View: 7696|Reply: 59
|
Isteri Bodyguard Mangsa Tembak Tuntut Keadilan
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Isteri kepada pengawal peribadi yang parah terkena tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini menaruh harapan tinggi agar suspek kes itu segera dibawa ke muka pengadilan.
Wanita itu, Siti Noraida Hassan, 38, turut berharap lelaki yang mencederakan suaminya, Muhammad Nur Hadith, 37, kelmarin mendapat hukuman setimpal.
Katanya, tindakan itu adalah bagi memberi pembelaan buat suaminya yang kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.
“Suami saya masih dalam keadaan kritikal dan dijangka menjalani pembedahan susulan hari ini.
“Dia (suami) masih kritikal, tetapi pembedahan major masih belum dilakukan. Mungkin esok (hari ini), sekarang pihak hospital mahu menghentikan pendarahan dan memantau keadaannya supaya lebih stabil,” katanya kepada Kosmo! Di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi kelmarin, lelaki tempatan itu melepaskan dua das tembakan dari jarak dekat sekitar dua hingga tiga meter ke arah sasaran iaitu isterinya yang juga seorang ustazah.
Insiden tembakan itu menyebabkan orang ramai termasuk penumpang dan kakitangan di Terminal 1, KLIA cemas dan bertempiaran lari.
Ketika kejadian, wanita berusia lewat 30-an yang mempunyai syarikat agensi pelancongan itu sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di Balai Ketibaan Terminal 1, KLIA.
Lelaki itu dikatakan melemparkan satu mercun dan cuba menghampiri isterinya sebelum melepaskan dua das tembakan dari jarak dekat yang mengenai seorang pengawal peribadi wanita berkenaan.
Selepas melepaskan tembakan, lelaki itu melarikan diri dengan sebuah kereta dan dipercayai menuju utara.
Senjata yang digunakan lelaki itu merupakan pistol semi automatik dengan peluru kaliber 9 milimeter (mm).
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Susulan kejadian itu, polis memberkas suspek di Kota Bharu, Kelantan. Turut dirampas sepucuk pistol yang dipercayai digunakan semasa kejadian berdarah tersebut.
Siasatan masih diteruskan bagi mengetahui motif sebenar kejadian.
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
harap-harap ada laki ada carum socso..
kalau cacat or mati ada la juga pampasan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jadi bodyguard ni, boleh amik perlindungan insuran macam orang biasa2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bnyk persoalan kat sini.
Soalan pertama sekali mcm mn org awam blh ada pistol? Ha sapa nak jawab ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
apply lesen boleh je.. tak apply pun boleh..beli secara haram..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak, itu risiko kerja laki awak. So, sabar ye. Majikan dia kena tanggungjawab juga jaga kebajikan akak... takkan la trauma 24 jam. Si setazah Farah Cia tu pun jenis fake jugak, kata ada masalah dah 7 tahun, tapi propa gambar peluk2, loving2 ngan i laki psiko tu...janji berlaki, sampai la nak kena bunuh.
#KLIAproblem
- Polis Bantuan / Security KLIA tak function
- Tak boleh cam atau sense ancaman, walaupun takde weapon/scanner tempat arrival tu, tak suspicious ke si bangang tu main redah masuk je terus tembak.
- Lepas dia lempar mercun bola, dalam Arrival Hall, takkan tak ada yang alert terus?
- Lepas lempar mercun, acu pistol, tembak, takkan tak ada pegawai keselamatan yang lepaskan tembakan amaran? atau hempuk si bangang tu?
- Jarak dia nak lari daripada dalam hall ke parking sangat jauh seberang jalan dua hala pick up point tu ye, takkan tak dapat kejar, mustahil dia parking kat luar tempat pick up tu sedangkan nak benti pun kena pekik ngan security?
- Gambar-gambar media semua tunjuk, kawasan tu takde ramai petugas keselamatan pun. |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 16-4-2024 11:43 AM
apply lesen boleh je.. tak apply pun boleh..beli secara haram..
Beli secara haram. Ha tu point dia.
Mcm mn blh beli secara haram? Sapa jual? Ada kilang buat pistol ke kat msia ni?
Of course la tembus dr sempadan negara kan? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh je apply, tapi syarat memang ketat
tapi kalau ada terlibat dengan badan beruniform contohnya RELA, sukarelawan bomba/polis, maka lebih mudah dapat lesen
sebab tu la ada VIP2 termasuklah yang non malay yang daftar jadi RELA dan sukarelawan lain
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 16-4-2024 11:59 AM
boleh je apply, tapi syarat memang ketat
tapi kalau ada terlibat dengan badan beruniform contohnya ...
Mmg blh apply tp kena justifikasi yg kuat. Kalo ko setakat jd machai pastu ada rekod jenayah cmfrm x kan lulus punya. |
|
|
|
|
|
|
|
dah kerja dia memang berisiko macam tu
tapi kejadian baru2 ni jarang jarang sangat terjadi
kerja2 berisiko ni
kena ambik lah insurance nyawa dan hibah
ingat anak bini
bini2 pula
kalau siami tak ambik
uols ambikkan utk dia dan bayar
letak nama uols as penerima
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni suh tok laki jadi pilot darat sis
besciter |
|
|
|
|
|
|
|
Die xtau ke salah satu risiko pekerjaaan suami die?
Mase laki die decide nk jd bodyguard, x terpk ke bende ni? |
|
|
|
|
|
|
|
asal chuols2 semua pertikai statement bini bodyguard ni
klu die kata redha je kang korg bising jgk
dh dia bersuara mntk keadilan pun bunyi jgk
anyway nk tau jgk statement cia2 tu psl insiden yg berlaku ni:
1. psl tok laki sewel dia
2. psl bodyguard die, as a majikan, as a person yg diselamatkan nyawanya, betul2 guard dgn body die
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga walaun berjaya ke tali gantungg ..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
1. senjata tu dia beli secara haram dari orang siam dari siam.
2. masa kejadian, dia lempar mercun dan terus lepaskan tembakan.
3. insurans boleh apply kena tgk syarat2 company insurans dulu, mungkin lepas atau tak atau mungkin mahal.
4. orang awam boleh apply senjata api tapi syarat ketat dan susah nak lulus.
5. Selepas lepaskan tembakan, ada polis klia kejar dan saspek lari ke kereta dan terus keluar |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan dpt pampasan la..
Niqobis dan setad penunggang agama tu both scammer..
50k pun si purdah tu buleh tipu mutawif... ini kan kau pencacai dia |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 16-4-2024 03:18 PM
asal chuols2 semua pertikai statement bini bodyguard ni
klu die kata redha je kang korg bising jgk
...
Tambah lg.. si setajah berniqob tu juga seorang scammer |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 16-4-2024 03:30 PM
Semoga walaun berjaya ke tali gantungg ..
Wowww kemain profile pic cover photo setad jadian penunggang agama |
|
|
|
|
|
|
|
bukan kah kerja bodyguard untuk body-guard ?
moga ada insurans... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg itu tgjawab bodyguard utk gadai nyawa untuk lindungi, client. cuma dalam kes ini kenapa wanita tersebut perlukan bodyguard? mesti ada kes2 sebelum ini yg dia dapatkan khidmat tersebut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|