View: 24865|Reply: 155
|
Selepas 21 hari di Penjara Kajang atas pertuduhan rog*l, Da'i Syed dilepas sementara
[Copy link]
|
|
Selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, pendakwah selebriti, Da’i Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed selaku pemohon untuk menggantung pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya di didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu seorang lagi peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili pemohon ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata sesi pendengaran permohonan penggantungan pelaksanaan di bawah Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah.
Mahkamah kemudian menetapkan 24 September ini bagi sebutan kes rayuan itu di Mahkamah Tinggi.
Tambah beliau mahkamah turut membenarkan permohonan tersebut dengan beberapa syarat namun butiran syarat itu tidak boleh didedahkan secara terperinci.
Dalam prosiding hari ini, selain Abu Bakar dan Mohamed Baharudeen Da’i Syed turut diwakili peguam-peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Muhammad Amin Othman daripada firma Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Pada 30 Ogos lalu, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 29, sebagai tertuduh ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya bebas sampai selasa depan la kan, 24 sept? ape la syarat2 yg rahsia tu sampai boleh pulak dia dibebaskan sekejap. mcm duduk asrama pulak ada balik rumah skjp |
|
|
|
|
|
|
|
Gila seks je tu. Balik nk romen bini. Lapaq puki |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana boleh lepas plak..
21hari too short laaa..aiyoooo
Patut bg la 2-3bulan..hmm |
|
|
|
|
|
|
|
hakkkkkkk...ptuihhhhhhhhhhhhh la dae shit hoii!
|
|
|
|
|
|
|
|
Jenayah rogol boleh bagi jaminan dan lepas kejap? Acik lawyer forum, memang boleh ye??? |
|
|
|
|
|
|
|
Oh ada je jgk eh camni, dibebaskan sementara. Dah macam masuk keluar asrama |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yang approve bail si jambang bulu puk1 ni. aku doa mudah2an si lahanat ni mereput dalam jail. rosak anak org bahlol! |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau boleh keluar penjara sekejap2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka boleh outing rupanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 21-9-2024 10:37 AM
Gila seks je tu. Balik nk romen bini. Lapaq puki
Kan tgh pantang, mane boleh nk berasmaradana |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh gitu yer. Holiday kjap |
|
|
|
|
|
|
|
doodlediddle replied at 21-9-2024 10:57 AM
Kan tgh pantang, mane boleh nk berasmaradana
Kalau dh jenis laki bini kelapaq seks, depa pedulik apa.
Tgk sama naik je laki bini.
Silap2 sebelum masuk balik, bini mengandung. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar atas tu nampak kertu gila dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 21-9-2024 10:44 AM
Jenayah rogol boleh bagi jaminan dan lepas kejap? Acik lawyer forum, memang boleh ye???
Dia masukkan permohonan utk gantung plaksanaan pending rayuan mcm najib dulu…so tangguh dulu jail term tu. Dh dgr rayuan nnti klau kputusan jail tu maintain duduk la sana blk…klau kputusan overturn and mhkamah rayuan kt x sslah lps la dia |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah smoge dpmdhkn urusan |
|
|
|
|
|
|
| |
|