View: 24715|Reply: 185
|
4 Selebriti Pernah Dicop ‘Kekwat’ Dan Dituduh Menyombong Dengan Peminat
[Copy link]
|
|
LUMRAH bergelar selebriti, pasti berdepan dua kelompok pemerhati sama ada yang meminati, mahupun pembenci disebabkan beberapa faktor.
Dalam kalangan figura popular itu juga terdapat yang bijak melayan peminat, namun sebilangan lagi menetapkan prinsip diri mereka bukan milik masyarakat.
Bahkan ada juga yang berpegang utuh dengan prinsip ini terlampau menjarakkan diri sehingga tercetus salah faham apabila peminat menganggap mereka sombong.
Tanpa peminat siapalah artis, barangkali itu yang perlu dihadam segelintir artis yang meletakkan batasan antara diri dan pemuja bakat mereka.
Minggu ini Gala menyenaraikan beberapa selebriti yang pernah dicop ‘kekwat’ atau sombong hanya disebabkan salah faham atau terlepas cakap.
Zul Arifiin
Nama pelakon Zul Ariffin bukan kali pertama terpalit isu sombong dengan peminat bahkan secara terang-terangan menolak permintaan peminat untuk bergambar.
Sebelum ini, seorang peminat mendakwa aktor bertubuh sasa itu dengan kasar menolak permintaan peminat untuk merakamkan foto bersama di sebuah restoran di Sabah.
Menurut individu tersebut, Zul meminta mereka menghormati dirinya dengan alasan tidak selesa bergambar ketika sedang menjamah makanan.
Meskipun isu tersebut sudah lama, impaknya masih diperkatakan sehingga kini apabila stigma artis sombong selepas popular melekat dengan pelakon berusia 37 tahun itu.
Seperti yang selalu diamalkan segelintir artis, Zul tampil menafikan segala tuduhan tersebut dan menyifatkannya tidak benar sama sekali.
Penulis sedar artis juga insan biasa. Ada ketikanya mereka penat dengan kerja yang dilakukan, namun bukankah itu jalan yang mereka pilih apabila bergelar selebriti.
Meerqeen
Artis muda yang satu ini tidak perlukan pengenalan panjang. Selain drama dibintanginya, ada sahaja kontroversi yang menjadikan dirinya titik tumpuan ramai.
Karier kini di puncak, timbul isu kurang enak apabila pemilik nama penuh Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam itu didakwa semakin sombong sekiranya diajak berbual dan bergambar dengan peminat.
Malah ada juga yang berpendapat, sikapnya sudah berubah dan tidak lagi membumi seperti di awal kemunculan.
Tampil menangkis segala tuduhan, jejaka berusia 23 tahun itu menegaskan tidak pernah berbuat demikian malah sentiasa memenuhi permintaan peminat untuk bergambar meskipun pada waktu kurang sesuai seperti ketika menjamu selera.
Nad Zainal
Turut tersenarai dalam Gala minggu ini adalah pelakon Nad Zainal yang tidak pernah surut dilabel sombong dan gemar ‘mencuka’ ketika berjumpa peminat.
Sebelum ini, seorang peminat meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pelakon itu yang seolah-olah tidak perasan apabila disapa.
Individu tersebut menyatakan dia sudah melambai dan senyum kepada pelakon itu beberapa kali, namun tetap tidak diendahkan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan dakwaan tersebut selain mendedahkan pernah berdepan situasi sama ketika bertemu aktres berusia 34 tahun.
Bukan itu sahaja, terdahulu, pelakon Cina Buta dan suaminya yang juga pelakon Ungku Ismail tampil sebagai selebriti jemputan di sebuah festival sempena Syawal di Putrajaya, tahun lalu.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 23 Januari tahun lalu itu juga didakwa ‘kekwat’ atau sombong apabila tidak membalas senyuman dan sapaan peminat.
Ben Amir
Lebih sedekad mencanai bakat sebagai pelakon, Ben Amir juga pernah terpalit kontroversi termasuk layanannya terhadap peminat peminat.
Pelakon filem Rebel itu dilabel sombong apabila ‘mencuka’ diajak bergambar bahkan sanggup menolak pelawaan tersebut.
Bukan itu sahaja, ada juga peminat berpendapat kelantangannya dalam media sosial tidak sama dengan pembawakan dirinya di luar.
Tidak berdiam diri, jejaka berusia 33 tahun itu menempelak segala tuduhan yang disifatkan sengaja menjejaskan reputasinya.
Katanya, tiada sebab untuk dia bertindak sedemikian kecuali berada dalam situasi kecemasan atau perlu bergegas ke lokasi penggambaran.
Namun respons netizen tetap sama, jejaka tinggi lampai itu dikritik sengaja memberi pelbagai alasan demi menutup keegoannya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi tak list lain? Nak tau jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi tak list lain? Nak tau jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Nad tu utk apa la sombong? Xberbaloi lgsg. Muka mcm bawang merah kt dapo aku je. Kdg2 nmpk mcm ubi keledek. Kekwat2 nk ke mana.. x worth it. Klu dduk area aku ni, org target dia ni jual air tebu tepi jln ptg2 je.. xpun jenis team cuci rumah sejam rm200 |
|
|
|
|
|
|
|
Nak list yg tak kekwat pula.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah jumpa keempat empat
1. Nad zainal asyik busy main phone
2. Ben mmg jenis malas layan orang. Fans dia tengah terkinja pun dia layan tak layan je
3. Zul, okay je. Cara dia je macam arrogant. Approach dia ok je
4. Meerqeen pernah jumpa dia kat event 2 kali. Kali pertama kurang ajar tunjuk middle finger atas stage. Kali 2 jumpa okay je.
Well pelakon what do you expect? Luar dalam pandai berlakon. Ada yang tunjuk baik padahal belakang fans kutuk pun ada jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 21-9-2024 12:19 PM
Nad tu utk apa la sombong? Xberbaloi lgsg. Muka mcm bawang merah kt dapo aku je. Kdg2 nmpk mcm ubi k ...
Hahaha muka bawang ko kataa. Terus aku scroll balik atas pas tu letak sebelah bawang dgn muka nad.. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 21-9-2024 12:19 PM
Nad tu utk apa la sombong? Xberbaloi lgsg. Muka mcm bawang merah kt dapo aku je. Kdg2 nmpk mcm ubi k ...
Pedihnya tang muka mcm bawang merah kat dapo tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoola at 21-9-2024 03:24 PM
eleh retis if nk mnyombong, achik lg leh buat muka diva
xkuasa haku!!puihh
achik pilih2 retis je if nk senyum or selpie
of coz yg gred A dan berstatus lejen
(yg psti dulu pnh ada retis pmpuan yg perati je achik bila jln selisih dgn depa. mesti depa ingt achik makdatin or somebody)tp aku xtgur pun depa kihkih
sapala kita khuennn |
|
|
|
|
|
|
|
yeahh abg julripin..i suka dia berlakon walaupun mulut dia mcm ada emas seketul kan
mcm macho la..
last tgk cite dia polis ngn mekjurah....
i tunggu deyols lakon sesama cite romantik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Host MMA. Depan kemera nampak peramah dan mesra dgn audience terutama kanak2. Tapi hakikat nye sombong dan mesra langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah, perkataan ‘membumi’ ek? |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak kuasa nak murahkan diri utk menunduk ke artis. artis lalu sebelah aku pun aku bolayan |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun iols kurang minat lizah, tapi she antara artis yg tak sombong. masa ABPH iols pernah buat baju utk she, dia sgt baik. yg kurang dekat lizah tu sebab kawen bewak anak beranak, dewi dan zoners |
|
|
|
|
|
|
|
Tambah lagi satu fattah amin. Xpernah respon coment2 walamin. Kesian fan2 gila yg gigih mengomen |
|
|
|
|
|
|
|
drivethru replied at 21-9-2024 07:29 AM
Host MMA. Depan kemera nampak peramah dan mesra dgn audience terutama kanak2. Tapi hakikat nye sombo ...
Host MMA siapakah tak dapat teka kasi hint lagi..yg aku pernah baca host AF yg tak mesra orang yg sama kah.. |
|
|
|
|
|
|
|
akuHavocczz replied at 21-9-2024 07:00 AM
Pernah jumpa keempat empat
1. Nad zainal asyik busy main phone
2. Ben mmg jenis malas layan orang. F ...
why meqen buat midle finger acah2 mesra penonton ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|