Pada awal minggu ini kita dikejutkan dengan insiden dua maut akibat keracunan makanan selepas makan telur dan mihun yang disediakan program sekolah. Insiden itu telah mendapat perhatian Chef Wan.
“Kebanyakkan orang melayu kita yang meniaga ini, mereka tiada ilmu tentang kebersihan dan keselamatan penyediaan makanan,” komen Chef Wan berhubung insiden itu.
Menerusi perkongsian video TikTok @maskulinmy, Chef Wan menjelaskan bakteria yang ada mudah membiak sekiranya makanan tidak dikendalikan dengan betul.
Chef Wan juga menekankan bahawa dengan cuaca terik di Malaysia, suhu tinggi memberikan ruang dan peluang untuk bakteria membiak dengan lebih mudah.
Beliau memberikan contoh, apabila makanan panas disimpan dalam bekas tertutup serta-merta, wap yang terhasil dalam bekas itu akan menjadikan suhu terbaik pembiakkan bakteria.
“Sebab itulah nasi goreng, mi goreng dan sebagainya cepat basi,” katanya.
Tambah Chef Wan lagi, ada ramai peniaga ‘tamak’ yang mahu menjual pelbagai benda. Namun hanya memiliki kuantiti peti sejuk yang terhad untuk menyimpan kesemua masakan di dalamnya.
Apabila penyedia katering menerima tempahan yang tinggi, kesemua makanan disumbat di dalam peti sejuk. Lalu menyebabkan peti sejuk tidak lagi sejuk dan memudahkan virus dan bakteria membiak.
“Jika kita mahu hantar makanan katering, kita perlu sejukkan secepat mungkin dan simpan di dalam peti sejuk.
“Saya rasa semua orang dekat sekolah patut hantar mereka (katering) menghadiri kursus penyediaan makanan bersih & selamat.
“Bila mereka sudah ada sijil, barulah benarkan mereka mengendalikan katering untuk orang awam,” cadang Chef Wan.
Di dalam video itu juga, beliau menyatakan negara US tidak membenarkan sebarang perniagaan dibuat dari rumah atas sebab-sebab kebersihan dan keselamatan.
“Tapi di sini (Malaysia) semua orang boleh meniaga. Tapi kosong ilmu kebersihan.
“Andai kata anda tanya mereka apa jenis kuman, suhu — kosong, kosong. Asal boleh masak saja, jual-jual,” tegasnya.
Terdahulu, dua maut selepas memakan telur dan mihun yang disediakan untuk satu program sekolah.
Menurut laporan Harian Metro, 82 daripada 247 orang mengalami gejala keracunan makanan selepas memakan sarapan pagi berupa bihun goreng dan telur mata.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata insiden itu disyaki disebabkan kedua-dua makanan itu yang didakwa sudah berubah rupa dan rasa.
SUMBER
TikTok @maskulinmy
Harian Metro
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Melayu saja ke pokcik? Aku rasa pengendali makananan yang datang dari negara Konoha Nusajaya pun sama!
Aku makan nasi lemak yang pekerjanya dari sana di selatan Semenanjung. Lepas makan, aku kena cirit-birit tau! Dahlah ayam goreng tu berbau hanyir, sambal cili semata pedas rasa kosong!
Post time 17-6-2024 02:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
betul tu.. tapi kau pun memasak dok menceceh ceceh ntah berapa banyak air liur kau tersembur dalam tu. sama je dengan musuh kau diva aa. memasak sambil mencarut. bezanya kau masak berpakaian, musuh kau masak dalam keadaan bogel
Melantang2 je lah ko
Sebut je peniaga xperlu nk sebut bangsa
dh sembuh dari cancer tu start memekak balik
Masa sakit terlentang elok je dok diam2
Dah dpt nyawa mula la menyalak si bodoh
Post time 17-6-2024 06:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kurex replied at 17-6-2024 02:15 PM
betul tu.. tapi kau pun memasak dok menceceh ceceh ntah berapa banyak air liur kau tersembur dalam t ...
Hahaha btol kurex.. kaka dolu2 waktu skolah rendah suka tgk rancangan dia waktu bulan posa.. petang2 mesti tercongok.. walaupun waktu tu zaman tv kotak jauh sekali teknologi sekarang segala jerawat boleh nampak, kaka masih boleh nampak tersembur2 air lior itu..
Post time 17-6-2024 08:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Atok chep pitenah nampak. Yg bebondong2 meriahkan kursus pengendali makanan tu rata2 melayu. Yg lain pun ada tp kebanyakan mrk gajikan staf melayu. Tak kan sbb sorg dua buat silap kata kebanyakkan melayu lak. Ini sudah lebih
Post time 18-6-2024 01:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
damsel_fiji replied at 17-6-2024 10:26 PM
setuju jah..tp pembeli pun sama bodoh, paling aku pelik yg meniaga jeruk atas jalan, kotak simpan da ...
For real simpan dalam longkang...euww.
I sejenis avoid beli buah potong lepas kes kedai buah kena compound takde buku log suntikan anti thypoid. Inikan pulak penjaja atas jalan. No..no...I is kennot