Edited by stingerkaypoh at 23-5-2024 11:04 PM
Menerusi video tular berdurasi kurang 1 minit itu, dapat dilihat si ibu menyuap makanan anak ke dalam mulut bayinya yang hanya berusia 10 hari.
Tindakan tersebut sudah tentunya menerima pelbagai komen daripada warganet kerana ia boleh menyebabkan bayi tidak sihat dan kematian.
Namun si ibu tetap dengan pendiriannya mengatakan cara tersebut adalah baik dan tidak membahayakan kesihatan anaknya.
Menjengah ke video lain, si manjanya itu kini sudah berusia 5 bulan dan dalam keadaan sihat seperti yang diinginkan oleh warganet.
Rata-rata juga meninggalkan komen memberi nasihat kepada ibu tersebut untuk tidak mengulangi perkara ini lagi kerana ia sangat membahayakan.
Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 6 juta tontonan di laman TikTok. Diharapkan ibu-ibu di luar sana tidak melakukan tindakan ini dan sentiasa menambah ilmu tentang penjagaan bayi.
Semoga bermanfaat!
|