View: 80335|Reply: 98
|
Harith Iskander Akui Kesilapan Diri Punca Isteri Fail Cerai - "Saya Seorang Lelaki Bodoh Yang Sudah Melakukan Perkara Tidak Sepatutnya"
[Copy link]
|
|
Awal Julai ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander dan isterinya, Dr Jezamine Lim didakwa berdepan masalah.
Malah, Dr Jezamine sudah pun memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan kes itu bakal disebut dalam masa terdekat.
Menerusi podcast The Rakyat Post, Harith dan isterinya akhirnya tampil berkongsi mengenai perceraian mereka. Harith mengakui rumah tangga mereka bergolak berpunca daripadanya.
“Keputusan ini tidak berlaku secara tiba-tiba tapi ia menjadi kecoh selepas foto Jezamine failkan perceraian tular. Saya seorang lelaki bodoh yang sudah melakukan perkara tidak sepatutnya.
“Saya tak memberi alasan mengenai itu tapi saya melakukan perkara bodoh yang ramai lelaki lakukan pada usia saya. Saya tak nak berkongsi lebih terperinci sebab kami mempunyai tiga anak yang masih muda dan merkea akan menonton ini suatu hari nanti,” katanya
Sementara itu, Harith berkata keputusan untuk bercerai bukan berlaku secara mendadak sebaliknya sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu, namun memilih untuk berpisah secara baik kerana tidak mahu merosakkan persahabatan dibina.
“Untuk ambil keputusan berpisah ini agak lama dan bukan semalam. Sudah bertahun-tahun saya buat kesilapan dan isteri saya menjalankan tugasnya dengan baik.
“Kami melalui tempoh yang menyedihkan dan pergi mendapatkan kaunseling perkahwinan serta bercakap dengan kawan-kawan. Sampailah saya sedar kami lebih sesuai menjadi rakan baik dan dak mahu ia hancur disebabkan perceraian,” katanya.
Dalam pada itu, Jezamine menyangkal dakwaan ramai dia memfailkan cerai pernah didera oleh Harith.
“Ada juga orang tuduh dia berkasar dan mendera saya tetapi semua itu tidak betul sama sekali. Hentikan spekulasi,” katanya.
Sumber: mStar Online, Rotikaya
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tengok podcast tu, apa hint HI bagi ye?
ade forumer boleh cecite |
|
|
|
|
|
|
|
“Saya tak memberi alasan mengenai itu tapi saya melakukan perkara bodoh yang ramai lelaki lakukan pada usia saya“
Apakah yg ramai lelaki lakukan? |
|
|
|
|
|
|
|
Whodunit replied at 20-7-2024 03:23 PM
“Saya tak memberi alasan mengenai itu tapi saya melakukan perkara bodoh yang ramai lelaki lakukan p ...
Setahu iols lelaki ramai yg curang. Tak curang, pasal duit. Kalau bukan duit, mama’s boy |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoola at 20-7-2024 06:10 PM
so wat did u do? achik pun trngin nk tau baya2 dia buat apa sellunya
if curang, org muda la ni br kwim pun dh ada skandal, dh pasang 2-3 bini |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk jugak sikit .. katanya bukan org ketiga, financial, not funny anymore, domestic violence. Dah tu ape dah ko buat…
Adekah masalah cik net? |
|
|
|
|
|
|
|
Whodunit: “Saya tak memberi alasan meng ...
Puak2 t20 ni kluar dgn kawan2 clubbing bersuka ria tejumpa dgn awekz2 bru..
Mcm tu laaaa kekdahnyaaa |
|
|
|
|
|
|
|
kedegilan. tak mahu berubah. contoh; perut boroi, isteri mintak kurangkan makan or lakukan senaman, tidak diendah sbb dah complacent dgn diri....gigi berkarang , bila bini suruh pergi dentist, ambik ringan. tidak menjaga ketrampilan, kesihatan diri, kebersihan rumahtangga, dan sewaktu dgn nya. bukan semesti curang, tapi perkara2 yang disebut diatas antara yang ambil masa bertahun2 sebelum ianya sampai kemuncak.....berpisah atau bercerai, tapi masih boleh berkawan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tengok foto foto kat thread ni pun tak nampak macam laki bini , nampak macam father daughter adalah.
iye kalau nak tau, teachers pun tak gemar cara HI cakap ngan ex wifey . So inappropriate |
|
|
|
|
|
|
|
makcun14 replied at 20-7-2024 04:25 PM
tengok foto foto kat thread ni pun tak nampak macam laki bini , nampak macam father daughter adalah ...
maksudnya macam mana sis..dia tak hormat exwifey ke |
|
|
|
|
|
|
|
Sekufu sama2 western tak menjamin kebahagiaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Botak2 pun ada affair ke? Kosser. Si Jezzamine ni boleh selera pun aku tak paham inikan pulak kalau ada penyondol |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanye they just fell out of love...jez still young awal2 kahwin dapat anak2 umur rapat2..pastu dia sambung belajar...manage career HI..handle their biz n NGOs. HI pulak dah slow down mayb met other women. Sebab dia mention dia screw up usually that means curang lah. |
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 20-7-2024 09:41 AM
Botak2 pun ada affair ke? Kosser. Si Jezzamine ni boleh selera pun aku tak paham inikan pulak kalau ...
Sedangkan Afdlin Shauki pun disondol. |
|
|
|
|
|
|
|
_kelly replied at 20-7-2024 05:04 PM
maksudnya macam mana sis..dia tak hormat exwifey ke
yes. jatuh kan aib wife (masa tu belum keluar citer dey ols nak cerai) depan orang. Ye lah wife sejenis sexy, body mantap , ada career .. etc ect compare to HI . mana tak insecure |
|
|
|
|
|
|
|
Dia curang kan? Iols baca kat thread. Haihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm unfaithful berkali. Tak rasa gf but one night stand or scandal. I tak abiskan video sebab tak tahan fake accent Daphne.
|
|
|
|
|
|
|
|
goldcarrot replied at 20-7-2024 07:19 PM
Dia curang kan? Iols baca kat thread. Haihhh
Baca benang mana
Mgkin dia ni ayat manis |
|
|
|
|
|
|
|
missHaidiD replied at 20-7-2024 07:25 PM
Baca benang mana
Mgkin dia ni ayat manis
I baca kat threads u. Bkn kat forum. Bila tbaca dgn laju nya masuk forum utk kesahihan cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Whodunit replied at 20-7-2024 07:23 PM
Mcm unfaithful berkali. Tak rasa gf but one night stand or scandal. I tak abiskan video sebab tak ...
I suka emotional maturity mereka handle this divorce. Harith took responsibility. Took the blame and went through counseling dan lain2 usaha. Semoga menjadi ikthibar bakal2 Duda sana. Jangan kecut telur. Be a man your children will respect. Kepada bakal janda, kalaupun si lelaki Pengecut, pembohong, pengzina, dan semuanya. Jangan tolak markah (public support) anda sendiri dengan gaya meroyan, bingit. Free2 bagi penyondol extra points. Kita moveon. Lepaskan marah secara umum takde guna.
Saya tak minat dua2 and won’t follow the case but I compliment the emotional support Harith gave jezamine. Boleh nampak emotions tu walaupun case dah bertahun. Sakit itu masih ada. Boleh nmpk dia juga ada physically melepaskan secara kecilan and Harith took it well. |
|
|
|
|
|
|
| |
|