kredit foto : Suara Merdeka
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek kes serangan bersenjata di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru berjaya ditembak mati di lokasi kejadian.
Dalam laporan Harian Metro, hasil siasatan mendapati suspek merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI). Kini, pihak polis masih menyiasat motif utama serangan dan apa agenda JI yang sebenarnya.
Maklumat diperoleh selepas pihak polis menyerbu rumah suspek yang berumur 21 tahun itu. Di rumah suspek, turut mempunyai beberapa info berkenaan kumpulan JI selain banyak ayat al-Quran yang ditampal di dinding.
"Rumah suspek turut mempunyai beberapa info berkenaan kumpulan JI selain banyak ayat al-Quran yang ditampal di dinding."
"Bapa suspek berusia 62 tahun turut dikenal pasti sebagai anggota JI."
Hadir sama, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.
Susulan itu, Razarudin mengarahkan polis mengenal pasti anggota JI di negeri ini bagi siasatan lanjut.
Katanya, kira-kira 20 anggota JI sudah dikenal pasti polis dan tindakan susulan sedang segera dilakukan.
Setakat ini, pihak polis telah menahan kesemua lima ahli keluarga suspek yang dipercayai anggota JI. Mereka yang berusia antara 19 hingga 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber : Harian Metro |