Menu nasi kandar sering kali menjadi pilihan warga setempat kerana penawaran nasi bersama gandingan lauk pauk dan kuah banjir yang cukup menyelerakan.
Bahkan, popularitinya yang kian meningkat telah menarik minat negara jiran untuk turut menawarkan menu yang serupa di sana
Baru-baru ini, seorang YouTuber bernama Boengkoes dari Indonesia berkongsi sebuah video mengunjungi kedai milik seorang pemenang Masterchef Musim ke-5 yang dikatakan menyediakan juadah dari Malaysia.
Di dalam video itu, Bongkoes bertemu dengan chef dan juga pemilik kedai berkenaan lalu mendedahkan hasratnya mahu mencuba nasi kandar yang baru dijual.
Apabila disoal mengapa secara tiba-tiba mahu memperkenalkan menu nasi kandar, chef yang dikenali sebagai Fani itu langsung berkongsi yang di sering kali menikmati hidangan tersebut di Kuala Lumpur.
Namun bagi dirinya, nasi kandar yang ditawarkan di Malaysia masih ada kekurangan dan perlu ditambah baik bagi memenuhi citarasanya.
“Tiap hari asyik makan nasi kandar sahaja tapi rasanya kurang enak di Malaysia…jadi saya rasa boleh buat juga di sini,” katanya.
Menurut Fani, apa yang membezakan nasi kandar ciptaannya berbanding di Malaysia adalah penyediaan bahan rempah yang lebih segar dan dibuat secara manual.
Dakwanya di Malaysia, lebih gemar memakai rempah serbuk (instant)di dalam kuah sekaligus terasa seperti berpasir apabila dimakan.
“Kalau di Malaysia itu kan dia pakai serbuk rempah semuanya, kalau di sini kita pakai rempah yang fresh serta dihasilkan sendiri. Kalau di sana kan pakai rempah serbuk jadi kalau dituang rasanya seperti berpasir,” katanya dengan yakin.
Menurut Vocket, dia juga mendedahkan pelanggan boleh membuat pesanan kuah banjir seperti yang ditawarkan di Malaysia. Malah, dia merasakan sudah berjaya menghasilkan nasi kandar yang sebenar dan boleh memenuhi citarasa ramai.
Apabila disoal mengapa tiada pameran lauk seperti yang ada di Malaysia, Fani langsung memaklumkan yang dia baru sahaja beroperasi dalam masa sehari dan bakal pertimbangkan ruangan paparan lauk sepeti yang ada di Malaysia di masa kelak.
YouTuber tersebut kelihatan sangat menikmati nasi kandar buatan Indonesia itu dan mendakwa jauh lebih sedap dari yang asal.
Pada pandangan kami, kuahnya nampak tersangat cair serupa kuah gulai pula ditambah dengan ayam yang kelihatan seakan masak merah, serta tambahan telur dadar dan rupa sayur kubis yang pucat sekaligus langsung tidak menyamai nasi kandar yang disediakan di Malaysia.
Pilihan lauk dan kuah juga sangat terhad menjadikan ia bukanlah satu menu nasi kandar yang asli.
Malah, di video lain juga, Fani mendakwa perkara yang sama dan menyebut rasa nasi kandar di Malaysia adalah hambar dan dianggap tiada rasa punchy dengan rempah ratus yang asli.
Di ruangan komentar, sebahagian warganet Indonesia sendiri meluahkan rasa kurang senang dengan claim yang cukup berani itu malah membidas kedua-dua individu terbabit yang mendakwa nasi kandar yang berasal dari Malaysia tidak sedap.
Bagi mereka, setiap negara mempunyai kekuatan tersendiri di dalam juadah masing-masing dan orang asal akan lebih arif dalam pembuatannya. Bahkan, mana mungkin sesuatu juadah dengan acuan dan resepi lokal boleh diadaptasi kepada citarasa setiap orang terutamanya dari luar negara
kompiden indo ni nomo 1
tgk rupa pun dah tau nasi kandar tu tak sedap
tekak diorg mungkin sedap kot biasa makan tak sedap (selain masakan padang itu diorg campiyen)
kita Malaysia ni selera tinggi setakat rupa gitu pun dh tau
Post time 19-9-2024 03:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pas tgk video tu ok la i xnk maki. Sbb dia cuma buat nasi kandar ikut taste indon dia
Sama gak mcm kita buat nasi geprek ayam penyet.. ikut selera melayu kita..
Tp bila aku dgr ko claim ko punya kuah lg sdp dr malaysia, nk muntah aku rasa.. tgk kuah ceroii pun tau xsdp. Sbnanya korg xreti mkn kari mamak yg byk rempah tu kn? Jd ko ejas ikut lidah indon ko yg kurang rempah tu.
agak2 la cakap yg rempah nasi kandar kt sini rasa berpasir.. kot dia buat ada rasa berlumut & berbecak tak... sukati kau la labu... siap claim dia punya nasi kandaq paling sedap... ya la ikut selera indonesia ko boleh lah...