View: 20736|Reply: 224
|
Bergandingan Dengan Penyokong Kuat Israel, Adalah Sangat Mengecewakan!
[Copy link]
|
|
Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin menerima kecaman aktivis anti-Israel apabila dia dijadual berkongsi pentas dengan penerbit dan komposer terkenal, David Foster menerusi Konsert Eksklusif `Hitman Returns – David Foster and Friends’ di Jakarta, Indonesia, malam ini.
Boycott, Divestment, Sanctions for Malaysia (BDS Malaysia) dalam satu kenyataan berkata penyertaan Siti Nurhaliza itu jelas sangat mengecewakan di saat ribuan rakyat Palestin dibunuh tentera rejim Zionis Israel.
“Persembahan ini dianjurkan oleh pengubah lagu terkenal David Foster yang berasal dari Kanada. Beliau juga adalah seorang yang sangat kuat menyokong rejim Zionis Israel.
“Beliau sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis Israel dalam acara yang dianjurkan oleh `Friends of Israel Defence Forces’ (FIDF).
“Dalam keadaan sekarang di mana lebih daripada 36,000 rakyat Palestin telah dibunuh dengan kejam oleh tentera rejim Zionis Israel semenjak 7 Okt 2023 dan masih terus melakukan pembunuhan kejam di Gaza dan Tebing Barat, keputusan Datuk Seri Nurhaliza untuk menyertai persembahan yang dianjurkan oleh David Foster adalah sangat mengecewakan," tegas kumpulan pendesak itu.
Untuk makluman ini bukan penyertaan kali pertama penyanyi nombor satu negara itu berkongsi pentas dengan David Foster.
Siti pernah bergandingan dengan David Foster pada Ogos tahun lalu menerusi Konsert Eksklusif 'Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023' di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, di Kuala Lumpur.
Justeru, BDS Malaysia menggesa semua pihak termasuk artis tempatan menunjukkan sikap yang lebih peka terhadap kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini.
"Tindakan paling minima yang boleh dilakukan ialah memboikot rejim Zionis Israel serta organisasi dan individu yang terlibat secara langsung dengan kezaliman yang sedang berlaku di Palestin," kata BDS Malaysia.
Malaysiakini telah menghubungi pihak Siti untuk mendapatkan komen penyanyi tersebut mengenai perkara itu.
Menurut poster di laman Instagram penyanyi itu, Siti dijadualkan membuat persembahan dalam konsert yang akan diadakan di Indonesia Convention Exhibition (ICE) di BSD City, Jakarta.
Konsert itu turut menampilkan Brian McKnight, Jessie J, dan penyanyi pop dan R&B Indonesia Afgan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
David foster - Republican. Republican and Dems dua2 support Israel. Trump pun support Israel. |
|
|
|
|
|
|
|
maybe CT accept atas dasar professionalism? bukankh CT juga antara yg aktif berkenaan isu Palestin? |
|
|
|
|
|
|
|
CoffeeOverdose replied at 16-6-2024 03:10 AM
maybe CT accept atas dasar professionalism? bukankh CT juga antara yg aktif berkenaan isu Palestin?
Iyaaa betul |
|
|
|
|
|
|
|
X rasa dia kesah duit n fame lg penting mcm dia buat konsert dlu waktu x sesuai kna kecam pun teruskn jgk…. Tp apapun tgklah dia cancel ke x nnti. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pulak alasan dia kali ni. |
|
|
|
|
|
|
|
wow bella & gigi hadid tu pernah jadi anak2 tiri dia lama kot. kalau taknak support diaorang & palestine,senyap2 la. jahat david foster ni. kecewa i,dengar lagu dia sejak kecik sebab abng suka beli album dia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Binderclips at 16-6-2024 09:02 AM
CoffeeOverdose replied at 16-6-2024 03:10 AM
maybe CT accept atas dasar professionalism? bukankh CT juga antara yg aktif berkenaan isu Palestin?
Artis dan influencer lain yg kne blockout sblm ni sbb promote brand israel pon accept job atas professionalism. Apa beza dgn dct? Sbb dia penyanyi bernombor ke menyebabkan org lain x kisah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 16-6-2024 06:48 AM
Apa pulak alasan dia kali ni.
Duit dr konsert ni nk derma kat gaza |
|
|
|
|
|
|
|
Si Katharine McPhee tu tak relevant langsung dalam concert ni.
Boleh tak aku tuduh yang dia dapat perform sebab David Foster tu suami dia.
Anyway, ada bukti kukuh tak yang si David ni support zionist? Aku malas nak Google |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kenal David Arumugam je. |
|
|
|
|
|
|
|
gucci_advocate replied at 16-6-2024 08:56 AM
Si Katharine McPhee tu tak relevant langsung dalam concert ni.
Boleh tak aku tuduh yang dia dapat p ...
Kalau dtg dr agensi yg menggerakkan boikot dan block apa-apa yg berkaitan dgn israel, maknanya btol la yg david foster ni penyokong israel |
|
|
|
|
|
|
|
And friends? Napa tak david foster, WIFE & friends? |
|
|
|
|
|
|
|
Minah ni masalahnya masa mufti tegur konsert dia haritu laki kertu dia guna alasan terpaling tunggang palestine.kali ni masa arafah boleh pulak dia melalak bersama zionist n friends.harap jgn la buat alasan ..ini soal principal jugak kan??sapa ko suh kulukilir tersedu sedan pasal sekolah ko kt palestine.org tu pegi event support idf kotttt |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkah dh agak dh
Yelah dia kn kena kerja keras nk tanggung anak ikan dia (read: dk) & anak menakan dia
Bak kata acik f alangkan mufti pun tunduk ngan ctpoh inikan pula netijen |
|
|
|
|
|
|
| |
|