CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6362|Reply: 4

[Jenayah] Ini rupanya kerja korang ye.....

[Copy link]
Post time 22-5-2024 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkaypoh at 22-5-2024 09:28 PM

KUALA LUMPUR: Polis menahan 13 warga asing disyaki terbabit kegiatan penipuan tawaran kerja dalam talian dalam serbuan di dua unit kondominium mewah di Jalan Ceylon, Bukit Bintang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata serbuan bermula jam 8 malam itu hasil risikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau berkata, seramai 13 warga asing termasuk dua wanita berusia lingkungan 23 hingga 38 tahun ditahan dalam serbuan itu.

"Hasil risikan mendapati dua unit kondominium itu dijadikan pusat panggilan sindiket penipuan tawaran kerja.

"Siasatan mendapati sindiket ini yang baru aktif sebulan menyasarkan mangsa di luar negara iaitu di United Kingdom dan China," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, semua warga asing yang ditahan dipercayai berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan.

Dalam serbuan itu, juga katanya polis turut merampas tujuh set komputer riba, 21 telefon bimbit dan sebuah modem.

"Semakan mendapati kesemua yang ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Mereka kini direman selama tiga hari mulai hari ini hingga Jumaat untuk siasatan mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan," katanya.
BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg hantar ke Vietnam, Myanmar tu penipuan dari geng2 ni tak?...tolong sembelih mereka ni hidup2 atau kasi tembak terus mampos
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ramai scammer sebab dilindungi banyak pihak.

Kalau tangkap orang yg main isu 3R sekejap je dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 22-5-2024 10:42 PM
Malaysia ramai scammer sebab dilindungi banyak pihak.

Kalau tangkap orang yg main isu 3R sekejap je ...


....jugak lelaki yg beronani..lelaki yg tunjuk anunya..pon cepat jugok kena tangkap.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 22-5-2024 10:44 PM
....jugak lelaki yg beronani..lelaki yg tunjuk anunya..pon cepat jugok kena tangkap.....

Kan...yang kes scammer telefon banyak kali dan kes berulang kali susah betul Polis nak siasat dan tangkap.

Kalau kes onani cepat betul siasat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pencinta WordPress | Senarai2 Terpopular WordPress Page Builder PERCUMA
vectorismPencinta WordPress | Senarai2 Terpopular
Views : 19673 Replies : 3
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 13167 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1126077 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.345298 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list