|