CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33919|Reply: 88

Kejut suami pukul 4 pagi, isteri sedih ajakan ‘bersama’ ditolak

[Copy link]
Post time 17-7-2024 09:57 PM | Show all posts |Read mode




PASANGAN suami isteri yang cuba mendapatkan zuriat sanggup melakukan apa sahaja demi melengkapkan rumah tangga yang dibina.


Begitu jugalah dengan wanita ini yang terus berusaha selepas usia perkahwinannya mencecah empat tahun.


Bagaimanapun, tanpa diduga usahanya dirasakan sia-sia kerana suaminya seolah-olah tidak memberikan kerjasama.


Berkongsi cerita di laman Facebook, dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, sepanjang tempoh perkahwinan, suaminya tidak pernah melibatkan diri mahupun berikhtiar untuk mendapatkan zuriat.


"Empat tahun aku TTC (trying to conceive) tapi nampak macam aku seorang je yang berusaha nak dapatkan anak.


"Macam-macam aku belajar dan jelaskan pada suami tentang ikhtiar zuriat, segalanya aku ceritakan sebab dia sibuk dengan kerja," luahnya memulakan cerita.


Di peringkat awal perkahwinan, dia menganggap sikap suami berpunca daripada kekangan kerja namun lama kelamaan masih tiada perubahan malah dia terkejut apabila lelaki itu mula berkasar.


Jelasnya, baru-baru ini dia ada membuat ujian kesuburan iaitu Hormon Peluteinan (LH) dan keputusan menunjukkan dua garis.




Kembali bersemangat dan tidak putus harapan, dia mengejut suaminya yang sedang tidur bagi membolehkan hubungan intim dilakukan.


"Aku excited sangat apabila tiga hari lepas, aku cek LH naik double line terang... semalam, dalam pukul 4 pagi, aku cuba kejut suami tapi dia mengantuk dan aku reda.


"Tapi aku luahkan rasa sedih sebab tak dapat nak 'bersama' pada waktu subur ni. Aku pula yang dikata asyik fikir pasal tu (hubungan intim) sedangkan aku fokus pada waktu subur sahaja.


"Ya Allah betapa kecewanya hati aku... segala usaha yang aku buat untuk aku dan dia, aku beli macam-macam untuk dia, aku cerita macam-macam sebab dia tak ada masa dan sibuk kerja.


"Akhirnya, macam tu dia balas pada aku," luahnya dalam nada kecewa.


Rasa sedih yang membelenggu membuatkan dia nekad untuk berhenti berusaha mendapatkan zuriat.


Malah tindakan suaminya itu membuatkan dia merasakan diri seperti 'syok sendiri' kerana tidak mendapat sokongan daripada pasangan.


"Tak ada guna juga aku berikhtiar kalau aku seorang sahaja yang beria... sangat aku kecewa dengan kata-kata dia.


"Mulai hari ini, saat ini, detik ini... dengan rasa sedih dan kecewanya, aku tidak lagi ingin berusaha," tambahnya sayu.


Luahanya itu meruntun hati warga maya namun ramai yang memintanya supaya tidak berputus asa sebaliknya mencari suplemen tambahan untuk meningkatkan nafsu pasangan.








"ernah cuba bagi dia minum apa-apa suplemen untuk naikkan nafsu tak? Pada pandangan saya, lelaki kalau kerja stres, penat memang kurang nafsu.


"Enjoy your moment, jangan terlalu fikirkan perkara ni... dia akan hadir tepat pada masa. Berdamai dengan takdir, apabila terlalu fokus TTC, apabila tak dapat memang akan tersangat kecewa.


"Suami letih penat perlu tenaga untuk bersama jadi bersabar ye insyaAllah ada rezeki dia, usaha ikhtiar tawakal," ujar beberapa warga maya.


Sumber : Mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2024 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Somi tu sah2 ade lobang lain dekk..  Takkan la lobang kucen.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 17-7-2024 03:54 PM
Somi tu sah2 ade lobang lain dekk..  Takkan la lobang kucen.

Laki dia gei la.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 17-7-2024 11:54 PM
Somi tu sah2 ade lobang lain dekk..  Takkan la lobang kucen.

Kalau lobang kucing boleh report polis dan dvs sbb penganiayaan haiwan.

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
4am waktu puncak dik.
Patut dah boleh onz.
Akak syak laki u ol diabetic dik (Tu syak tapi versi positip dan memberi harapan)
Atau laki u ol dah kenyang kot dik (Tu hati hitam akak yg berkata-kata. Toksah dengar)
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
org taknak smbg tido je la...best apa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2024 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
nampak sgt jantan tu xminat kat wife xminat ada anak..esok kalau ada anak sure lepas tangan gitu harap wife je uruskan segala
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
becir: nampak sgt jantan tu xminat ka ...

Atleast wf ada teman sbb laki manjangggg bzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mawardia replied at 18-7-2024 12:02 AM
4am waktu puncak dik.
Patut dah boleh onz.
Akak syak laki u ol diabetic dik (Tu syak tapi versi posi ...

Hahaha air dah lepas buat apa nk buat lgi kn.kwan iols ada pnah share yg laki dia klau tak onz setahun pn ok..klau nk onz dia ja yg ajak dulu..ok la ada 2ank dan 90% laki dia yg urus
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu pun nak cerita ke? Tunggu je la bulan depan. Aje bodo. Jap lagi kalau mengandung ko mula la nak me time la depress la. Tahapa2
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli baca komen forummer sini. Gay la, ada lobang lainla. Ingat lelaki ni 24jam fikir sex shj ka? Kl pkl 4 pg aku pun nak tido lg2 kl esok kerja
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe laki ko taknak ko trap dia dgn anak deknon. Korg kahwin suka sama suka ke atau org kenen2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
4pagi,laki kau letih noksss. Awat tak ajak pkl 12pm ke. Awal pagi pkl 6 ke.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:14 AM | Show all posts
Rilek2 dah la. Ada rezeki ada la anak tu. Kang ada ko gak yg stress. Bodoh betul pompuan benda2 cam ni nk sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:15 AM | Show all posts
hmmm tau nak nk komen
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 09:10 AM | Show all posts
ko prepare n sedia la awal2 kalau nak Onz tu..

malam tu pakai sexy2 ke, sembur perfume wangi2.. takyah laa kol 4 pagi ko gerak laki ko sruh bergomol..

orang tu mengantuk, esok nak kerja...


tak perlu tunggu 2 line pun subur tu, ko kan ada jadual2...jadual yg paling peak, terus on je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 09:38 AM | Show all posts
penat dan stress kalau bersama pun blum tentu ada hasil,
sbb bila badan x ready jd kurang subur,
tunggu aje la masa sesuai, enjoi la dulu waktu xde anak,
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 09:39 AM | Show all posts
n3ar replied at 18-7-2024 09:10 AM
ko prepare n sedia la awal2 kalau nak Onz tu..

malam tu pakai sexy2 ke, sembur perfume wangi2.. tak ...

kena prepair hari cuti,pastu kena kira juga waktu subur wanita cmne,

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
4 pagi ko ajak ..adoii kalau aku pun terajang je ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 09:43 AM | Show all posts
Aku tak paham tol ngan org yg kawen semata sebab anak .. why cant u just relax and enjoy the marriage? Ada anak, rezeki. Takde anak - just enjoy life je la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.064212 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list