View: 37368|Reply: 45
|
[Tempatan]
Lelaki hampir muflis dipergunakan abang ipar guna nama buat pinjaman bank pembelian kereta baharu Rm100k.Wajar atau tidak
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 22-7-2024 12:11 AM
SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki hampir diisytiharkan muflis apabila terjebak membenarkan abang iparnya menggunakan nama bagi pinjaman bank untuk pembelian kereta baharu.
Lelaki yang mahu dikenali Ajib Maizan berkata, akibat termakan pujuk rayu isteri dan percayakan kata-kata mentua, dia terima untuk membenarkan namanya digunakan bagi pinjaman berjumlah lebih RM100,000.
“Kena tipu dengan keluarga sendiri hingga hampir muflis. Hendak menjaga hati orang lain tapi saya yang tanggung sengsara.
“Saya penjawat awam dengan gaji dan gred biasa, tapi cukup untuk bayar segala komitmen. Ya, saya akui segalanya berpunca dari ketidaktegasan memberi orang lain guna nama untuk pinjaman bank pembelian kereta baharu.
“Memang salah saya sebab terlalu percayakan orang yang dianggap keluarga akhirnya diri sendiri terkena musibahnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Menurutnya, ibu mentuanya sanggup datang ke rumah untuk memujuk agar membantu anaknya mendapatkan kereta memandangkan nama dikenakan Data Systems Sdn Bhd (CTOS).
Ujar Ajib, ibu mentuanya juga turut mengugut dengan menggunakan pelbagai kata-kata kesat sehingga menyinggung perasaannya.
“Mulanya saya tak setuju walau mereka merayu-rayu. Dia pernah berkata, kalau keluarga sendiri tak boleh tolong, memang sampahlah. Baik aku kahwinkan anak aku dengan orang lain.
“Apabila dengar ayat itu, saya rasa tercabar. Namun isteri pujuk dan yakinkan saya bahawa abangnya tidak akan buat masalah. Saya kalah, jadi bersetuju demi menjaga hubungan keluarga,” katanya.
Tambahnya, bagaimanapun bermula tahun lepas perniagaan abang iparnya itu mengalami masalah menyebabkan pembayaran bulanan pinjaman kereta berjumlah RM1,100 tersebut tertunggak sekali gus dikenakan tindakan ditarik oleh bank.
Apa yang lebih menyakitkan hati katanya, isterinya turut menghabiskan wang simpanan bagi membantu si abang tanpa pengetahuannya.
“Akhirnya saya dapat tahu kereta sudah kena tarik dan nama saya bakal dikenakan tindakan saman.
“Kami bertelagah dan nyaris bertumbuk. Mak mentua halau saya dan diharamkan datang ke rumahnya. Nasib baik isteri memilih untuk tetap bersama saya.
“Kusut otak ini sampai malam pun susah untuk tidur. Ada gaji tapi habis bayar hutang sahaja. Sudahlah kereta berkenaan dilelong, saya juga dikenakan membuat bayaran sebanyak belasan ribu ringgit,” katanya.
Sementara itu, dia berpesan kepada orang ramai agar tidak sesekali berani untuk memberi kebenaran memakai nama bagi tujuan sebarang pinjaman bank kepada sesiapa pun termasuk darah daging sendiri.
Ujarnya, walaupun niat di hati untuk membantu tetapi percayalah bahawa mudarat lebih besar menanti kemudian hari. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dah abg ipor pun record nama sendiri dlm ctos mmg tak lawo, ko ghase dia nk jaga ke monthly repayment bila guna nama ko. Tah la labu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak.
Sekadar menjawab tajuk persoalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan kata ipar, adik beradik sendiri pun tak boleh tolong macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
bab duit bab makan bab tanah bab rumah. tiba tiba hilang ingatan, adek beradek ke darah daging ke tanah kubur ape lansung tak ingt. tp mmg berani pakai harta hasil naya org, tak takut ke eksiden mana mana kiok esok pakai kereta tu. tp ramai je skrg bodo ayam. hasil duit kelepet beli kereta bagi anak bini pakai. elok lah elok, bini pun dpt harta jadi bodo ayam jugak, taknak lansung tanya siasat, pdhal bukan taktau kemampuan laki |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara nak tunggu loan settle ko caru makanan bini ko. Kasi dia nafkah mkn nasi dgn kicap je sampai loan settle. Kalau dia bebel, ko remind dia balik punca kenapa kita miskin |
|
|
|
|
|
|
|
Org yg ada ctos ccris bad record ni tak payah tolong la buat loan. Dah tau credit management dia kelaut sebab tu dpt bad record |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 22-7-2024 07:41 AM
Sementara nak tunggu loan settle ko caru makanan bini ko. Kasi dia nafkah mkn nasi dgn kicap je samp ...
kan, bia dia rasa mak mertua dia punya ayat kemain.. ko jelah bg anak ko duit beli keter |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by asmurai at 22-7-2024 08:25 AM
Nasib kau la dekk.. kau yang pilih nak masuk keluarga from hell tu. Tak dak sapa pun yang paksa kau. Apa pasal sebelum kawin dulu tak buat background check?
Patutnya kena keras hati . Ugut ja mak mentua nak cerai kalau paksa suh buat loan gak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian mmg kesian
tapi sepatut beringat sebelum bg pinjam
biar berkecil hati tak bagi pinjam asalkan tak sengsara dikemudian hari |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ada cikgu COS p.m isteri aku nk suro kitaorg jadi penjamin beli kereta Triton untuk laki dia untuk buat bisnes kot, padahal dia baru trade in bezza angkat expander, pastu isteri aku cakap xboleh sbb kne adik beradik jdi penjamin, dia reply sebelum ini angkat kereta xyah penjamin pun (ayat pergh), last laki dia angkat gak Triton xsampai setahun tengok Triton dia dah xada, xthulah dia jual balik k pajak k apa k,
|
|
|
|
|
|
|
|
Bini dia tu kerje ke tak ? Selamba je habiskan duit simpanan tolong abang biawak |
|
|
|
|
|
|
|
biarlaaa bergaduh adik beradik dari jadi gini...
mmg sampai skrg aku x bagi pakai nama jd penjamin ka apa....pepandailaa korang..
kalau sesak..nak pinjam duit..ada masalah aku sendiri yg akan decide..hutang or sedeqah...
yg berkomitmen gini mmglaaa say no terus...
baik gaduh sekarang dari gaduh kemudian hari....
sbb ....dah ada kes....ni dah setahun gaduh ..yg tersepit aku laa walaupun aku bukan yg dipinjam dan meminjam... |
|
|
|
|
|
|
|
sendiri koyak kena perli hahahahha
sbb tu akpk x amik kes dia,
biar la org nak kata apa pun,kalau da x mampu xyah la layan |
|
|
|
|
|
|
|
Ujar Ajib, ibu mentuanya juga turut mengugut dengan menggunakan pelbagai kata-kata kesat sehingga menyinggung perasaannya.
Jantan ni pondan ke? Dah la org minta guna nama pinjam duit, siap pakej maki pon still proceed ke? Mmg salah sendiri lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
sape srh anggap mentua as famili sendiri??
pyh org melayu ni...sket2 nk jg hati...sket2 nk jg ayaq muka...sket2 nk jg silaturrahim
hang ttp org luar smp kiamat...mampus p depa nk kata apa |
|
|
|
|
|
|
|
aku dh byk pngalaman dah meminjam utk org tapi takde la sbyk ni. alhamdulillah hujung2 lunas semua. tapi skrg ni kalau minta mmg aku tak buat dah.
1. kawan mtk loan 10k utk bisnes
2. mak mtk loan 20k kot? utk abg kakak kahwin
aku nasihatkan simpan la duit byk2 kalau keluarga ada kecemasan boleh tolong tanpa buat loan. hangus pun hangus la asalkan keluarga tak cari along ke buat rayuan kat tv ke. aku ni masih menyesal sebab masa muda tak simpan duit lagi byk sebab dah tua ni susah betul nak naik simpanan nya. ada je nak guna. ada je bocor sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
sayang diri sendiri dulu baru sayang org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak mertua, bini pun enabler.. baik serai je masa gaduh2 mintak jadi penjamin tu. Tapi kang masalah problem lain plak |
|
|
|
|
|
|
|
x nak jadi penjamin gaduh...
x bayar hutang gaduh...
ikut risk appetite ko la... |
|
|
|
|
|
|
| |
|