View: 35012|Reply: 34
|
[Tempatan]
KEMAS KINI: Bayi kami bukan tersedak susu tetapi dikasari, dipukul'. KES: Bayi 30 hari maut selepas diberi susu oleh jururawat
[Copy link]
|
|
Edited by antikorok at 11-9-2024 06:09 PM
KES
Bayi 30 hari maut selepas diberi susu oleh jururawat
September 10, 2024 @ 10:16pm
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
[email protected]
Foto hiasan
KOTA BHARU: Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi itu di sebuah pusat jagaan ibu bersalin di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan di Kota Bharu Medical Centre (KBMC) di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 5.30 petang di sebuah pusat jagaan ibu bersalin di sini.
"Dalam kejadian itu, mangsa seorang bayi lelaki berusia 30 hari didapati tidak sedarkan diri selepas diberikan susu oleh seorang jururawat sebelum disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke KBMC.
"Susulan kejadian berkenaan, pihak polis menahan jururawat berusia 20-an yang ditugaskan menjaga bayi terbabit jam 6 petang tadi untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rosdi berkata, polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap jururawat itu di Mahkamah Majistret esok.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... susu-oleh-jururawat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
UTAMA
'Bayi kami bukan tersedak susu tetapi dikasari, dipukul'
Hazira Ahmad Zaidi
[email protected]
Yap Pei Yin ditemani ibunya Gan Pheck Chin ditenangkan oleh Dr Hafidzah Mustazim ketika melawat dirumahnya di Kampung Teluk Panji. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota Bharu: "Bayi saya bukan tersedak susu, sebaliknya dikasari termasuk dipukul. Perbuatan itu jelas dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat jagaan berkenaan," dakwa Choo Kamin, 30.
Kamin adalah bapa kepada bayi lelaki berusia sebulan yang meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, petang kelmarin.
Bercerita lanjut, Kamin berkata, bayi lelakinya yang diberi nama Choo Jyn Hern di hantar ke pusat jagaan berpantang itu selepas tiga hari dilahirkan dan ditempatkan di situ bersama isterinya, Yap Pei Yin, 29.
Menurutnya, Yap yang berpantang dan memerlukan penjagaan berikutan melahirkan anak mereka secara pembedahan.
"Lebih malang lagi, isteri dan anak saya sepatutnya keluar dari pusat jagaan berpantang pada 10 September dan kejadian itu berlaku sehari sebelumnya selepas 28 hari mendapatkan rawatan di sana.
"Saya membayar sebanyak RM13,000 kepada pusat jagaan berpantang untuk rawatan selama 28 hari," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Teluk Panji, di sini, hari ini.
Terdahulu keluarga berkenaan menerima kunjungan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.
Kamin berkata, malah lebih menyedihkan lagi, bayi yang baharu dilahirkan itu adalah cahaya mata sulung mereka selepas tiga tahun menanti zuriat dan tarikh kematiannya pula adalah pada hari kelahiran isterinya.
"Sejak kejadian itu, emosi isteri saya tidak stabil malah setiap kali ingin mengepam susu dia akan menangis selain sering terbayangkan bayi kami masih lagi berada dakapan," katanya
Katanya, susulan kejadian yang menimpa bayinya itu, mereka sekeluarga akan mengambil tindakan terhadap pusat jagaan berpantang dan menyerahkan kes jururawat berkenaan kepada polis.
Terdahulu media melaporkan, bayi lelaki berusia sebulan meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, di sini, petang kelmarin.
Bayi berkenaan dikatakan tidak sedarkan diri, 5.30 petang, selepas diberikan susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud dilaporkan berkata, mangsa di bawa ke Pusat Perubatan Kota Bharu untuk rawatan dan disahkan sudah meninggal dunia.
Jururawat yang berusia 22 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan.
Disiarkan pada: September 11, 2024 @ 4:36pm
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... pi-dikasari-dipukul |
|
|
|
|
|
|
|
Pusat penjagaan selepas bersalin kalau kat tmpt aku mostly chinese..adakah ni cina?
Walau mcm mn pun..kes tersedak susu mmg dikira accident yach
Tapi nurse spttnya terlatih
For sure dia trauma..mungkin sukar nak practice semula if dia tak sengaja bg milk aspiration kat baby tu
Tp kalau sengaja..hg mmg sejenis psycho la..tak spttnya berlaku sbb nurse ptt well trained utk elakkan kes2 tersedak susu
|
|
|
|
|
|
|
|
Pusat jagaan ibu bersalin tu confinement center lah kan???
Susu badan je la noks.. takut teks rosak ke |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pocongkiutss at 11-9-2024 06:32 PM
Tiggybiru replied at 10-9-2024 10:45 PM
Pusat penjagaan selepas bersalin kalau kat tmpt aku mostly chinese..adakah ni cina?
Walau mcm mn pu ...
Ada jah confinement centre melayu kt kb nun rupanya..gigih iols google
Eh tambah..Tp kes ni mmg cina noks |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 10-9-2024 11:04 PM
Pusat jagaan ibu bersalin tu confinement center lah kan???
Mgkin susah kut..tgk jenis puting maknya..ada jenis mmg struggle gila nk direct bf
|
|
|
|
|
|
|
|
Malas la baca berita gini. Eih. |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 11-9-2024 10:31 AM
Ada jah confinement centre melayu kt kb nun rupanya..gigih iols google
Eh tambah..Tp kes ni mmg ...
Sekarang memang dah hada kan Melayu/Muslim punya.
Btw, sebak la tengok gambar doktor tu peluk mak dan nenek baby comel ni.
Apa punya sial la manusia. Baby baru lahir, sampai hati ko pukul.
Eeeeee eeemooooo baca kes2 gini! |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi,baby umur sebulan...takziah pada ibu bapa,dhla meninggal pada hari sama ngan birthday ibunya,xleh bayangkan sakitnya |
|
|
|
|
|
|
|
Ape benda sampai tahap pukul baby umur 30 hari diknon?.. bkn baby tu pukul ko dlu at the 1st place
Salam takziah... siyan lahai bila harapkan pegar, pegar makan padi |
|
|
|
|
|
|
|
lilacomot replied at 11-9-2024 06:37 PM
Tp nurse tu Melayu kn
Bkn nurse ..
Pekerja disitu |
|
|
|
|
|
|
|
Haram jadah nurse
Kau bitterdgn mak dia ka |
|
|
|
|
|
|
|
Ni pun antara kes yg menyedihkan. Dah la tunggu 3 tahun baru dapat anak, lepastu anak mati pada tarikh kelahiran sendiri. Ya Allah, tak tertanggung rasa sakit tu. Mungkin mak baby tu takkan sambut birthday sendiri dah lepasni |
|
|
|
|
|
|
|
antikorok replied at 11-9-2024 06:10 PM
Gila. Sanggup nurse tu pukul baby baru umur 30 hari. Takde hati perut ke weh |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nak pukul baby tu?
Apa salah dia?
Bongok punya pelaku
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 11-9-2024 06:37 PM
Sekarang memang dah hada kan Melayu/Muslim punya.
Btw, sebak la tengok gambar doktor tu peluk mak ...
Iols pun penah duduk confinement centre kejap..mujur kejap je..awal2 tu iols hantar baby iols ke nursery confinement tu belah mlm sbb tak pandai handle lagi..pastu amik baby pagi..tp setiap berapa jam iols hantar susu / botol susu ke sana utk diorg simpan dlm fridge..n botol susu tu semua diorg yg akan tlg basuh n sterilizekan..iols akan hntr ikut pintu blkg sbb bilik iols lg dekat kat situ..ada satu pagi tu..iols tak sengaja ternampak nurse tu mandikan baby dgn marah2 ..eh terkejut iols tau..pdhal dia la antara yg paling frenly...fake je rupanya tu yg terkantoi eh..yg iols tak nmpk tu cemana la agaknya dilayan baby tu..lepas drpd tu iols tak hntr nursery memalam dah..bior le iols jaga.. time mandi jela terpaksa hntr..doa bnyk2 biar nurse lain yg handle baby iols masa tu
Padahal bukan confinement centre cokia eh tu..antara yg terawal juga |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya lahai
Kesian tau, sakit bersalin tak habis
Anak pulak meninggal tarikh birthday si emak
My sincere condolences to this family |
|
|
|
|
|
|
|
So cikki melayu lagi ke perangai mcm terrorist bunuh baby |
|
|
|
|
|
|
| |
|