View: 11658|Reply: 24
|
Dilantik pakar UMCCed, Siti Nurhaliza tunggu kenyataan rasmi pihak institusi - “Terima kasih kepada rakan-rakan media dan mohon maaf.."
[Copy link]
|
|
Didakwa tidak layak dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCCed), penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan melatah, sebaliknya menyerahkan kepada institusi terbabit mengeluarkan kenyataan rasmi.
Perkara tersebut disampaikan pengurusnya, Rozi Abdul Razak yang menyatakan Siti, 45, hanya dapat memberikan maklum balas sebaik pihak berkaitan mengulas isu terbabit.
“Buat masa ini Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan sempena pelantikan pakar di UMCCed kerana kenyataan rasmi harus dikeluarkan terlebih dahulu pihak berkenaan.
“Selepas kenyataan rasmi sempena pelantikan ini dibuat, Siti akan memberikan maklum balas kepada media mengenai perkara ini,” katanya menerusi kenyataan kepada Kosmo! Online.
Pada masa sama, pihak pengurusan penyanyi nombor satu negara itu turut menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang memahami situasi.
“Terima kasih kepada rakan-rakan media dan mohon maaf kerana buat masa ini Siti tidak dapat memberikan kenyataan,” ujarnya.
Sebelum ini di laman sosial kecoh apabila ramai individu mempersoalkan kewajaran personaliti popular terbabit diangkat sebagai pakar di UMCCed.
Menerusi sekeping poster yang tular, pelantikan pelantun lagu Biarlah Rahsia itu adalah bagi tempoh dua tahun.
Sebilangan netizen mendakwa, penyanyi terbabit tidak memiliki kelayakan akademik untuk diberikan jawatan tersebut selain berasakan gelaran itu seolah-olah merendahkan martabat Universiti Malaya (UM) sebagai institusi pendidikan ulung negara.
Begitupun, masih ramai menyokong pelantikan terbabit terutama daripada mereka di institusi pengajian tinggi yang beranggapan Siti layak diangkat bersandarkan pengalamannya selama tiga dekad dalam industri seni tanah air.
Ditubuhkan pada 1998, UMCCed adalah sebuah pusat pengajian di bawah Canseleri Universiti Malaya yang menawarkan Diploma Eksekutif sehingga program latihan dan pendidikan kursus pendek dalam pelbagai bidang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi yang tu tak rasmilah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkataan PAKAR tu rasanya tak sesuai. Mungkin boleh ubah ke gelaran/jawatan lain yang "mesra" dengan pengalaman dan kredibiliti beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhh isu david foster langsung x berani berkutik yach.nampak sgt isu umcced ni xde mende pun bagi dia.x menjejas periuk nasi dia pun |
|
|
|
|
|
|
|
Industry expert kan? Kena ada phd gak ke nak lantik pun? Umcced tu pun cater to working adults kn |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu , mungkin boleh ditukar ke perkataan Penasihat sebab Pakar ni mcm satu yang terlalu besar untuk diguna pakai dlm kes DCT ni. Penasihat aku rasa sesuai dgn pengalaman HER selama 3 dekad itu.Apa apa pun DCT makin slim n nampak makin muda.LOve.........
|
|
|
|
|
|
|
|
iols follow staff yg rapat ngn sheols. selalu ada byk igs tau psl apa2 konsert. for the 1st time iols tgk sheols pun x update apa2 lps event tu. lol.
|
|
|
|
|
|
|
|
saya bukan zoners so tak nak komen pape hahahaahaha! |
|
|
|
|
|
|
|
balik2 serahkan dekat pihak berkenaan, padahal hati tu membuak2 nak gelaran pakar tu kan? sama seperti biduanita negara, kata tak hadap tapi dok hitung masa dan hari nak dapat anugerah tu |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 26-6-2024 08:51 AM
iols follow staff yg rapat ngn sheols. selalu ada byk igs tau psl apa2 konsert. for the 1st time i ...
Dua lipa yg kapir tu pun lagi berani bersuara.. |
|
|
|
|
|
|
|
poster tu salah, sebab pakai logo UM, padahal UMCEED
last year dah ada benda ni, basically macam 'kursus' jangka pendek je
bukan siti jadi lecturer ke apa, bukan UM ada buat course seni suara pun |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 26-6-2024 08:22 AM
Fuhh isu david foster langsung x berani berkutik yach.nampak sgt isu umcced ni xde mende pun bagi ...
Khen? Ni dah sang dewi keluarkan statement tak payah statement dah la ambil la semua ambik, nanti jonah register la umcced utk jadi penyanyi
Pasal baju asrapzainal yg sheols pakai masa konsert foster tu pun sheols baru update lepas seminggu lebih konsert (dgn harapan netizen dah lupa agaknya). Memang tak berkutik isu tu, baik sheols/dewi/staf lain sepakat |
|
|
|
|
|
|
|
Pada iols lantak la umcced ke sesiapa pun nak ambik sheols ni appoint as “pakar” ke naib presiden kolej ke, pernah gak kan sheols kena appoint as apa entah kt kolej private ke uitm entah tu apa jadi dah capai kpi ke. Tapi sejak isu konsert pra ramadhan tu iols rasa tokti ni menongkat langit, degil sombong tapi berlapik dgn kata2 manis, hakikatnya she dont care, dia dgn tok kertu jela yg betul |
|
|
|
|
|
|
|
tak lama lagi dapat la pakai topi bulat tu tak pasal2
yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 26-6-2024 10:25 AM
Khen? Ni dah sang dewi keluarkan statement tak payah statement dah la ambil la semua ambik, nanti ...
Takleh bersuara nanti zionist marah |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 26-6-2024 10:29 AM
Pada iols lantak la umcced ke sesiapa pun nak ambik sheols ni appoint as “pakar” ke naib presiden ...
Ha ah ni level2 kolej swasta je.bukan kena hire academic.so xde isu |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak student terpaling PhD pun mengamuk...haha susah2 achik Ami boo post hari2 pasal PhD duit bayar study blabla...tiba2 ctdk yg takde degree ni pulak dapat gelaran pakar in education... |
|
|
|
|
|
|
|
Jap.
Pakar apa eik kat UMCEED tu?
1. Pakar nyanyian?
2. pakar vocal?
3. Pakar persembahan?
4. Pakar kesenian?
|
|
|
|
|
|
|
|
tulah tu. urgh nyampah tokti now.
|
|
|
|
|
|
|
|
Layak dapat biduanita negara... |
|
|
|
|
|
|
| |
|