Pelakon Erynne Erynna memaklumkan rumah tangganya bersama suaminya, Afify Sazali sudah pun berakhir.
Menerusi perkongsian di Instagram, Erynne berkata jodoh mereka tidak panjang dan reda dengan takdir yang telah ditentukan.
Sementara itu, pelakon berusia 27 tahun itu mengakui perceraian tersebut ada dugaan berat buat dirinya namun bersyukur bekas suaminya seorang yang bertanggungjawab pada anak mereka.
Dalam pada itu, Erynne berkata dia dan bekas suaminya akan melakukan yang terbaik untuk membesarkan anak mereka, Medinah dengan baik.
Erynne dan Afify mendirikan rumah tangga pada April 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Medinah kini berusia 4 tahun.
innalillah.. kesian nya. masa baru tau dia dh kawen ada anak cam takleh terima sebab otak dok setting dia still kanak2 lagi. dia kan femes belakon masa budak2. even drama skang dia belakon jadi org tua pun takleh nak jive sebab dh biasa tgk dia belakon jd budak2. haha! anyway, sampai situ je jodoh nya. semoga berkesudahan yang baik baik.