CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 29100|Reply: 20

[Tempatan] 46 pegawai penguatkuasa jadi 'pengkhianat' 'counter setting' di KLIA - Azam Baki

[Copy link]
Post time 30-8-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 30-8-2024 12:15 PM

46 pegawai penguatkuasa jadi 'pengkhianat' 'counter setting' - Azam Baki
August 29, 2024 @ 8:56pm
[email protected]


Tan Sri Azam Baki. FOTO Arkib NSTP


Kuala Lumpur: Seramai 46 pegawai penguat kuasa disyaki terbabit dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi modus operandi 'counter setting' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ia adalah susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Pump yang dijalankan, baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini, siasatan mengesan 46 pegawai penguat kuasa yang disyaki terbabit dengan sindiket membawa masuk pekerja asing melalui kaunter tertentu.

Katanya, ia bagi memudahkan laluan masuk tanpa pemeriksaan yang mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

"Terdapat keterangan menunjukkan wujudnya pembayaran wang rasuah dan turut bersubahat dengan pihak ejen.

"Ini menyebabkan warga asing terbabit dapat memasuki negara dengan mudah sebagai pelancong sebelum hilang dan disyaki bekerja tanpa dokumen," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azam berkata, SPRM menggerakkan Op Setting, hari ini, hasil perkongsian maklumat perisikan antara agensi yang berjaya menahan 13 individu termasuk dua penguat kuasa di KLIA.

"Mereka dipercayai terbabit rasuah membabitkan sindiket yang menggunakan modus operandi sama.

"Kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu ditahan dalam operasi di sekitar Lembah Klang dan dibawa ke pejabat SPRM Kuala Lumpur untuk membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, dua suspek penguat kuasa itu disyaki terbabit dengan perbuatan berkenaan sejak 2016 dengan menerima bayaran rasuah antara RM300 sehingga RM2,500 untuk setiap warga asing yang masuk mengikut kewarganegaraan.

"Turut ditahan adalah sembilan ejen dan dua proksi yang menjadi pemegang aset bagi pihak suspek penguat kuasa.

"Pasukan khas sudah ditubuhkan untuk merakam percakapan pegawai-pegawai penguat kuasa yang disyaki bagi membantu siasatan.

"Kami tidak menolak kemungkinan akan ada tindakan susulan serta tangkapan lain dalam masa terdekat," katanya.

Katanya, hasil serbuan itu turut menyita wang tunai kira-kira RM50,000.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, esok bagi permohonan reman.

Semalam seorang warga Myanmar yang juga ejen sindiket dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 membayar rasuah RM5,650 kepada penguat kuasa Imigresen.

Bayaran itu adalah upah melepaskan kemasukan sembilan warga Myanmar melalui pintu masuk KLIA2 tanpa melalui prosedur ditetapkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 11:40 AM | Show all posts
pengkhianat patut hukuman mati
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh eh.. 46org je?
Ko bior betol pak azam
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 11:55 AM | Show all posts
"46 pegawai penguatkuasa jadi 'pengkhianat' 'counter setting' "- Azam Baki

Staff Di Airport Ben Gur10n takada bodoh macam ini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Adeh

Putus kejap la stok ayam vietnam

@gigahertz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 30-8-2024 11:40 AM
pengkhianat patut hukuman mati

setuju sangatttt
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 30-8-2024 11:40 AM
pengkhianat patut hukuman mati

Kalau hukum mati sapa pulak nak jadi pemimpin negara?

Eh... Ok bai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 12:39 PM | Show all posts
anak2 imigresen tak menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 02:58 PM | Show all posts
JunkMail replied at 30-8-2024 12:35 PM
Kalau hukum mati sapa pulak nak jadi pemimpin negara?

Eh... Ok bai

ada 32 juta rakyat....pasti ada 'mat kilau' dan seangkatanya yg boleh diharap
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 30-8-2024 02:58 PM
ada 32 juta rakyat....pasti ada 'mat kilau' dan seangkatanya yg boleh diharap

Kalo takde kaunter setting tu entah2 rakyat malaysia baru 24 juta je
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman temvak di kepala.

Macam mana kalau orang tu pengganas? Takde otak kot penguatkuasa poket penyamun
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
jahatnye la penguatkuasa yg terlibat...sorry tiada maaf dan tiada Al Fatihah jika mereka meninggal nanti...musuh dan pengkhianat negara harus dilaknat di langit dan di bumi atas kezaliman yg telah dilakukan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 05:42 PM | Show all posts
Sebat doblas kali dikhalayak ramai. Kalau NGO memekak, sebat NGO sekali
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tembak mati ikut Kim Jong Un style.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Name and shame sajork. Termasuk anak bini. Jadik pengajaran supaya penguatkuasa lain takut buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 06:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujurnya aku dah lost track berapa kali imigresen klia ni kantoi.

Kau payah2 sgt buang je semua imigresen. Tu ganti dengan kontrak worker Nepal jaga kaunter imigresen
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 05:41 AM | Show all posts
gitu lahh
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 31-8-2024 08:01 PM
Jujurnya aku dah lost track berapa kali imigresen klia ni kantoi.

Kau payah2 sgt buang je semua imi ...

Betul. Aku sokong!! Diorg lg lurus bendul ikut peraturan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.076423 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list